[1] Ayat Qursi: Kepentingannya Menurut Hadis-hadis Pilihan

Ayat Qursi: Kepentingannya Menurut Hadis-hadis Pilihan

Oleh: Ustaz Abu Nik Abdullah Azzam

Hidup ini penuh dengn fitnah, cabaran, ujian, atau di dalam istilah yg lain penuh dengan penipuan oleh musuh-musuh Allah dan musuh orang-orang mu’min dimana, diantaranya ialah daripada tipu daya syaitan..!

Firman Allah تعالى di dalam surah al-Fatir: 5

{إِنَّ الشَّيْطَانَ لَكُمْ عَدُوٌّ فَاتَّخِذُوهُ عَدُوًّا إِنَّمَا يَدْعُو حِزْبَهُ لِيَكُونُوا مِنْ أَصْحَابِ السَّعِيرِ}

Ertinya: Sesungguhnya syaitan adalah musuh bagi kamu, maka jadilah dia musuh (yang mesti dijauhi tipu dayanya) yang mana, dia hanya mengajak golongan supaya menjadi dari penghuni neraka.

Dan di dalam surah Taha: 117

فَقُلْنَا يَا آدَمُ إِنَّ هَذَا عَدُوٌّ لَكَ وَلِزَوْجِكَ فَلَا يُخْرِجَنَّكُمَا مِنَ الْجَنَّةِ فَتَشْقَى }

Ertinya: Maka, Kami firman ‘Hai Adam sesungguhnya iblis ini musuh bagi kamu dan musuh bagi isteri kamu, oleh itu janganlah ia menyebabkan kamu berdua keluar dari syurga, kerana dengan yang demikian, engkau (dan isteri kamu) akan menderita.

Beberapa hadis tentang ayat kursi dan fadhilatnya 

Kelebihan dan kehebatan ayat Qursi terbahagi kepada 3 bahagian seperti berikut;-

1-    Ayat Qursi adalah sebesar-besar dan semulia-mulia ayat di dalam al-Quran iaitu kedudukannya paling tinggi. Dalilnya Sabda Rasulullah صلي الله عليه وسلم di dalam Sahih Muslim no. 810 / 1343

عَنْ أُبَيِّ بْنِ كَعْبٍ قَالَ: قَالَ رَسُولُ اللَّهِ يَا أَبَا الْمُنْذِرِ أَتَدْرِي أَيُّ آيَةٍ مِنْ كِتَابِ اللَّهِ مَعَكَ أَعْظَمُ..؟  قَالَ قُلْتُ اللَّهُ وَرَسُولُهُ أَعْلَمُ, قَالَ يَا أَبَا الْمُنْذِرِ أَتَدْرِي أَيُّ آيَةٍ مِنْ كِتَابِ اللَّهِ مَعَكَ أَعْظَمُ, قَالَ قُلْتُ: اللَّهُ لَا إِلَهَ إِلَّا هُوَ الْحَيُّ الْقَيُّومُ, قَالَ فَضَرَبَ فِي صَدْرِي وَقَالَ وَاللَّهِ لِيَهْنِكَ الْعِلْمُ أَبَا الْمُنْذِرِ

Ertinya, Dari Ubai bin Kaab رضى الله عنه berkata: Rasulullah  صلى الله عليه وسلم bertanya: Yaa Aba Munzir adakah kamu tahu yang manakah ayat yang paling mulia (besar) dari kitab Allah disisi angkau..?, aku menjawab Allah dan Rasulnya yang lebih mengetahui, baginda bertanya lagi: Ya Aba Munzir adakah kamu tahu yang manakah ayat yang paling mulia dari kitab Allah disisi engkau..?, Aku menjawab;  اللَّهُ لَا إِلَهَ إِلَّا هُوَ الْحَيُّ الْقَيُّومُ (ayat al-Qursi), berkata (Aba Munzir)  maka Rasulullah meletak tangannya pada dadaku sambil berkata ‘ Demi Allah bahagialah engkau dengan pengetahuan ini (ilmu), Aba munzir.

Tambahan dari riwayat Imam Ahmad dan Tarmizi pada hadis yang sama.

