Pagar diri (7) : أَعُوْذُ بِكَلِمَاتِ اللهِ التَّامَاتِ مِنْ شَرِّ ماَ خَلَقَ

(Amalan asySyifa’ & pagar diri ke (7

{ Pagar dengan bacaan ta’awwuz:    أَعُوْذُ بِكَلِمَاتِ اللهِ التَّامَاتِ مِنْ شَرِّ ماَ خَلَقَ }

Muzakarah kitab: Melindungi Diri Dari Jin & Syaitan (وقاية الإنسان من الجن والشيطان)

 DOWNLOAD KLIK SaYa (Terbaik baca di link ini)

 

  1. Keselamatan sepanjang perjalanan:-

Dalam perjalanan yang dekat atau musafir yang jauh, Nabi صلى الله عليه وسلم  ada mengajarkan kita untuk memohon keselamatan dari Allah تعالى seperti mana;-

Dari Khaulah binti Hakim berkata: aku mendengar Rasulullah صلى الله عليه bersabda, barang siapa yang singgah pada suatu tempat, kemudian mengucapkan:

“  أَعُوْذُ بِكَلِمَاتِ اللهِ التَّامَّاتِ مِنْ شَرِّ ماَ خَلَقْ

tidak akan dimudharatkannya  oleh sesuatu, hinggalah dia meninggalkan tempat tersebut.

[HR.Muslim]

    Pengalaman Ulama:-

Suhai (perawi hadis ini) berkata, keluarga kami belajar dan  mengamalkannya setiap malam, hingga tiba suatu hari seorang anak perempuan kami disengat oleh seekor binatang, namun dia tidak merasa sakit sedikitpun.

Berkata alQurtubi رحمه الله : ini adalah khabar yang sahih, cerita yang benar berlandaskan dalil dan pengalaman.

عَنْ خَوْلَةَ بِنْتِ حَكِيمٍ قَالَتْ : سَمِعْتُ رَسُولَ اللَّهِ صلى الله عليه يَقُوْلُ: مَنْ نَزَلَ مَنْزِلاً ثُمَّ قاَلَ: “ أَعُوْذُ بِكَلِمَاتِ اللهِ التَّامَّاتِ مِنْ شَرِّ ماَ خَلَقَ”، لَمْ يَضُرَّهُ شَئٌ حَتَّي يَرتَحِلَ مِنْ مَنْزِلِـــــهِ ذَلِكَ

الوقاية / ص: 308، 333

  

قَالَ سُهَيْل(رَاوِي الْحَدِيْث): فَكَانَ أَهْلَناَ تَعَلَّمُوْهَا،  فَكَانُوْا يَقُوْلُونَهاَ كُلِّ لَيْلَةٍ، فَلُدِغَتْ جَارِيَةٌ مِنْهُمْ فَلَمْ تَجِدُ وَجَعاً ….

قاَلَ القُرْطُبِيْ رَحِمَهُ الله: (هَذَا خَبَرٌ صَحِيْحٌ وَقَوْلٌ صَادِقٌ عَلِمْناَ صِدْقُهُ دَلِيْلاً وَتَجْرِبَةً)….

  1. Pagar diri dari segala kejahatan makhluk dan menghilangkan bisa sengatan;

Insya Allah segala sengatan kala jengking dan binatang bisa yang berkeliaran di sekeliling tidak memudharatkan jika beramal amalan sunnah yang sahih ini;-

Dari Abu Hurairah berkata: datang seorang lelaki jumpa Rasullulah صلى الله عليه dan berkata: Ya Rasulullah! Adakah engkau tahu betapa sakitnya sengatan jengking yang menyengatku semalam tadi..? Sabda Rasulullah; andainya kamu membaca pada waktu petang :

أَعُوْذُ بِكَلِمَاتِ اللهِ التَّامَّاتِ مِنْ شَرِّماَ خَلَقْ

nescaya sengatannya tidak memudharatkanmu.

Didalam riwayat yang lain (iaitu Ibnu Sunniy): Sesiapa mengucapkan أَعُوْذُ بِكَلِمَاتِ اللهِ التَّامَّاتِ مِنْ شَرِّماَ خَلَقْ tiga kali, nescaya tidak akan dibahayakan oleh sesuatu. [Sanadnya Sahih]

عن أبي هريرة قال: جَاءَ رَجُلٌ إِلىَ النَّبِيّ صلى الله عليه فقال: يارسول الله ! ما لَقِيْتُ مِنْ عَقْرَبٍ لَدَغَتْنِي الْبَارِحَةَ؟ قَالَ:  أَماَ لَوْ قُلْتَ أَمْسَيْتَ: ” أَعُوْذُ بِكَلِمَاتِ اللهِ التَّامَّاتِ مِنْ شَرِّماَ خَلَقَ “ لَمْ تَضُــــــــــــرَّكَ.

  الوقاية /ص 339، 308.

وفي رواية لإبنِ السُّنِيِّ : من قال ” أعوذ بكلمات الله التامات من شرّ ما خلق ” ثلاثاً لم يضره شئ.

