Fitnah Syaitan kpd Wanita

بسم الله الرحمن الرحيم

(فتنة النساء (إذا معها الجن والشيطان
Fitnah Wanita (Jika bersama dengannya jin & syaitan)
(Disampaikan oleh ; Ummul Nik Abdullah Azzam)

Kita tidak halal melontarkan fitnah wanita, semata-mata melainkan wanita itu yang tidak solehah yang bersamanya kelakuan-kelakuan syaitan atau bersamanya suara dan seruan syaitan untuk merosakkan keimanan dan ketaqwaan kaum lelaki. Begitu juga lelaki yang tidak soleh, dia adalah merupakan bapa fitnah untuk menhancurkan muslimat-muslimat yang solehah dan muttakinah.

Pengertian Fitnah (فتنة);-

  • Mengikut Ibn Manzur di dalam lisan al-Arab , al- Fatnun (الفَتْنٌ)  jamak Fitnah (جمع فتنة) iaitu Ujian, Cubaan (الابتلاء والامْتِحانُ والاختبار).
  • Berasal dari kalimah Bahasa Arab yang bermakna Membakar; contohnya (يُفْتَنُ الذَّهَبُ والفِضَّةُ عَلَى النَّارِ) Ertinya: Membakar emas atau perak di atas api.
  •  Azab, Kesengsaraan ataupun Membakar: Firman Allah di dalam Adz-Dzaariyaat: 13 :{ يَوْمَ هُمْ عَلَى النَّارِ يُفْتَنُونَ } Ertinya; hari mereka diseksa atas api neraka. (يُحْرَقُون بالنار) yakni dibakar dengan api neraka.
  •  Merosak ataupun Musnah, Firman Allah didalam as-Saaffat : 162 {مَا أَنتُمْ عَلَيْهِ بِفَاتِنِينَ} Ertinya; Tidak akan dapat merosakkan perhubungan seseorang dengan Tuhannya.
  • Syirik, kafir Harbi  (Musuh Islam)  Firman Allah didalam surah al-Anfaal : 39 {وَقَاتِلُوهُمْ حَتَّى لَا تَكُونَ فِتْنَةٌ} Ertinya; Dan perangilah mereka sehingga tidak ada lagi fitnah(bermusuh dan khianat agama Allah), dan (sehingga) menjadilah ugama itu seluruhnya (bebas) bagi Allah semata-mata.
  • Setiap hasutan dari perkataan atau perbuatan yang melemahkan manusia mengikuti agamanya.
  • Sihir(سِحْر) : Daya tarik, wibawa, guna-guna. Atau (إضْطِراب) , kekacauan mahupun huru-hara. Dan Fatin (فاتِن) itu, nama bagi syaitan atau pencuri.

Fitnah wanita (فتنة النساء) dari Nas al-Quran dan as-Sunnah seperti berikut;-

1- Sabda al-Mustafa صلى الله عليه وسلم didalam Sahih Muslim: 2742

إِنَّ الدُّنْيَا حُلْوَةٌ خَضِرَةٌ, وَإِنَّ اللَّهَ مُسْتَخْلِفُكُمْ فِيهَا, فَيَنْظُرُ كَيْفَ تَعْمَلُونَ, فَاتَّقُوا الدُّنْيَا وَاتَّقُوا النِّسَاءَ, فَإِنَّ أَوَّلَ فِتْنَةِ بَنِي إِسْرَائِيلَ كَانَتْ فِي النِّسَاءِ

Ertinya; Dunia ini adalah manisan berwarna hijau dan Allah تعالى menciptanya untuk kamu tinggal, maka Dia akan melihat apa yang kamu semua lakukan. Oleh itu, takutilah kamu (hati-hati) pada fitnah dunia dan takutilah (hati-hati) kamu pada fitnah wanita, Maka sesungguhnya permulaan fitnah yang berlaku pada Bani Isra’il adalah daripada wanita.

2- Fitnah wanita merupakan antara yang amat merbahaya dizaman ini .Sabda Baginda صلى الله عليه وسلم didalam sunan at-Tarmizi: 5/2080 

مَا تَرَكْتُ بَعْدِي فِي النَّاسِ فِتْنَةً أَضَرَّ عَلَى الرِّجَالِ مِنْ النِّسَاءِ

Ertinya; Tidak aku tinggal (tidak ada fitnah) selepas wafatku dikalangan manusia daripada fitnah yang lebih bahaya terhadap kaum lelaki ialah berpunca daripada wanita.