 …إِنَّ لِهَذِهِ الْآيَةِ لَلِسَانًا وَشَفَتَيْنِ تُقَدِّسُ الْمَلِكَ عِنْدَ سَاقِ الْعَرْشِ…

… Sesungguhnya ayat ini (Qursi ), dijadikan (Allah) lidah dan dua bibir (yakni lidah dan bibir ayat Qursi bukannya lidah Allah) sentiasa mentaqdiskan Allah di sisi tiang Arasy… (lihat Musnad Imam Ahmad J.5 h.142, Tafsir Qurtubi j.3 h.245-246)

Marilah kita sama-sama mengingati secara mudah, bahawasanya ;
ayat yang paling besar dan mulia di dalam al-Quran ialah  Ayat Qursi.
Surah yang paling mulia di dalam al-Quran pula ialah Surah al-Fatihah.
Hari yang paling mulia pula ialah hari Arafah.

2-   Terpelihara dari ganguan syaitan: dalilnya dari Hadis Sahih Bukhari no.4723

عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ قَالَ وَكَّلَنِي رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ بِحِفْظِ زَكَاةِ رَمَضَانَ فَأَتَانِي آتٍ فَجَعَلَ يَحْثُو مِنْ الطَّعَامِ فَأَخَذْتُهُ فَقُلْتُ لَأَرْفَعَنَّكَ إِلَى رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَقَصَّ الْحَدِيثَ فَقَالَ إِذَا أَوَيْتَ إِلَى فِرَاشِكَ فَاقْرَأْ آيَةَ الْكُرْسِيِّ لَنْ يَزَالَ مَعَكَ مِنْ اللَّهِ حَافِظٌ وَلَا يَقْرَبُكَ شَيْطَانٌ حَتَّى تُصْبِحَ وَقَالَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ صَدَقَكَ وَهُوَ كَذُوبٌ ذَاكَ شَيْطَانٌ

Ertinya, Dari Abi Hurairah  رضى الله عنهberkata: Rasulullah  صلى الله عليه وسلم mewakili aku untuk menjaga zakat Ramadhan, lalu datanglah seseorang dan mencuri sebahagian dari makanan tersebut, maka aku menahankannya, lalu aku berkata akan membawanya kepada Rasulullah صلى الله عليه وسلم ….” dan di akhir hadis tersebut syaitan tersebut berkata: “Apabila engkau menuju ke tempat tidurmu (mahu tidur) maka bacalah ayat Qursi, kerana (dgn membacanya) akan sentiasa bersamamu malaikat dari Allah yang menjagamu, dan syaitan tidak akan mendekatimu hingga ke pagi, Lalu Rasulullah صلى الله عليه وسلم bersabda:   صَدَقَكَ وَهُوَ كَذُوْبٌ ذَاكَ شَيْطَانٌ Ertinya, Syaitan itu, jujur kepadamu (Abi Hurairah) padahal ia (syaitan) adalah penipu.

3-

Ertinya;- Diriwayatkan oleh Ibnu Abi Dunia dari Walid bin Muslim:  bahawasanya, seorang lelaki pada masa berada dekat sebatang pokok ia mendengar suara sesuatu yang bergerak, lalu ia menegur, namun tiada seorangpun yang menjawabnya, kemudian  ia membaca ayat Qursi, maka syaitan itupun turun kepadanya, lalu ia berkata: “Jika  datang kepada kami orang yang sakit, dengan apakah kami mengubatinya?” Syaitan tersebut menjawab: “(Ubatilah) dengan bacaan yang menyebabkan aku diturunkan dari pokok (tadi). (2)-Lakhtul Marjan, Al-Sayuthi H.150,

Maka lihatlah bahawa kejahilan (bodoh) lelaki itu yang belajar daripada syaitan cara mengubati orang sakit yang datang kepadanya, dan syaitan mengejek kepadanya, dimana ubat tersebut sebenarnya ada di tangannya. Itulah hakikat para bomoh yang (bodoh) menggunakan jin sebagai tempat berkonsultasi dalam proses pengubatan mereka.