وسندها صحيح . الوقاية /ص 308

  1. Pagar diri, anak-anak dan isteri-isteri dari gangguan dan serangan penyakit alAin (Mata Jahat)
Mestilah bagi seseorang itu meminta perlindungan untuk anak-anaknya. Abdullah bin Abbas رضي الله عنهما berkata: Adalah Nabi صى الله عليه وسلم meminta perlindungan untuk Hasan dan Hussin (dengan doa) :

أَعُوْذُ بِكَلِمَاتِ اللهِ التّامَّــةِ، مِنْ كُلِّ شَيْطَانٍ، وَهَامَّةٍ، وَمِنْ كُلِّ عَيْنٍ لَامَّةٍ

Aku berlindung dengan kalimah Allah yang Maha Sempurna dari semua gangguan syaitan, bahaya binatang yang ganas (atau kejahatan orang – orang yang jahat) dan dari penyakit Ain yang menyakiti. ”

dan bersabda صلى الله عليه وسلم; sesungguhnya bapamu (Ibrahim عليه السلام berdoa) meminta perlindungan dari Allah تعالي dengan doa ini untuk Ismail dan Ishak. (al-Bukhari: 3371, atTirmizi:2070).

يُسْتَحَبُ لِلرَّجُلِ أَنْ يُعَوِّذَ أَوْلاَدُهُ. قاَلَ عَبْدُ اللهِ بْنِ عَبَّاسٍ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُمَا قَالَ: كَانَ النَّبِيُّ صلى الله عليه وسلم يُعَوِّذُ الْحَسَنَ وَالْحُسَيْنَ:  أَعُوْذُ بِكَلِمَاتِ اللهِ التّامَّــةِ، مِنْ كُلِّ شَيْطَانٍ، وَهَامَّةٍ، وَمِنْ كُلِّ عَيْنٍ لَامَّةٍ.

وَيَقُولُ: إِنَّ أَبَاكُمَا كَانَ يُعَوِّذُ بِهَا ” إِسْمَاعِيلَ وَإِسْحَاقَ”. أنظر: الوقاية / ص: 235

Dr. Abdullah Yasin yang matang mengenai hai ini menceritakan di dalam terjemahannya iaitu: “وَمِنْ كُلِّ عَيْنٍ لَامَّةٍ” dengan memberi ertikan bahawa: dan “(Aku berlindung dengan kalimah Allah yang sempurna) daripada semua jenis sihir yang tercela”. Disitu mencerminkan bahawa, penyakit alAin (mata jahat) itu sukar untuk difahami secara kajian berfakta dibandingkan dengan sihir. Walau bagaimanapun, penyakit alAin boleh memberi effect (kesan) yang sama kepada rohani dan jasmani seperti mangsa pesakit sihir. Cara merawat pesakit alAin juga adalah sama seperti rawatan orang yang terkena sihir dan cara memagar diri dari penyakit alAin juga adalah sama seperti pagar diri dari terkena serangan sihir.

  1. Ganguan semasa tidur, susah untuk tidur dan Insomnia

Andainya kita tidak boleh (susah atau sukar) tidur, mahupun terbangun malam, mohonlah supaya ia bukan kerana murka Allah تعالى. Oleh itu, tidurlah dengan berwudhuk mengikut sunnah.

Bahawa Khalid bin Walid رضى الله عنه bertanya kepada Rasulullah صلى الله عليه وسلم : Sesungguhnya aku terjaga dari tidurku?, maka Rasulullah صلى الله عليه وسلم bersabda bacalah:

أَعُوذُ بِكَلِمَاتِ اللَّهِ التَّامَّةِ مِنْ غَضـــَبـِـهِ وَعِقَابِهِ وَشَرِّ عِبَادِهِ وَمِنْ هَمَزَاتِ الشَّيَاطِينِ وَأَنْ يَحْضُرُونِ

Aku berlindung dengan kalimah Allah yang Maha sempurna dari kemarahan dan balasanNya, dari kejahatan hambaNya, dari bisikan-bisikan syaitan dan (semua itu) jangan hadir kepadaku.

أَنَّ خَالِدَ بْنَ الْوَلِيدِ قَالَ: لِرَسُولِ اللَّهِ صلى الله عليه وسلم ” إِنِّي أُرَوَّعُ فِي مَنَامِي”..؟ فَقَالَ لَهُ r قُلْ: أَعُوذُ بِكَلِمَاتِ اللَّهِ التَّامَّةِ مِنْ غَضـــَبـِـهِ وَعِقَابِهِ وَشَرِّ عِبَادِهِ وَمِنْ هَمَزَاتِ الشَّيَاطِينِ وَأَنْ يَحْضُرُونِ – مؤطا مالك، رقم:(1772)، أبو داود 4/12، وصحيح الترمذي 3/171 وأنظر: حصن المسلم ، سعيد القحطاني، ص: 87

