[2] Tafsir Ayat Qursi

بسم الله الرحمن الرحيم

Ringkasan Tafsir Ayat Qursi

Oleh: Ustaz Abu Nik Abdullah Azzam

Ayat Qursi ialah ayat Quran yang paling mulia dan sebesar-besar ayat al Quran yang mana, boleh dikatakan amalan pagar diri bagi Muslim di setiap pagi dan petang, semasa hendak tidur di waktu malam atau qailullah [قيلولة:tidur sekejap di siang hari] dan juga wirid bagi mengiringi solat fardu untuk kita orang-orang mu’min[2] dan muslim. Walaupun ayat Qursi hanya terdiri daripada satu ayat sahaja, bukan semua daripada kita, memahami maknanya secara betul yang membawa kepada amalan kita sukar diterima oleh Allah تعالى kerana amalan dan bacaan yang tidak sampai ke hati atau dalam erti kata lain kita beramal dengan  sambil lewa. Oleh yang demikian, penulis di sini mahu menyentuh sedikit tentang pengertian ayat Qursi supaya kita boleh beramal dengan yakin dan faham akan makna ayatnya.

Di dalam ilmu usulut tafsir membahagikan tafsir, kepada dua bahagian iaitu;-

1. Tafsir bil Ma’shur  ( التفسير بالمأثور )
2. Tafsir bir Ra’yi (التفسير بالرأي) [tafsir pakai aqal atau pendapat]

Tafsir Ma’shur ialah dimana, Allah تعالى sendiri yang mentafsirkannya (ayat dengan ayat), atau Nabi yang mentafsirkannya (Ayat dengan Hadis), dan tafsiran sahabat  (cth: Inbu Abbas atau Ibnu Mas-ud).

Adapun Attabiin ada khilaf ulama’ yang mana, ada yang mengatakan Ma’shur dan ada juga yang mengatakan mereka termasuk dalam tafsir bir-Ra’yi [aqal atau pendapat], (seperti anak murid Ibnu Abbas: Qatadah, Mujahid).

Adakah kita sendiri boleh mentafsirkan al-Quran dengan  bir-Ra’yi? Dr.Abdullah bin Ibrahim di dalam karya beliau [3]  : Menjelaskan boleh, tetapi anda wajib memenuhi 9 syarat, seperti berikut; (Menguasai lagi alim) 1.Bahasa Arab 2.ilmu Nahu 3.ilmu Saraf 4.ilmu Balaghah 5.nasakh dan mansukhnya al Quran, 6. Asbabunnuzul 7.Hadis sahih dan lemahnya 8. Memahami Usul Fiqh  9. Bijak yang bersifat keberkatan di sisi Allah تعالى yang mana bijak ini tidak ada, melainkan dengan benar-nenar taqwa kepada Ilahi. Firman Allah didalam surah alBaqarah:282

 وَاتَّقُوا اللَّهَ وَيُعَلِّمُكُمُ اللَّهُ 

Ertinya: Dan bertaqwalah kepada Allah dan Allah akan mengajar kamu (pintu ilmu dalam agama ini apa yang kita masih belum tahu akan dibuka olehNya jika kita benar-benar taqwa)

Agama suci ini tidak diiktiraf bijak, jika seperti kaum Yahudi dimana bijak mereka itu hanya dari sudut tama zahir,walhal hakikatnya mereka adalah bodoh kerana mengikut hawa nafsu dan syaitan. Mereka yang melawan syariat Allah, al-Quran dan sunnah, serta tidak menyokong gerak kerja dakwah apatah lagi jika menyekat atau menyusahkan gerak kerja serta aktiviti dakwah dari berjalan dengan lancar, sebenarnya telah sampai ke darjat Iblis, dan bukan lagi dari kategori anak-anak kecil syaitan.