4-

Ertinya: Dari Abdullah bin Mas’ud  رضى الله عنه bercerita: Seorang lelaki dari kalangan sahabat Rasulullah صلى الله عليه وسلم menemui seorang lelaki dari bangsa Jin lalu keduanya berkelahi, namun sahabat tersebut mampu mengalahkan musuhnya, kemudian ia berkata: Aku melihat kamu sangat kecil dan kurus, kedua tanganmu seperti tangan anjing, apakah seperti itu bentukmu wahai bangsa jin? Atau engkau termasuk golongan mereka (yang kecil)? Jin tersebut berkata: Tidak, demi Allah, sesungguhnya aku dari golongan jin yang besar, dan akan tetapi lawanlah aku kali yang kedua, jika engkau mengalahkanku nisacaya aku akan ajar kepadamu sesuatu yang bermanfaat bagi dirimu” Sahabat itu menyetujui: “Baik..” Lalu ia mengalahkannya kembali. Maka berkata jin itu: Bacalah اَللهُ لاَ إِلهَ إِلاَّ هُوَ الْحَيُّ اْلقَـيُّوْمُ (Ayat Qursi) Sesungguhnya tidaklah engkau membacanya di dalam sebuah rumah kecuali syaitan akan keluar darinya sambil kentut seperti kentutnya keledai dan ia tidak akan memasuki rumah tersebut sampai pagi (خَرَجَ مِنْهُ الشَّيْطَانُ لَهُ خَبَجٌ كَخَبَجِ الْحِمَارِ ثُمَّ لَا يَدْخُلُهُ حَتَّى يُصْبِحَ). Orang-orang bertanya: Wahai Abu Abdurrahman, Siapakah lelaki yang engkau maksudkan tersebut? Ia menjawab: Tiada lain kecuali Umar bin Al-Khattab. (1)-Sunan ad-Darimi 2/447-448

3. Orang yang selalu membaca ayat Qursi setelah solat fardhunya juga akan dijanjikan syurga  dan selamat dari berbagai bala (Dunia & Akhirat) seperti, diterangkan didalam hadis seperti berikut;-

3.1, Diriwayatkan oleh Annisai النسائى [Hadis shahih] di dalam Shahihul Jami’: 5/339, sabda Rasulullah صلى الله عليه وسلم;-

مَنْ قَرَأَ آيَةَ اْلكُرْسِيِّ دُبُرَ كُلِّ صَلاَةٍ مَكْتُـوْبَةٍ لَمْ يَمْنَعْهُ مِنْ دُخُوْلِ اْلَجنَّةِ إِلاَّ اْلَمَوْتُ

Ertinya;- Sesiapa membaca ayat Qursi mengiringi setiap selesai solat fardhu , nescaya tidak ada yang akan menegahnya memasuki surga, kecuali mati.  

Mati adalah antara Rahmat Allah تعالى kerana roh dan jasad telah di pisahkan, dimana yang kita sakit di hari ini oleh sebab jasad, selepas kematian roh orang yang derhaka  pada Allah تعالى sahaja yang akan sakit lagi seksa, manakala roh orang –orang yang soleh, sentiasa dalam nikmat keseronokan dan kemanisan seperti roh para syuhada’  dan mereka yang masuk syurga tanpa hisab.

3.2, Hadis berikut dibawah ini penulis berpesan agar kita berpegang secara dhaif, sabda Rasulullah صلى الله عليه وسلم;-

” من قرأ آيةَ الكرسي دبرَ كلِ صلاةٍ مكتوبة كان بمَنْزِلة مَنْ قاتَلَ عن أنبياء اللهِ عزوجلَ حتى يَسْتشهِدَ “

رواه ابن السني, عمل اليوم والليلة 123 ص 48, وهو حديث ضعيف

Ertinya:- Sesiapa membaca ayat Qursi mengiringi setiap selesainya solat fardhu adalah bertaraf sama ganjarannya seperti dia berperang mengganti Nabi -nabi Allah Azzawajal berperang sehingga dia mati syahid (مقام : تمفة كدودوكن برطارف). [Riwayat Ibnu Sunni dlm Amalul yaum wal-lailah no.123 h.48, Hadis dhaif].

3.3, Di dalam kitab (الدر المنثور للسيوطى) ad-Darul Mansur lis-Sayuti j.1 h.323 Berkata Anas (khadam Nabi) sesiapa yang membaca ayat Qursi, di setiap kali setelah solat, nescaya terpeliharalah dia daripada bala bencana sehingga ke waktu solat yang seterusnya  مَنْ قَرَأَ آيَةَ الْكُرْسِيِّ فِي دُبُرِ الصَّلَاةِ الْمَكْتُوبَةِ ، كَانَ فِي ذِمَّةِ اللَّهِ إِلَى الصَّلَاةِ الْأُخْرَى, dan tidaklah seseorang itu membacanya selalu, kecuali Nabi-Nabi, atau Siddiq (sangat benar), atau Syahid.

