Pengertian Sihir

بسم الله الرحمن الرحيم

تعريف : Definisi

السحر في اللغة واصطلاح الشرع ( Sihir mengikut bahasa dan istilah syariat).
Kitab Asal:  صارم البتار في التصدي للسحرة الأشرار Oleh: Syeikh Wahid Abdusalam Bali, Terjemahan: Ustaz Abu Nik Abdullah Azzam

السحرُ في اللغة (Difinisi Sihir Dari segi bahasa)

* Berkata al-Laith(الليث) : Perbuatan yang boleh mendekatkan diri dengan syaitan dan (بعونةٍ منه) dengan bantuannya.

* Berkata al-Azhari(الأزهري) : Asal sihir ialah memalingkan sesuatu dari hakikat yang sebenar. [1]

* Berkata Ibnu Manzur(ابن منظور) : Seolah-olah tukang sihir memperlihatkan kebatilan dalam gambaran yang benar, dan mengkhayalkan sesuatu (خَيَّلَ الشئَ) tidak seperti hakikatnya, dia menyihir sesuatu dari hakikat dalam ertikata lain memalingkannya [2].

* Diceritakan dari Syamir dari Ibni Aisyah (روى شمَِر عن ابْنِ عائشَةَ) berkata: Orang Arab menama(memanggil) sihir itu dengan kata as-Sihr karena ia menjadikan kesehatan kepada sakit. [3]

*Berkata Ibnu Faris [4] (ابن فارس)tentang sihir: Sihir ialah menzahirkan atau mengeluarkan (إخراج) kepalsuan (الباطل) dalam gambaran kebenaran [5].

* Dalam Kamus al-Mu’jamul wasiit(المعجم الوسيط): Sihir ialah sesuatu perbuatan secara lembut dan(دَقَّ) nipis, halus, sulit difahami, samar, dan tidak jelas.[6]

* Dalam kamus Muhiitil Muhiit (في محيطِ المحيطِ): Sihir ialah sesuatu perbuatan yang mengeluar(mezahir)kan dengan penampilan yang sangat bagus, sehingga boleh menfitnahkan (hatta seseorang tertipu) [7]

 السحر في إصطلاح الشرع : Sihir pada Istilah as’Syar-ie

* Berkata Fakhruddin ar-Raziy(فخرالدين الرازيُّ): Dita’rifkan(diberi pengertian) mengikut as’Syar-ie sihir ialah khusus berkenaan segala perkara yang sebabnya tersembunyi dan dikhayalkan(يَتَخَيَّلُ) tidak seperti hakikat yang sebenar, bersama dijalankan secara rahsia dan tipu daya.[8]

* Berkata Ibnu Qudamah Al-Maqdisiy (إبن قدامة المقدسيُّ); Sihir ialah mengikatkan (janjian), menjampikan, memperkatakan melalui kata-kata atau tulisan.  Sihir juga ialah membuat sesuatu yang boleh mengesan (sakit) badan orang yang terkena sihir, mumkin jiwanya atau akalnya dengan tidak secara sertamerta.
Sihir adalah hakikat, ada diantaranya yang boleh membunuhkan, membuat sakit, membuat suami tidak dapat mejimak isteri(وَطْأها) atau mecerai-berai pasangan suami istri. Dan sihir juga membuat benci salah satu akan yang lain, atau membuat supaya mencintai kedua-dua pihak.[9]

* Berkata Ibnul Qayyim(إبنُ القيم): Sihir ialah gabungan daripada kesan-kesan pengaruh roh jahat, serta tindak balas kekuatan tabiat alam dengannya.[10]

Mengikut Sheikh Wahid Abdussalam al-Bali  sendiri; Sihir ialah berkerja sama antara tukang sihir dengan syaitan, tukang sihir akan melakukan  perkara-perkara yang haram atau syirik dengan bertujuan mendapat pertolongan dari syaitan kepadanya dan patuh setia syaitan untuk melakukan apa-apa sahaja yang diminta oleh tukang sihir.

Bibliografi:
[1]- تهذيب اللغة 4/ 290
[2]- لسان العرب  4/ 348  ط صادر- بيروت
[3]- المصدر السابق
[4]- Lafaz didalam Maqaayeisul lughah H.507 (مقاييس اللغة), ada 
     puak yang berkata:Sihir ialah mengeluarkan kepelsuan (الباطل) 
     kedalam bentuk yang sebenar (الحق), dan ada yang berpendapat; 
     Sihir adalah Menipu (الخديعة). Mereka berhujah dengan 
     perkataan seseorang: Jika awak mempersoalkan dimanakah kami 
     berada, maka kami cuntuhkan burung dari manusia yang tersihir
     (عصا فير من هذا الأنام المسحَّرِ). Seolah-olahnya yang dikehendaki 
     adalah orang yang terkena tipu...
[5]- مقاييس اللغة[س ح ر]وحوه في المصباح[ 268] ط المكتبةالعلمية- بيروت
[6]- المعجم الوسيط 1/419 دار الفكر
[7]- محيط المحيط 399 بيروت
[8]- المصباح المنير 268 ط بيروت
[9]- المغي : 10/ 104
[10]- زاد المعاد 4/126

اللهم ارزق الفردوس الأعلى في الجنة كل من ساهم في ايصال هذا الخير.. آمين .. آمين .. آمين
Ya Allah, Rezekikanlah Syurga tertinggi iaitu al-Firdaus utk sesiapa yang berkongsi (share) kebaikan (laman blog) ini… Aamin… Aamin… Aamin

About darulruqyah

Pengikut al-Quran dan as-Sunnah
This entry was posted in dll. Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s