Syarahan Hadis;-
1-    Kehidupan dunia ini penuh dengan tipu daya dan tarikan syaitan yang sangat kuat, Allah تعالي jadikan demikian untuk  menguji kita, siapakan yang berjaya menahan nafsu jahat yang berkongsi dengan syaitan untuk melawan undang-undang Allah, kehidupan yang tidak menurut apa yang diredhai oleh Nya.

2-    Wanita Jahat (yang tidak solehah) merupakan penduduk dunia yang mempunyai daya tarikan syaitan yang asli dengan gerak geri, tutur kata yang manis,  pakaian yang menjolok mata menunjukkan bentuk  badan (contohnya seperti berseluar ketat, menampakkan bentuk punggung, kain tudung yang boleh menunjukkan bulatan buah dada atau baju yang menunjukkan bentuk pinggang) nampak tutup aurat tapi bertabarruj. Semua itu boleh menggugatkan ketaqwaan kaum lelaki yang beriman.

3-    Sabda Nabi صلى الله عليه وسلم dalam Sahih Muslim: 1467

الدُّنْيَا مَتَاعٌ وَخَيْرُ مَتَاعِ الدُّنْيَا الْمَرْأَةُ الصَّالِحَةُ

Ertinya; Dunia ini adalah perhiasan (kenikmatan) dan sebaik-baik perhiasan (kenikmatan) dunia ialah wanita yang solehah.

Punca Syahawah;-
Manusia jika tidak menjaga pandangan, maka tidak mungkin mampu menjaga farajnya (kemaluannya) atau dalam erti kata lain, tidak akan menjaga faraj dan syahwahnya. Jelas sekali, syahwah akan bermulanya dari pada mata. Cuba  kita perhatikan uslub quran yang Allah تعالي  yg memberitahu kepada Nabi  صلى الله عليه وسلم  utk disampaikan kepada kita, Firman Allah didalam surah an-Nuur: 30;

قُلْ لِلْمُؤْمِنِينَ يَغُضُّوا مِنْ أَبْصَارِهِمْ وَيَحْفَظُوا فُرُوجَهُمْ ذَلِكَ أَزْكَى لَهُمْ إِنَّ اللَّهَ خَبِيرٌ بِمَا يَصْنَعُونَ 

Ertinya; Katakanlah (wahai Muhammad) kepada orang-orang lelaki yang beriman supaya mereka menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara kehormatan mereka. Yang demikian itu lebih suci bagi mereka; sesungguhnya Allah Amat Mendalam PengetahuanNya tentang apa yang mereka kerjakan.

Nabi صلى الله عليه والسلام melarang secara itlak (tidak istisna, tidak terkecuali) melihat wanita  tak boleh sama sekali sebagai mana di catat oleh at-Itarmizi dalam bab Adab no 2777, Baginda bersabda kepada Saidina Ali:

نهى النبي صلى الله عليه والسلام عن إطلاقه, فقال لعلي:

 ”  يَا عَلِيُّ لَا تُتْبِعْ النَّظْرَةَ النَّظْرَةَ فَإِنَّمَا لَكَ الْأُولَى وَلَيْسَتْ لَكَ الْآخِرَةُ ” ( الترمذي في الأدب 2777 وقال حسن غريب)

Ertinya; ’Wahai Ali jangan engkau mengikut pandangan kepada pandangan, sesungguhnya bagi engkau yang pertama dan bukan bagimu yang selain itu’’. (maknanya pandangan kedua itu adalah dosa dan itu dari syaitan)

dan Sabda Rasulullah  صلى الله عليه وسلمdidalam fath al-Bari sharh sahih al-Bukhri no.4934

لَا يَخْلُوَنَّ رَجُلٌ بِامْرَأَةٍ فَإِنَّ ثَالِثُهُمَا الشَّيْطَانَ

Ertinya; Janganlah seseorang lelaki berdua-duaan dengan wanita (yang sah nikah)  kerana syaitan adalah yang ketiga (bersamanya)

Pengharaman wanita melihat lelaki, pandangan wanita terhadap lelaki jika berpandu kepada kalam Ibnu Kasir dalam tafsirnya 3/382;

ذَهَبَ [ كَثِيرٌ مِنَ الْعُلَمَاءِ ] إِلَى أَنَّهُ : لَا يَجُوزُ لِلْمَرْأَةِ أَنْ تَنْظُرَ إِلَى الْأَجَانِبِ بِشَهْوَةٍ وَلَا بِغَيْرِ شَهْوَةٍ أَصْلًا 

Maksudnya; Banyak dari kalangan ulamak yang berpendapat, tidak harus bagi wanita melihat lelaki dengan syahwah ataupun tidak syahwah. Mereka berhujah daripada keratan ayat didalam surah an-Nur: 31 iaitu firman-Nya وَقُل لِّلْمُؤْمِنَاتِ يَغْضُضْنَ مِنْ أَبْصَارِهِنَّ Ertinya: Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka. lihat Ibnu kasir J.6 H.44-45.