3.4, Hadis yang di ceritakan oleh Baihaqi di dalam kitab Mirqat al-Mafatih Syarah Misykat al-Mashabih no.974 h.772-773

 عَنْ عَلِيٍّ – رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ – قَالَ : سَمِعْتُ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَقُولُ : ” مَنْ قَرَأَ آيَةَ الْكُرْسِيِّ فِي دُبُرِ كُلِّ صَلَاةٍ لَمْ يَمْنَعْهُ دُخُولَ الْجَنَّةِ إِلَّا الْمَوْتُ ، وَمَنْ قَرَأَهَا حِينَ يَأْخُذُ مَضْجَعَهُ آمَنَهُ اللَّهُ عَلَى دَارِهِ وَدَارِ جَارِهِ ، وَأَهْلِ دُوَيْرَاتٍ حَوْلَهُ  رواه البيهقي في شعب الإيمان مرقاة المفاتيح شرح مشكاة المصابيح، وقال : إسناده ضعيف .

Ertinya; Dari Ali رضي الله عنه berkata: aku mendengar Rasullah صلى الله عليه وسلم bersabda : Sesiapa membaca ayat Qursi mengiringi setiap selesai solat fardhu nescaya tidak ada yang akan menegahnya memasuki surga kecuali mati, dan barang siapa membacanya ketika madjaah (مَضْجَعَهُ : tempat rehat , tenang, aman) hendak rehat (tidur umpamanya), nescaya Allah تعالى mengamankan ke atas rumahnya, rumah jirannya dan ahli rumah-rumah disekitarnya.

Hadis dhaif ini bukan bermakna tidak boleh dipakai seperti hadis maudhu’ kerana di dalam ilmu Mustalah Hadis ada sebut: ‘selemah-lemah hadis adalah lebih kuat dari sekuat-kuat pendapat ulamak’ apatah lagi di dalam bab fadha-il amal, dimana  ulamak hadis menerima  و الله أعلم hadis dhaif

Kesimpulan

  1. Ayat Qursi hendaklah di bacanya tiga kali pagi dan petang, satu kali semasa hendak tidur dan setiap kali apabila selesai solat fardhu.
  2. Beramal dengan Ayat Qursi, InsyaAllah dapat selamatkan dari gangguan syaitan, dapat selamatkan harta benda, bala bejana dan juga dapat memasuki syurga tanpa hisab.
  3. Ayat Qursi antara amalan terpenting Nabi, para Sahabat, Pejuang, Syuhada’ dan orang-orang Siddiqiin.

Bibliography

1-al-Quran.  2- as-Sunnah.
3-islamweb.net
4. islamhouse.com
5. تفسير الذكر الحكيم آية الكرسي, د.اسماعيل لطفي
6. الحصن الواقي , عبد الله بن عبد الرحمن السدحان

 

اللهم ارزق الفردوس الأعلى في الجنة كل من ساهم في ايصال هذا الخير.. آمين .. آمين .. آمين
Ya Allah, Rezekikanlah Syurga tertinggi iaitu al-Firdaus utk sesiapa yang berkongsi (share) kebaikan (laman blog) ini… Aamin… Aamin… Aamin

About darulruqyah

Pengikut al-Quran dan as-Sunnah
This entry was posted in dll. Bookmark the permalink.

2 Responses to [1] Ayat Qursi: Kepentingannya Menurut Hadis-hadis Pilihan

  1. Azman says:

    Salam Ustaz, saya ingin bertanya, ada orang berkata beramal dengan ayat al-Kursi ini mesti kena wakaf 9, jika tidak, amalan tidak menjadi dan tidak diterima Allah, betul ker pendapat itu..?

    • darulruqyah says:

      Salam, sebenarnya mengikut ilmu Qiraat atau Tajwid, tempat wakaf dalam ayat kursi ada yang harus wakaf sahaja dan ada pula yang afdhal wasalnya, seperti jika kita berjumpa kalimah صلي dalam alQuran maka di-afdhal-kan wasal. Apa yang penting adalah, setiap amalan itu diterima Allah jika beramal sambil memahami makna dan hati sampai kepada Ilahi dan bukanlah dengan membaca sambil lewa.. والله أعلم

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s