Tanda-2 Sihir

Seandainya anda Terkena Sihir , Gangguan Jin , Masuk Hantu, Sentuhan Roh Jahat (المس), Tipu daya syaitan, Demam Hasad, Demam al-Ain (العين) atau Mata Jahat, as-Sirak dll.. anda perlu diruqyah(dijampi) atau mandi dengan air ruqyah. antara tanda-tandanya seperti berikut:-
  1. Ahli keluarga rumah cepat marah, hilang sifat-sifat yg sangat mulia seperti sabar, sakinah… dll
  2. Suami isteri selalu bergaduh dan bertengkar.
  3. Tak suka duduk di rumah. Lebih suka dan tenang di luar rumah.
  4. Suami isteri susah nak bermesyuarat utk buat keputusan sesuatu, contohnya utk beli kereta… etc
  5. Isteri hilang hormat kepada suami.
  6. Suami hilang Mawaddah kepada isteri.
  7. Isteri atau suami cemburu tidak berasas kepada agama, hati merasa itu tututan agama hakikatnya jahil murakkab.(cemburu itu wajib, lelaki yg tidak cemburu adalah dayus)
  8. Tak ada syahwah terhadap suami isteri sendiri. Jika berjimakpun khayal dengan orang lain.
  9. Dalam dan luar rumah bersepah dan berserabut dengan barang-barang tidak disusun dengan kemas.
  10. Dalam bilik tidur, dapur, tandas dan sebahagian besar rumah anda kotor.
  11. Duit asyik hilang di rumah tanpa sebab.
  12. Selalu terlupa barang berharga, nyanyuk ketika muda.
  13. Tiba-tiba badan terasa panas padahal udara sejuk.
  14. Tiba-tiba terasa sejuk sedangkan orng lain semua panas.
  15. Kadang-kadang dlm bilik ada bau busuk tapi sekejap sahaja, cari najis atau benda busuk itu tak jumpa.(Berlaku berkali-kali).
  16. Terasa ada orang lain bersama anda tetapi tak nampak.
  17. Terasa ada orang ikut berjalan di belakang apabila tengok tak nampak.
  18. Selalu mimpi mengarut dlm tidur atau bercakap merapu dalam keadaan anda sedang tidur dan orang lain dengar suara anda.
  19. Selalu mendengar bunyi suara macam-macam di rumah anda sedangkan apabila ditanya orang lain, tak ada mendengar bunyianpun, hakikatnya suara bukan-bukan.
  20. Selalu bergaduh atau tak puas hati dengan jiran-jiran atau teman-teman, dan hilang rasa ukhuwah.
  21. Kadang-kadang terdengar orang memangggil sedangkan hakikatnya tidak pun.
  22. Perangai anda berubah suka berdiam diri dalam bilik jika sebelumnya anda peramah.
  23. Melihat cermin dengan tidak berdoa ( اللهم أحسنت خلق فأحس خلقي ) dan suka lama – lama sampai buang masa.
  24. Suka termenung waktu petang dan khayal entah apa-apa.
  25. Kadang-kadang anda rasa sepi sunyi waktu petang (Nasihat…!Cepat-cepat ambil wudu’ dan baca wirid maksuraat pagi petang yg diajar oleh baginda صلى الله عليه والسلام)
  26. Susah nak tidur pada waktu malam
  27. Terjumpa benda-benda pelik  di dalam rumah atau sekitar rumah khasnya tempat-tempat lalu-lalang, contohnya seperti botol ubat kecil didalam ada kain, benang, paku.. etc, atau miftah yg di balut dengan benang atau yg dibungkus dengan kain…etc, atau bungkusan dalamnya ada tulisan pelik tidak difahami contohnya seperti tulisan bentuk azimat pelaris…etc. (Awas..! semua barang-2  yg anda jumpa dan rasa itu sihir jangan panic atau terkejut…! ambil jer air satu bekas baca doa-doa ruqyah dari al-Quran & as-Sunnah (yang di sedia dalam blog ini) seperti surah al-Fatihah, surah-surah 4 qul, ayat kursi… dll.  lepas baca hembus dalam air tadi kemudian musnahkan barangan sihir tadi dalam air ruqyah, jika kertas ada tulisan azimat, koyak-2 jer dalam air ruqyah itu)… tak perlu bawa kepada tok bomoh syirik & khurafat kerana akan menghabiskan duit jer.
  28. Sakit kepala, lemah badan, sesak nafas, terasa malas, sakit macam-macam tetapi doktor hospital kata anda sihat dan normal.
  29. Jika X-ray, ternampak benda-benda keras dalam dlm badan seperti staples,jarum, paku, benang, rambut..etc.
  30. Ibadah tidak ikhlas, malas solat, malas, membaca al-Quran, malas mengikuti majlis-majis ilmu agama…etc.
  31. Ibadah tidak mengikuti sunnah.

.والله أعلم

نعوذ بالله من ذالك ومن كل الشيطان الرجيم

kami minta berlindung dengan Allah dari demekian (diatas) dan dari semua kejahatan Syaitan yang terkutuk .

sekiranya terdapat pada diri anda apa yang tertulis diatas ubah kanlah perangai anda, rawatkankan diri anda sendiri sebelum meminta orang lain merawatnya. jangan sampai terbiar lama gangguan jin & syaitan atau sihir pada diri anda atau orang yg anda sayangi, wajib merawatnya secepat mungkin, sebelum masalah akan menjadi lebih besar, atau ajal maut tiba dalam keadaan anda hilang iman.

About darulruqyah

Pengikut al-Quran dan as-Sunnah
This entry was posted in Sihir (Magician). Bookmark the permalink.

Leave a comment