Menyebarkan agama Allah ini terlihat seolah-olah seperti kita sedang melawan arus atau bercanggah dengan budaya lama masyarakat atau orang ramai yang jahil-jahil. Kerja–kerja dakwah atau apa sahaja urusan dalam memperjuangkan agama al hanif ini, kadang-kadang bukanlah perkara yang mudah apatah lagi jika kita menghadapi situasi [4] mad-uمَدْعُو  yang merasa bahawa dia lebih pintar lagi hebat mungkin kerana pendidikannya yang lebih tinggi[4], hartanya lebih banyak dan usianya lebih tua dari kita. Kebanyakan orang yang mempunyai kelebihan duniawi dan angkuh serta sombong sepertimana iblis yang tidak mahu sujud kepada nabi Adam kerana Adam hanya dicipta dari tanah sementara iblis daripada api.  Firman Allahتعالي [al-Baqarah:34] :-

وَإِذْ قُلْنَا لِلْمَلائِكَةِ اسْجُدُوا لآدَمَ فَسَجَدُوا إِلاَّ إِبْلِيسَ أَبَى وَاسْتَكْبَرَ وَكَانَ مِنْ الْكَافِرِينَ

Ertinya[5]; Dan (ingatlah) ketika kami berfirman kepada malaikat: “Tunduklah (beri hormat) kepada Nabi Adam”. Lalu mereka sekaliannya tunduk memberi hormat melainkan Iblis; ia enggan dan takabbur, dan menjadilah ia dari golongan yang kafir 

Berikut ialah bicara mengenai tajuk : Tafsir ayat Qursi

Ertinya;- Allah, tiada Zat Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia, Yang Tetap hidup, Yang Kekal mentadbirkan (makhlukNya). Yang tidak mengantuk usahkan tidur. Yang memiliki segala yang ada di langit dan yang ada di bumi. Tiada sesiapa yang dapat memberi syafaat (pertolongan) di sisiNya  melainkan  dengan izinNya. Yang mengetahui apa yang ada di hadapan mereka dan apa yang ada di belakang mereka, sedang mereka tidak mengetahui sesuatu pun dari (kandungan) ilmu Allah melainkan apa yang Allah kehendaki (memberitahu kepadanya). Luasnya Kursi Allah [5] meliputi langit dan bumi, dan tiadalah menjadi keberatan kepada Allah menjaga serta memelihara keduanya. Dan Dialah Yang Maha Tinggi, lagi Maha Besar.

Ayat Qursi ialah ayat yang ke 255 dalam surah al Baqarah, di permulaan juz ke-3, di mana ia diturunkan semasa Baginda صلى الله عليه وسلم berada di Madinah (المدنية), ayat yang mulia ini juga dari sudut wakaf ada ja-iz (harus :جائز) wakaf pada 9 tempat. Mengikut Ibnu kasir didalam tafsirnya : Ayat Qursi ini mengandungi 10 keratan jumlah yang berasing-asingan وَهَذِهِ الْآيَةُ مُشْتَمِلَةٌ عَلَى عَشْرِ جُمَلٍ مُسْتَقِلَّةٍ seperti berikut;-

  1. اللَّهُ لَا إِلَهَ إِلَّا هُوَ : Allah, tiada Zat Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia. (dan tiada mana-mana bentuk ibadah melainkan kerana Dia)

Ayat ini bermula dengan kalimah yang Maha Agong iaitu {{الله}}, kalimah penawar bagi hati-hati kita sebagai hamba {{الله}},

  • dengan menyebut kalimah {{الله}}, syaitan dan golongan la’natullah akan lari jauh, sepertimana seorang khatib yang melaungkan azan, maka syaitan akan lari tersumbat-sumbat di dalam tandas,
  • sebutan {{الله}}  boleh merawati jiwa-jiwa kita yang sakit,  dan boleh menenangkan hati-hati kita yang luka,
  • para doktor perubatan di hospital juga, boleh mententeramkan hati-hati pesakitnya dengan menyebut kalimah {{الله}}. Ingatkanlah kepada para pesakit supaya selalu menyebut nama {{الله}}.
  • sebutan kalimah yang hebat seperti {{ الله اكبر }} dalam medan dakwah dan jihad juga dapat mententeramkan hati dan jiwa supaya tidak merasa gerun dan takut kepada musuh-musuh {{الله}}, {{الله}} akan menanamkan sifat keberanian di dalam hati lagi sakinah kepada pejuang-pejuang untuk membela agama{{الله}}.

Perbezaan Ilah [إله] bukan sekadar Rab [رب]: Rab adalah tuan dan tuhan untuk segala makhluk sekelian alam, mengaku Dialah yang menciptakan langit, bumi dan sebagainya.