Anak Isteri dan Harta antara Fitnah atau Musuh kaum lelaki;-

Wanita-wanita dan anak-anak yang soleh mereka tidak akan menjadi musuh atau ibu fitnah yang menghalang kerja-kerja kaum lelaki yang tidak bercanggah dengan al-Quran dan as-Sunnah, malah sentiasa memberi semangat dan kemudahan di setiap aspek kehidupan untuk menjayakan urusan-urusan duniawi apatah lagi gerak kerja dakwah dan jihad yang penuh dengan duri dan api, Allah menggambarkan bahawa ada kalanya anak-anak dan isteri sebagai musuh dalam kain selimut , yang kaum lelaki kena hati-hati, lihat surah at-Tagaabun : 14-15

 يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا إِنَّ مِنْ أَزْوَاجِكُمْ وَأَوْلادِكُمْ عَدُوًّا لَّكُمْ فَاحْذَرُوهُمْ وَإِن تَعْفُوا وَتَصْفَحُوا وَتَغْفِرُوا فَإِنَّ اللَّهَ غَفُورٌ رَّحِيمٌ

Ertinya: Wahai orang-orang yang beriman! Sesungguhnya ada di antara isteri-isteri kamu dan anak-anak kamu yang menjadi musuh bagi kamu; oleh itu awaslah serta berjaga-jagalah kamu terhadap mereka. Dan kalau kamu memaafkan dan tidak marahkan (mereka) serta mengampunkan kesalahan mereka (maka Allah akan berbuat demikian kepada kamu), kerana sesungguhnya Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.

إِنَّمَا أَمْوَالُكُمْ وَأَوْلادُكُمْ فِتْنَةٌ وَاللَّهُ عِندَهُ أَجْرٌ عَظِيمٌ

Ertinya; Sesungguhnya harta benda kamu dan anak-anak kamu itu hanyalah menjadi fitnah (ujian), dan di sisi Allah jualah pahala yang besar.

Kita kaum wanita diberi pilihan untuk menghiasi dunia lelaki atau sebagai musuh mereka, batu fitnah dan besi penghalang gerak kerja dakwah Islamiah, Firmah Allah dalam surah A-li Imraan: 14

زُيِّنَ لِلنَّاسِ حُبُّ الشَّهَوَاتِ مِنَ النِّسَاءِ وَالْبَنِينَ

Ertinya; Dihiaskan (dan dijadikan indah) kepada manusia: kesukaan kepada benda-benda yang diingini nafsu, iaitu perempuan-perempuan dan anak-pinak (yang soleh dan solehah)… 

oleh yang demikian, disini penulis mengajak kita semua (kaum muslimat) marilah kita menghiasi dunia ini seindah-indahnya untuk menegakkan kalimah Allah di bumi ini, janganlah kita menjadi batu penghalang atau musuh dalam kain selimut untuk suami-suami kita. Dan dari sudud BM (بيت المسلم) rumah tangga tidak akan bahagia, jika kita selalu berkeras melawan dan bertengkar (umpama musuh) dengan ibu dan bapa atau suami. dan rumah tangga itu akhirnya akan jadi rumah fitnah (بيت الفتنة) bukan lagi BM (بتت المسلم)

untuk menjadi rumah tangga lebih aman wahai kaum lelaki, Allah mengajarkan kamu di dalam surah an-Nisa: 10

وَعَاشِرُوهُنَّ بِالْمَعْرُوفِ

Ertinya; “Dan bergaullah kamu dengan mereka (isteri-isteri kamu itu) dengan cara yang baik.”

Punca Fitnah Sihir melebihi 60% berlakunya perceraian didalam masyarakat  yang membuatkan  wanita-wanita hidup dalam penderitaan, seperti pernah berzina dan menjadi janda akan menjadi fitnah yang semakin berleluasa. Sihir jenis ini di kenali dengan SihirTafrik (سحر التفريق) sihir perceraian dan Sihir Zina (سحر الزنا), sihir ini kemungkinan juga yang datang dari syaitan itu sendiri atau yang dibuat oleh tukang sihir yang kufur yang makan upah untuk menghancurkan rumah tangga orang.

