Berwuduk Sapu Stoking dan Was-was Syaitan.

Berwuduk Secara Menyapu Stoking (Sarung kaki).

Oleh: Ustaz Abu Nik Abdulsalam,
Semak Oleh : Cendekiawan Persatuan Pelajar Malaysia Universiti Bradford-UK.

Was-was adalah penyakit dari jin atau syaitan untuk menyusahkah atau memutuskan hubungan hambaNya yang beriman dengan Allah تعالى Berkata Syhaikh Abdullah as-Sadhan;

تبدأ في الوضوء ونتنهي في التشكيك في العقيدة

Ertinya; (Waswas) Bermula dari wuduk sehingga berakhir dengan mempersoalkan tentang al-Aqidah.

Syariat Allah تعالى  telah lama memberi keringanan atau kemudahan untuk berwuduk secara menyapu ke atas stoking yang mana telah bermula sejak zaman Baginda Rasulullah صلى الله عليه وسلم lagi. Saidina Ali bin Abi Talib juga antara sahabat dan khalifah yang membolehkan berwuduk secara menyapu ke atas stoking. Hal ini juga ada terdapat di dalam fiqh Hanbali [1], yang mana mereka berhujah haripada hadis Ibnu Majah dan juga Abu Daud yang berbunyi:

أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ تَوَضَّأَ وَمَسَحَ عَلَى الْجَوْرَبَيْنِ وَالنَّعْلَيْنِ

Ertinya: Bahawasanya Rasulullah صلى الله عليه وسلم berwuduk’ dan menyapu ke atas stoking dan kasut beliau.[2]

 Tempoh Atau Masa menyapu Ke Atas Khauf, Stoking Dan Kasut [7]

Tempohnya seperti hadis berikut di dalam syarah Sunan Tarmizi;

لِلْمُسَافِرِ ثَلَاثَةَ أَيَّامٍ وَلَيَالِيهِنَّ ، وَالْمُقِيمِ يَوْمًا وَلَيْلَةً

Ertinya; Untuk (mereka yang dalam) perjalanan 3 hari 3 malam, Dan untuk (mereka yang) bermukim 1 hari 1 malam [3].            3

 Mazhab As-Syafie zaman sekarang ada juga yang membolehkan berwuduk menyapu ke atas stoking seperti berkata Penyarah UIA Ustaz Dr. Maszlee Malik [4]       4

 Bagi Dr. Wahbah Zuhayli, Ulama bermazhab syafie kontemporari memilih pendapat kedua yang mengharuskan menyapu ke atas stoking sebagai pendapat yang kuat berbanding dengan pendapat yang pertama iaitu melarang

Lebih Menarik lagi, Imam Abu Hanifah asalnya tidak mengharuskan tapi mengharuskan pada penghujung hayatnya

Cara Menyapunya

Ambil wuduk secara sempurna ditempat yang dikehendaki membasuh kaki, kita boleh mengganti dengan menyapu atas stoking iaitu selepas membuka kasut, basahkan jari-jari kemudian sapukan kaki yang berstoking[7] dengan beberapa jari tangan kanan di sebelah atas stoking kaki kanan, dan tangan jari kiri yang sebelah atas stoking kaki kiri, dengan sekali gus sahaja[5]. Sapuan tidak dilakukan dibawah stoking (tapak kaki atau tumit) dan bukan dibahagian sisi kaki atau buku lali

; Syarat sah menyapu diatas stoking dan kasut yang berstoking adalah seperti berikut

1-Wajib mengambil wuduk secara sempurna dahulu (basuh dua belah kaki) dan pakai stoking semasa kita masih ada wuduk tersebut.

2-Stokingnya wajib ditutup diatas paras mata buku lali. Mengikut kitab Fatwa Arkanul Islam فتاوى أركان الإسلام oleh Syaikh Muhammad Saleh الشيخ محمد صالح العثيمين stoking nipis yang nampak kulit kaki tetap dibolehkan dan sah juga untuk disapu[6]. 
3-Stoking wajib bersih dan tidak terkena najis.

Sebab-sebab batal menyapu diatas stoking:

Antaranya berikut;-
1-    Stoking terkena najis
2-    Tamat tempoh masa yang diruksahkan (dibolehkan).
3-    Buka stoking semasa anda tidak ada wuduk.
4-    Berlakunya hadas besar.
5-    Merasa was-was tentang sah berwuduk dengan cara menyapu ke atas stoking.[8]

 Kesimpulan;

Seandainya kita di dalam keadaan bermusafir, di dalam medan perang semasa berjihad (tentera dan polis), ada penyakit sakit kaki yang menyusahkan untuk berwuduk secara sempurna atau di negara-negara yang sejuk, atau kerja-kerja kita yang sibuk seperti doktor di hospital dimana dalam kesibukan dan melibatkan nyawa manusia, kita digalakkan berwuduk dengan cara menyapu keatas stoking dengan syarat berilmu dan tahu syarat-syarat sah dan batalnya yang digariskan oleh ulamak. والله أعلم

Bibliografi:

[1]- Lihat:عمدة الفقه في المذهب الحنبلي, موفق الدين أبي محمد عبد الله أحمد بن قدامة المقدسي, المكتبة العصرية, ص:16
[2]- Lihat: سنن أبي داود: 159, سنن إبن ماجة: 559
[3]-  lihat : تحفة الأحوذي (شرح سنن الترمذي) , المباركفوري : م 95 ص 266-267
[4]-  Fikah luar Negara  (Mudah praktik Islam di mana-mana) , Maszlee Malik, H.18-19
[5]- www.islamweb.net/fatwa
[6]- lihat : فتاوى أركان الإسلام , للفضيلة الشيخ محمد بن صالح العثيمين , جمع وترتيب : فهد ناصر إبراهيم السليمان , دار الثريا للنشر 1422هجرة, صفحة : 232-233
[7]- Mengikut Imam as-Syaukani didalam: نيل الاوطار, الشوكاني, ج 1, ص 203   Berkata imam as-Syafie,

قَالَ الشَّافِعِيُّ : وَلَا يَجُوزُ مَسْحُ الْجَوْرَبَيْنِ إلَّا أَنْ يَكُونَا مُنَعَّلَيْنِ يُمْكِنُ مُتَابَعَةُ الْمَشْيِ فِيهِمَا

Ertinya; tidak harus berwuduk secara sapu keatas stoking melainkan stoking yang berkasut  sedia untuk berjalan dengannya.
[8]- Ketahuilah, syaitan yang membuatkan hati kita menjadi was-was di dalam setiap amalan supaya amalan kita tidak di terima oleh Allah تعالى. Mengikut شيخ عبد الله السدحان didalam kitabnya كيف تعالح مريضك بالرقية الشرعية halaman 13 ‘’ was-was adalah penyakit dari jin (syaitan) untuk mesyusahkah atau memutuskan hubungan hamba yang beriman dengan Allah تعالى bermula dari wuduk sehinga mempersoalkan tentang (التشكيك في العقيدة) aqidah.
[9]- www.islamqa.com (Eng)  [10]- http://www.islamqa.com/ar/cat/2035 (Arab)
[11]-
[12]- 

اللهم ارزق الفردوس الأعلى في الجنة كل من ساهم في ايصال هذا الخير.. آمين .. آمين .. آمين
Ya Allah, Rezekikanlah Syurga tertinggi iaitu al-Firdaus utk sesiapa yang berkongsi (share) kebaikan (laman blog) ini… Aamin… Aamin… Aamin

About darulruqyah

Pengikut al-Quran dan as-Sunnah
This entry was posted in dll. Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s