Mimpi buruk dari syaitan

[1]الرُّؤْيَا مِنْ اللَّهِ وَالْحُلْمُ مِنْ الشَّيْطَانِ

بقلم /أبو نئ عبد الله عزام

Mimpi yang baik dari Allah Mimpi buruk dari syaitan [1]

Mimpi itu, banyak yang tidak boleh dipercayai, kecuali apabila orang yang bermimpi itu tidur dengan membaca Ayat Kursi dan mempunyai wudhu’ (tidur mengikut sunnah). Jika yang bermimpi adalah anak2 kecil yang belum baligh lagi bersih, bolehlah dipertimbangkan untuk diambil kira, sebagai contoh, mimpi yang berulang kali perkara yang sama.

Menurut sunnah, jika kita bermimpi sesuatu yang tidak disukai atau menakutkan, hendaklah melakukan seperti berikut:-

  • Meludah di sebelah kiri sebanyak 3 kali dengan serta merta ketika tersedar dari tidur,  [membuat isyarat seperti meludah dengan tidak mengeluarkan air liur, kerana jika benar2 meludah, boleh mengotorkan cadar mahupun terkena ludah kepada suami atau isteri mahupun anak kecil di sebelah].
  • Segera memohon perlindungan kepada Allah تعالى dari gangguan syaitan dan daripada keburukan mimpi itu, sebanyak tiga kali. Sangat bagus jika dapat bangun berwudhuk dan solat tahajjud atau qiyamullail.
  • Hendaklah berpindah tempat tidur dengan isteri atau suami jika katil itu kecil atau boleh juga berpindah ke tempat yang lain. [Dengan melakukan seperti itu, insyaAllah tiada kemudharatan akan berlaku :  إِنَّهَا لَنْ تَضُرُّهُ]
  • Nabi Muhammad صلى الله عليه وسلم melarang menceritakan tentang mimpi  jahat atau buruk kepada orang lain pada keesokan harinya atau pada bila-bila masa ianya berlaku.[ وَلَا يُحَدِّثُ بِهَا أَحَدًا]

Adapun jika kita bermimpi sesuatu yang disukai, menyeronokkan mahupun menyenangkan, hendaklah kita bersyukur dengan memuji Allah [الحمد لله] atas mimpi tersebut dan tidak perlu menceritakan kepada orang ramai kecuali kepada mereka yang akan suka mendengarnya.[ لَا تُخْبِرْ بِهَا إِلَّا مَنْ تُحِبُّ]

———————Download PDF Mimpi buruk dari syaitan———————

Bibliografi
[1]- Tajuk laman ini adalah asalnya lafaz hadis yang sahih, Makna الحلم didalam hadis ialah mimpi  yang menakutkan, mimpi jahat, mimpi buruk atau umpamanya. Lihat Hadis al-Bukhari, no.6583, Hadis Muslim dlm bab Mimpi no.  2261.
[2]- http://www.islamweb.net

اللهم ارزق الفردوس الأعلى في الجنة كل من ساهم في ايصال هذا الخير.. آمين .. آمين .. آمين
Ya Allah, Rezekikanlah Syurga tertinggi iaitu al-Firdaus utk sesiapa yang berkongsi (share) kebaikan (laman blog) ini… Aamin… Aamin… Aamin

About darulruqyah

Pengikut al-Quran dan as-Sunnah
This entry was posted in dll. Bookmark the permalink.

One Response to Mimpi buruk dari syaitan

  1. Khairul Ezad says:

    Nabi menyebut :

    الرُّؤْيَا الصَّالِحَةُ من اللَّهِ وَالْحُلْمُ من الشَّيْطَانِ فَمَنْ رَأَى شيئا يَكْرَهُهُ فَلْيَنْفِثْ عن شِمَالِهِ ثَلَاثًا وَلْيَتَعَوَّذْ من الشَّيْطَانِ فَإِنَّهَا لَا تَضُرُّهُ

    Ertinya : Mimpi yang baik ( dari orang soleh) adalah dari Allah SWT dan mimpi (buruk) adalah dari Syaitan, barangsiapa yang telah melihat sesuatu (mimpi) yang tidak disukainya, hendaklah ia meniup ke kirinya 3 kali dan beristi’azah (meminta perlindungan dari gangguan syaitan), kemudian mimpi itu tidak akan memudaratkannya” ( Riwayat Al-Bukhari, 6/2568)

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s