Tepati Ilah selain mengandungi makna Rab juga meliputi makna mengakui {{الله}} adalah Maha Esa untuk di sembah dan beribadah. Segala sistem kehidupan, seperti urusan peribadi, keluarga, masyarakat dan negara, hanya wajib tunduk kerana dan kepada {{الله}} Dari sudud pergaulan, pendidikan, kewangan, siasah dan undang wajib hanya patuh dan mengikut arahan {{الله}}. Inilah dinamakan at- Tauhid al-Ilahiyah atau at-Tauhid al-Uluhiyyah atau at-Tauhid Ubudiah.

 [الألوهية و العبودية لله الأحد : semua bentuk sembahan dan semua perihal  ibadat hanya untuk Allah, Zat yang Maha Esa].

Dari muka ayat yang maha agong ini juga, memberi makna 3 syiar kepada kita, iaitu:- 1. Syiar islam 2. Syiar keikhlasan: kalimah ikhlas “لا إله إلا الله” dan 3.Syiar at-Tauhid.(Syiar aqidah  perjuangan)

Ayat al-Kursi ini bermula dengan lafaz al-Jalalah iaitu {{الله}}, dimana secara itlak menyeru lagi menyuruh kita terang-terangan tentang kepentingan berdakwah iaitu [dalil da’wah] kepada aqidah لا إله إلا هو.  Begitulah jua, dakwah para al-anbia’ juga para sahabat. Maka hampa dan sia-sialah mana-mana dakwah jika tidak mengajak manusia kepada al-Tauhid (aqidah) serta dengan tidak memberitahu tujuan hidup kerana {{الله}}.

  1.  الْحَيُّ الْقَيُّومُ : Yang Hidup kekal lagi terus menerus mengurus (makhluk -Nya)
  2.  لَا تَأْخُذُهُ سِنَةٌ وَلَا نَوْمٌ :  tidak mengantuk dan tidak tidur
  3.  لَهُ مَا فِي السَّمَاوَاتِ وَمَا فِي الْأَرْضِ: Kepunyaan -Nya apa yang di langit dan di bumi . Jumlah keratan ini terdapat dalil tauhid Rububiyyah [lihatlah surah al-Ankabut:61, 63 dan al-Mu’minun 84-89]
  4.  مَنْ ذَا الَّذِي يَشْفَعُ عِنْدَهُ إِلَّا بِإِذْنِهِ : Tiada sesiapa yang dapat memberi syafaat di sisi Allah, tanpa izin -Nya.  Daripada hadis tentang syafaat, dapatlah difahami bahawa syafaat Rasulullah صلى الله عليه وسلم itu diperolehi, setelah baginda sujud sekian lama kepada Allah  تعالى  untuk diberikan syafaat kepada ummatnya. Keratan hadis mengenai pemberian syafaat ini ada di dalam tafsir [المصباح المنير في تهذيب تفسير ابن كثير, ص: 185] atau [hadis muslim: 1/180] iaitu:

…, آتِي تَحْتَ الْعَرْشِ فَأَخِرُّ سَاجِدًا,  فَيَدَعُنِي ماشاء الله أَنْ يَدَعَنِي. ثُمَّ يقال: ارفَعْ رَأْسَكَ, وقُلْ تُسْمَعْ, وَاشفَعْ تُشَفَّعْ …الخ

Maksudnya: “…, Beliau pun pergi mendatangi bawah Arsy, maka akupun bersujud kepada Allah, maka Allah membiarkan seberapa lama Dia kehendaki, kemudian dikatakan kepadaku: Wahai Muhammad angkat kepalamu, mintalah nascaya permohonanmu akan didengari [diterima], dan mintalah syafa’at , maka engkau akan diberikan syafa’at bersamamu الخ

  1.  يَعْلَمُ مَا بَيْنَ أَيْدِيهِمْ وَمَا خَلْفَهُمْ  : Allah mengetahui apa-apa yang di hadapan mereka dan di belakang mereka. Amatlah banyaknya ilmu Allah تعالى tidak dapat di bayangkan yang mana meliputi segala sesuatu, yang baik mahupun buruk, yang lampau maupun yang akan datang, seperti firman Allah yang memberi tahu kepada malaikat, [Maryam:64]

وَمَا نَتَنَزَّلُ إِلَّا بِأَمْرِ رَبِّكَ لَهُ مَا بَيْنَ أَيْدِينَا وَمَا خَلْفَنَا وَمَا بَيْنَ ذَلِكَ وَمَا كَانَ رَبُّكَ نَسِيًّا 

Ertinya;- Dan tidaklah kami (Jibril) turun, kecuali dengan perintah Tuhanmu [wahai Muhammad]. Kepunyaan –Nya lah apa-apa yang ada di hadapan kita[mentadbir], apa-apa yang ada di belakang kita dan apa-apa yang ada di antara keduanya, dan tidaklah Tuhanmu lupa”.