  1. Doa menolak bala dari segala kemusnahan dan kejahatan yang datang dari langit dan bumi.

Amalan doa dari Sunnah berikut adalah antara ruqyah pilihan  untuk menghalau atau membakar [11] jin dan syaitan yang memasuki jasad manusia, iaitu;-

Aku berlindung dengan kalimah Allah yang Maha Sempurna yang tidak dapat ditembusi oleh orang yang baik dan orang jahat. Dari semua kejahatan makhlukNya, dan kejahatan yang turun dari langit dan yang naik kepadanya, dari kejahatan yang tumbuh pada bumi dan yang keluar daripadanya,

dari kejahatan fitnah siang dan malam, dari kejahatan yang datang (padaku) pada waktu malam dan siang, (atau bintang Toriq mahupun serpihannya seperti “meteor: tahi bintang yang membahayakan) kecuali yang datang membawa kebaikan, Wahai yang Maha Pemurah.

[HR. Imam Ahmad]

أَعُوْذَ بِكَلِمَاتِ اللهِ التَّامَّاتِ الَّتِي لَا يُجَاوِزُهُنَّ بَرٌّ وَلَا فَاجِرٌ، مِنْ شَرِّ مَا خَلَقَ-وَبَرَأَ وَذَرَأَ-، وَمِنْ شَرِّ ماَ يَنْزِلُ مِنَ السَّمَاءِ، وَمِنْ شَرِّ مَا يَعْرُجُ فِيْهَا، وَمِنْ شَرِّ مَا ذَرَأَ فِيْ الأرْضِ، وَمِنْ شَرِّ مَا يَخْرُجُ مِنْهَا، وَمِنْ شَرِّ فِتَنِ الْلَيْلِ وَالنَّهاَرِ، وَمِنْ شَرِّ كُلِّ طَارِقٍ إِلَّا طَارِقاً يَطْرُقُ بِخَيْرٍ، ياَ رَحْمنُ .

– رواه أحمد ، بإسناده صحيح

 Pancaran mahupun serpihan bintang seperti meteor (tahi bintang) boleh membinasakan bumi (kediaman, pertanian dan ternakan) dalam ukuran (skala) yang kecil atau besar. Jika terjatuh dilaut, boleh menjadi tsunami. والله أعلم
 Beramal: (Membaca)  Hafaz Klik Sini
  • Untuk keselamatan semasa singgah di sesuatu tempat (1x atau 3x).
  • Untuk keselamatan anak-anak dari semua gangguan (manusia, binatang, jin dan syaitan)
  • Untuk tidur yang tidak boleh nyenyak atau insomnia.
  • Setiap pagi dan petang (1x atau 3x).

والله أعلم

المراجع :

[1]      القران والسنة،  تفسير إبن كثير

[2]      دعاء مستجاب دري الكتاب دان السنة، الشيخ د. إسماعيل لطفي فطاني.

[3]      وقاية الإنسان من الجن والشيطان، وحيد عبد السلام بالي، تقريط : أبو بكر جابر الجزائري، ISBN.977-1685-1-5، دارالبشير القاهره، الطبعة الحادية عشرة.

[4]      الحصن الواقي، د.عبد الله محمد السدحان. 5- library.islamweb.net  islamhouse.com ,

[5]   ديوان الإمام الشافعي، المسمىَّ الجوهر النفيس في شعر الإمام محمد إدريس، ص : 152 

[6] مِرْقَاةُ الْمَفَاتِيحِ شَرْحَ مِشْكَاةِ الْمَصَابِيحِ : رقم: 2422

[7]   صحيح الترمذي  (3/187

[8]  الفتوحات الربانية لإبن علان (3/94

[9] رواه مسلم (2709

[10] Pendinding : rumah, pengantin  dan bayi daripada gangguan syaitan , Dr. Abdullah Yasin , h: 68

[11] Syariat telah mengharamkan membunuh atau membakar (jin & syaitan) kecuali kes-kes tertentu dan mempunyai beberapa syarat, hal ini ada disebut dalam kitab alFatawa alKubra oleh Ibnu Taimiah, وأنظر: المنهجُ القرآنىُّ لعلا السحر والمسِ الشيطانى، أسامة محمد العوضى، ص: 203-195 , dan insya Allah akan ditulis dibahagian yang lain.

[12] Perisai Muslim: Himpunan doa zikir dari al-Quran &as-Sunnah, Alih Bahasa: TG. Dr .Abdil Basit Abdul Rahman, h.276-277

[13]  – مسند أحمد 3/119 بإسناد صحيح،  وإبن السني برقم 637،  ومجمع الزوائد 10/127،  وأنظر: العلاج بالرقى من الكتاب والسنة، سعيد القحطاني، ص: 98.  رواه أحمد رقم (15461)، صحيح الجامع الصغير رقم (74)، أنظر: دعاء مستجاب دري الكتاب دان السنة، الشيخ د. إسماعيل لطفي فطاني.

About darulruqyah

Pengikut al-Quran dan as-Sunnah
This entry was posted in dll. Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s