Sihir memiliki kekuatan yang luarbisa untuk menfitnah, merosak dan memecah- belahkan ummat manusia tetapi itupun dengan kehendak Allah تعالى. Dan Firman Allah di dalam surah al-Baqarah: 102

وَاتَّبَعُواْ مَا تَتْلُواْ الشَّيَاطِينُ عَلَى مُلْكِ سُلَيْمَانَ

Mereka (membelakangkan Kitab Allah) dan mengikut ajaran-ajaran sihir yang dibacakan oleh puak-puak Syaitan dalam masa pemerintahan Nabi Sulaiman,

وَمَا كَفَرَ سُلَيْمَانُ وَلَكِنَّ الشَّيَاطِينَ كَفَرُواْ يُعَلِّمُونَ النَّاسَ السِّحْرَ وَمَا أُنزِلَ عَلَى الْمَلَكَيْنِ بِبَابِلَ هَارُوتَ وَمَارُوتَ

padahal Nabi Sulaiman tidak mengamalkan sihir yang menyebabkan kekufuran itu, akan tetapi puak-puak Syaitan itulah yang kafir (dengan amalan sihirnya); kerana merekalah yang mengajarkan manusia ilmu sihir dan apa yang diturunkan kepada dua malaikat: Harut dan Marut, di negeri Babil (Babylon),

وَمَا يُعَلِّمَانِ مِنْ أَحَدٍ حَتَّى يَقُولاَ

sedang mereka berdua tidak mengajar seseorang pun melainkan setelah mereka menasihatinya dengan berkata:

إِنَّمَا نَحْنُ فِتْنَةٌ فَلاَ تَكْفُرْ

“Sesungguhnya kami ini hanyalah fitnah (cubaan untuk menguji imanmu), oleh itu janganlah engkau menjadi kafir (dengan mempelajarinya)”.

فَيَتَعَلَّمُونَ مِنْهُمَا مَا يُفَرِّقُونَ بِهِ بَيْنَ الْمَرْءِ وَزَوْجِهِ

Dalam pada itu ada juga orang-orang mempelajari dari mereka berdua: ilmu sihir yang boleh menceraikan antara seorang suami dengan isterinya,

وَمَا هُم بِضَارِّينَ بِهِ مِنْ أَحَدٍ إِلاَّ بِإِذْنِ اللَّهِ

padahal mereka tidak akan dapat sama sekali memberi mudarat (atau membahayakan) dengan sihir itu seseorang pun melainkan dengan izin Allah.

وَيَتَعَلَّمُونَ مَا يَضُرُّهُمْ وَلاَ يَنفَعُهُمْ

Dan sebenarnya mereka mempelajari perkara yang hanya membahayakan mereka dan tidak memberi manfaat kepada mereka.

وَلَقَدْ عَلِمُواْ لَمَنِ اشْتَرَاهُ مَا لَهُ فِي الآخِرَةِ مِنْ خَلاقٍ

Dan demi sesungguhnya mereka (kaum Yahudi itu) telahpun mengetahui bahawa sesiapa yang memilih ilmu sihir itu tidaklah lagi mendapat bahagian yang baik di akhirat.

وَلَبِئْسَ مَا شَرَوْا بِهِ أَنفُسَهُمْ لَوْ كَانُواْ يَعْلَمُونَ

Demi sesungguhnya amat buruknya apa yang mereka pilih untuk diri mereka, kalaulah mereka mengetahui.

Fadhilat ayat iniMengikut ulamak ilmu ar-Ruqa Syeikh Wahid Abdussalm Bali contohnya mereka telah memilih ayat ini (al-Baqarah:102) antara ayat-ayat jampi untuk merawar al-Hasad, al-Ain dan Fitnah Sihir. 

KesimpulanKesimpulannya ialah wanita boleh menjadi punca fitnah yang besar di muka bumi, sama ada fitnah dalam rumahtangga, kepada masyarakat mahupun dakwah itu sendiri. Allah memberi pilihan kepada kita untuk memilih menjadi wanita solehah sebagai penyeri atau mawar dimuka bumi, ataupun menjadi wanita fitnah atau anak panah syaitan yang bakal menjadi penghuni di neraka kelak, nauuzubillahhiminzalik.

Bibliografi:-
1-  al-Quran dan as-Sunnah
2-  www.islamweb.net
3- How to Protect Yoursele fromJinn & Shaytaan, Waheed Abdussalam Bali.
4- www.iium.edu.my/deed/quran/malay 

About darulruqyah

Pengikut al-Quran dan as-Sunnah
This entry was posted in dll. Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s