  1.  وَلَا يُحِيطُونَ بِشَيْءٍ مِنْ عِلْمِهِ إِلَّا بِمَا شَاءَ :dan mereka tidak mengetahui sesuatupun dari ilmu Allah melainkan apa yang dikehendaki-Nya.

Mengikut [Tafsir Ibnu Katsir: 1/680] iaitu: Tidak ada sesiapapun yang mengetahui sesuatu daripada ilmu Allah تعالي kecuali apa yang diajarkan oleh-Nya. Juga dimaksudkan disini, bahwasanya tidak ada sesiapapun yang mengetahui tentang zat Allah dan sifat-Nya [مِنْ عِلْمِ ذَاتِهِ وَصِفَاتِهِ] kecuali apa yang di beritahu oleh Allah تعالى. Sama seperti firman Allah dalam [Thaha: 110] وَلَا يُحِيطُونَ بِهِ عِلْمًا “…sedang ilmu mereka tidak dapat meliputi ilmu -Nya.”.

  1. وَسِعَ كُرْسِيُّهُ السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضَ : dan Kursi Allah meliputi langit dan bumi. (Besar dan lebarnya al-Kursi Allah lebih daripada langai dan bumi yang tak mampu kita fikir dan mengambarkannya)

Terdapat beberapa pendapat tentang al-Kursi Allah, Antaranya seperti berikut;-

  • Pendapat pertama, makhluk al-Kursi ini adalah seolah-olah besarnya umpama padang pasir yang sangat luas, langit dan bumi umpama cincin [كَحَلْقَةِ] di tengah-tengah padang pasir.

[Tafsir Ibnu Katsir: 1/680] Hadis yang di ceritakan oleh al Hakim didalam kitabnya al-Mustadrak [  المستدرك على الصحيحين];-

عَنِ ابْنِ عَبَّاسٍ قَالَ : الْكُرْسِيُّ مَوْضِعُ الْقَدَمَيْنِ ، وَالْعَرْشُ لَا يُقَدِّرُ أَحَدٌ قَدْرَهُ   -رَوَاهُ الْحَاكِمُ

Ertinya;- Dari Ibnu Abbas, bahwa dia berkata, “Al-Kursi adalah tempat kedua kaki, dan Al-Arsy tidak seorangpun yang mampu mensifatkannya”.

* عَنِ ابْنِ عَبَّاسٍ قَالَ : سُئِلَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ عَنْ قَوْلِ اللَّهِ : وَسِعَ كُرْسِيُّهُ السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضَ  قَالَ : “ كُرْسِيُّهُ مَوْضِعُ قَدَمَيْهِ ، وَالْعَرْشُ لَا يُقَدِّرُ قَدْرَهُ إِلَّا اللَّهُ عَزَّ وَجَلَّ.تفسير ابن كثير, 1/680

* عن ابن عباس رضي الله عنهما – أن الكرسي موضع قدمي الرب – عز وجل – حيث قال: ” إنه موضع قدمي الله – عز وجل  رواه ابن أبي شيبة في كتاب (صفة العرش) رقم 61 ، والحاكم في المستدرك 2 / 282 وقال صحيح على شرط الشيخين ولم يخرجاه، ووافقه الذهبي وعزاه الهيثمي في مجمع الزوائد 6 / 323 للطبراني وقال الهيثمي: رجاله رجال الصحيح شرح العقيدة الطحاوية 279.

Allah  تعالى maha suci dari sifat Mujassimah dan Musyabbahah, tidak berbentuk, tidak berketul, tidak mempunyai tubuh seperti makhluk, tidak mempunyai anggota kaki dan tangan seperti manusia, tangan dan kaki Allah تعالي yang ada disebut di dalam nas yang sahih itu, bukanlah anggota badan seperti makhluk, ia hanyalah istilah bahasa cakapan sahaja seperti kaki bukit yang tidak sama dengan kaki nyamuk, kaki gunung yang tidak sama dengan kaki ayam, kaki laut yang tidak sama dengan kaki kerusi, kaki langit yang tak sama dengan kaki burung, Bukit ada kaki ker..? lautan biru ada kaki ker..?

Maka, kaki Allah تعالى janganlah sekali-kali disamakan dengan kaki manusia. Orang yang berfikir mencari soal hakikat zat dan sifat Allah تعالى adalah sama dengan ahli bid-ah dan ahli dhalalah yang akan kekal ke dalam neraka.

مخالفته تعالى للحوادث : Tidak menyerupai (Zat dan Sifat-Sifat)Nya yang Maha Tinggi dengan perkara yang baru. Firman Allah تعالى [Ash-Shura:11] لَيْسَ كَمِثْلِهِ شَيْءٌ Ertinya: Tiada sesuatupun yang sebanding dengan (ZatNya, Sifat-SifatNya), والله أعلم.

Perhatikanlah aqidah ulama’ ahlissunnah waljamaah yang mana untuk fahaman lebih lanjut, InsyaAllah…

Perhatikan tentang sifat-sifat mutasyabihat Allah تعالي yang terdapat dalam al-Quran dan as-Sunnah, khasnya pada minit ke 0.54 dalam youtube berikut:
Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang – Mazhab Salafi Wahabi (2/1) 

Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang – Mazhab Salafi Wahabi (2/2) 

  • pendapat kedua yang dimaksudkan kaki di dalam hadis ibnu abbas itu, ialah dua kaki katil dari arasy, kerana Allah menciptakan makhluk al-Kursi itu di bawah makhluk yang bernama al-Arasy dan Allah تعالى tidak di-ithbat-kan [ إِثْبَاتُ ] mempunyai tempat  untuk ZatNya seperti zat makhluk.

*– قَالَ الْبَيْهَقِيُّ :قَدْ رُوِّينَا أَيْضًا فِي هَذَا عَنِ ابْنِ عَبَّاسٍ وَذَكَرْنَا أَنَّ مَعْنَاهُ فِيمَا يُرَى أَنَّهُ مَوْضُوعٌ مِنَ الْعَرْشِ مَوْضِعَ الْقَدَمَيْنِ مِنَ السَّرِيرِ، وَلَيْسَ فِيهِ إِثْبَاتُ الْمَكَانِ لِلَّهِ تَعَالَى .تفسير القرطبي, الجامع لأحكام القرآن . 3/253

  • Pendapat ketiga, ialah takwil atau tafsir daripada makhluk al-Kursi kepada ilmu-Nya atau Kekuasaan Allah تعالى, dengan menyamakan, mentafsirkan  atau mentakwil makhluk [Kursi] itu kepada sifat Allah تعالى [iaitu IlmuNya]. Pendapat ini adalah lemah [ضعيف] kerana ilmu itu adalah suatu Sifat Allah dan bukan makhluk, sedangkan Kursi itu adalah satu ciptaan Allah تعالى yang sudah pasti satu makhluk. Wallahua’lam.

Sekalipun ada pendapat seperti berikut lihat : [ ابن كثير : 1/ 180]

عَنِ ابْنِ عَبَّاسٍ فِي قَوْلِهِ : ( وَسِعَ كُرْسِيُّهُ ) قَالَ : عِلْمُهُ  

Ertinya; Dari Ibnu Abbas pada firmanNya تعالى  : (Luasnya Kursi Allah), Berkata: Ilmu-Nya تعالى.

Ada ulamak tafsir dan ulamak ahli tahqik tidak menerima pandangan di atas [kursi makna ilmu Allah] dari Ibnu Abbas [ yakni, bukan dari ibnu Abbas yang mengatakan al-Kursi itu ilmu-Nya تعالى ] kerana bahasa Arab membezakan makna kursi dengan ilmu, apatah lagi jika mahu disamakan makhluk al-Kursi itu dengan  Sifat-Sifat Allah تعالى.

Tuan guru Said Hawa[10] dalam kitab Jundullah mengingatkan kita: Isu fiqah menerima adanya ikhtilaf, manakala dalam aqidah, mardhud [مردود  : ditolak] adanya ikhtilaf, kerana ikhtilaf dalam bab fiqah di antara salah dan betul, tetapi dalam isu aqidah adalah antara benar dan sesat.

9. وَلَا يَئُودُهُ حِفْظُهُمَا : dan Allah tidak merasa berat memelihara keduanya Langit dan bumi juga kandungan-kandungannya, semuanya itu dijaga oleh-Nya dengan senang lagi mudah, Dialah yang memenuhi keperluan setiap hambanya yang berusaha.

لَا يَئُودُ  : لَا يُثْقِلُ  tidak merasa berat وَلَا يُكْرِثُ tidak merasa penat,letih

10.  وَهُوَ الْعَلِيُّ الْعَظِيمُ: Dan Dia lah Yang Maha Tinggi, lagi Maha Besar (Zat dan Sifat-Nya Maha Tingi lagi Maha Besar yang Mutlak [المطلق  ] tidak sama dengan makhluk. firman Allah  الْكَبِيرُ الْمُتَعَالِ  Dialah jua Yang Maha Besar, lagi maha Tinggi (Yang mengatasi segala-gala dan sesuatu)

Kesimpulan:

Ayat al-Kursi mempunyai makna yang sangat agung lagi meninggikan Zat dan Sifat Allah تعالى  secara mutlaknya. Kefahaman kepada ayat al-Kursi ini, menandakan kuat dan mantapnya aqidah seseorang. Maka oleh itu, marilah kita sama-sama beramal sambil menghayati serta memahami makna ayat al-Kursi bagi memantapkan iman kita semua dan tidak sesekali meletakkan kebergantungan kita kepada makhluk, tetapi hanya pada Allah az-Zawajallah.

و الله أعلم وصلى الله على نبينا محمد وعلى آله وصحبه أجمعين

Bibliografi 

[1]- al Quran was Sunnah.
[2]- darulruqyah.wordpress.com/kepentingan-ayat-qursi
[3]- alukah.net  التفسير بالأثر والرأي و أشهر كتب التفسير فيها, د.عبد الله بن إبراهيم بن عبد الله

يجوز التفسير بالرأي لمن كان عالما باللغة العربية والنحو والصرف والبلاغة وناسخ القرآن ومنسوخه وأسباب النزول والسنة صحيحها وضعيفها وأصول الفقه، وأن يكون موهوبا، والموهبة لا تأتي إلا بالتقوى، فكلما كان الإنسان أكثر تقوى وخشية لله فتح الله عليه وعلمه ما لم يعلم، وبارك في علمه، قال تعالى: سورة البقرة الآية 282: وَاتَّقُوا اللَّهَ وَيُعَلِّمُكُمُ اللَّهُ…

[4]-Mad-u’ مَدْعُو ialah : Orang yang diajak untuk memahami Islam, beramal dengan sunnah dan  meninggalkan tradisi-tradisi lama yang sia-sia lagi melalaikan dan tidak berguna untuk agamaNya. {hati-hati..! jika kita tidak mahu kerja-kerja dakwah untuk agama Allah تعالى , Maka kita adalah mad-u’ bagi syaitan}
[5]- Yang tepatnya al-Kursi, tidak menterjemah atau menta’wil kepada ilmu atau kekuasaan Allah تعالى, kerana al-Kursi adalah makhluk, sementara ilmu dan kekuasaan Allah تعالى adalah sifatNya yang sangat Maha Agong tidak ada sesuatu pun mampu menandingi dengan sifat Allahتعالى , Zat dan Sifat Allah تعالى bukan makhluk, Penulis mengingati kepada diri sendiri, anak-anak sucu serta ikhwan juga akhawat apa yang tidak tahu kita sama-sama mengkaji dan mempelajari dan apabila kita sudah tahu, jangan sesat menyesat sesama sendiri , nasihat dan menasihati secara sopan, kerana isu agama adalah isu yang sangat sensitif juga jangan sekali-kali, membuka pintu kepada syaitan untuk menghancurkan wahdatul (kesatuan) ummah. 
[7]- تفسير أبن كثير  [8]- المصباح المنير في تهذيب تفسير ابن كثير
[9]- تفسير الذكر الحكيم آية الكرسي, د.اسماعيل لطفي
[10]- جدالله ثقافة وأخلاقا, سعيد حوى, ص: 133
[11] – islamhouse.com, islamweb.net, saaid.net, ar.islamway.com, www.alifta.net

اللهم ارزق الفردوس الأعلى في الجنة كل من ساهم في ايصال هذا الخير.. آمين .. آمين .. آمين
Ya Allah, Rezekikanlah Syurga tertinggi iaitu al-Firdaus utk sesiapa yang berkongsi (share) kebaikan (laman blog) ini… Aamin… Aamin… Aamin

About darulruqyah

Pengikut al-Quran dan as-Sunnah
This entry was posted in dll. Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s