Hidayah Allah: Penawar bagi ROH yang sakit

Silsilah Tazkiyatun Nafs Kungci Kejayaan [siri2]

Hidayah Allah: Penawar bagi ROH yang sakit
Oleh; Ust Abu Nik Abdullah Azzam

Laman ini sebagai sambungan dari tajuk yang sebelum ini iaitu [ROH sakit akademik gagal, segala impian tak tercapai], di dalam Silsilah Tazkiyatun  Nafs, sebelum ini ada menyentuh mengenai punca setiap kegagalan ialah kerana hilang atau kurang sempurna HUDAN/ HIDAYAH, sementara darjat hudan / hidayah pada seseorang kekadang meningkat tinggi dan kekadangnya lemah (macam air pasang surut akibat gangguan syaitan terhadap roh kita). Ini  bermakna, selamatkan roh kita daripada gangguan syaitan bersama mengambil langkah usaha mendapat hudan akademik kita akan berjaya dan hidup tidak akan binasa.

Awal-awal makhluk yang hilang hudan adalah iblis لعنة الله. Kemudian anak cucu syaitan sampai ke hari ini.  Dalam erti kata lain, jika kita tidak mendapat hudan dari Allah تعالى , kita adalah seperti anak cucu iblis itu tadi. (نعوذ بالله من ذلك).

3 PERKARA MEMBAWA KEPADA (HUDAN / HIDAYAH) PENTUNJUK ALLAH YANG LURUS. [2]

Setiap kali solat kita diwajibkan merayu dan meminta dari Allah تعالي untuk mendapat hudan, hidayah dan berjaya, (ada hudan, insyaAllah kita akan berjaya dan syaitan yang bersama kita akan binasa).

اهدِنَــــا الصِّرَاطَ المُستَقِيمَ

Erti, Tunjukilah kami kejalan yang lurus [al-Fatihah: 6]

3 perkara yang di maksudkan itu, ialah ;

1-Berilmu     2-Beramal      3-Ikhlas
Untuk mendapat hudan sekarang, kita sedia ada 5 senjata:- tiga di atas, dan dua lagi di laman blog sebelum ini iaitu ;  1.Selamatkan roh dari gangguan syaitan, 2.Jaga solat dan doa-doa dalamnya.

Berilmu;
Untuk mendapat ilmu bukan sesuatu yang mudah dan senang. Di dalam erti kata lain, adalah sangat susah untuk menjadi seorang alim, sebab itulah sangat ramai yang tidak berilmu, atau bukan ramai yang digelar ilmuan, ulamak atau scholars of Islam di dalam sesuatu bidang.

Bertakwalah kepada Allah تعالى kerana dengan ketakwaan itu, Allah akan menambah ilmu di dalam dada kita. Firman Allah تعالى [alBaqarah:282] وَاتَّقُوا اللَّهَ وَيُعَلِّمُكُمُ اللَّهُ Erti: ‘’Dan bertaqwalah kepada Allah dan Allah akan mengajar kamu’’ (pintu ilmu dalam agama ini apa yang kita masih belum tahu, akan dibuka olehNya jika kita benar-benar taqwa)

Beramal;

Andainya ramai yang tidak berilmu atau tidak tahu dalam urusan agama alhanif ini, maka ketahuilah lebih ramai dari itu lagi yang berilmu tetapi tidak beramal dengan ilmunya.  Dalam ertikata lain, penceramah atas pentas hanya tahu bertutur kata dan mengajar orang atau menulis tentang agama didalam buku dan laman-laman blog, tetapi tidak beramal dengan ilmunya.

Firman Allah تعالى

 يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا لِمَ تَقُولُونَ مَا لَا تَفْعَلُونَ,كَبُرَ مَقْتًا عِنْدَ اللَّهِ أَنْ تَقُولُوا مَا لَا تَفْعَلُونَ, إِنَّ اللَّهَ يُحِبُّ الَّذِينَ يُقَاتِلُونَ فِي سَبِيلِهِ صَفًّا كَأَنَّهُمْ بُنْيَانٌ مَرْصُوصٌ  . (الصف : 2-4)

Ertinya:, Wahai orang-orang yang beriman! Mengapa kamu memperkatakan sesuatu yang kamu tidak melakukannya..!, Amat besar kebenciannya di sisi Allah – kamu memperkatakan sesuatu yang kamu tidak melakukannya, Sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang yang berperang untuk membela ugamaNya, dalam barisan yang teratur rapi, seolah-olah mereka sebuah bangunan yang tersusun kukuh.

Ulamak tafsir[3]  sepakat kata [اتَّفَقَتْmengatakan asbabunnuzul Ayat-ayat ini ialah berkaitan dengan jihad di jalan Allah  [حَوْلَ الْجِهَادِ فِي سَبِيلِ اللَّهِ]

Ikhlas;

Ikhlas itu bermaksud, roh yang memainkan peranan, dimana jiwa atau hati boleh dididik , manakala aqal kitalah yang membuat sesuatu keputusan. Maka, ikhlaskan niat  ( LILLAH ) kerana Allah تعالى dalam apa jua amalan dan ibadah adalah sangat penting. Ini adalah sasaran terakhir musuh kita syaitan, untuk mengganggu, kita supaya gagal mendapat hudan. Apatah lagi ibadah yang paling tinggi darjatnya, iaitu di dalam ruang lingkup  jihad fi sabililah, (menuntut ilmu umpamanya) sehingga disana ada yang pada zahirnya mati syahid tapi Rasulullah صلى الله عليه وسلم  mengatakan [فَهُوَ فِي النَّارِ ertinya, Maka dia ke neraka] kerana syahidnya bukan untuk neninggikan kalimah Allah تعالى dan tidak ikhlas dalam perjuangannya.

Sebuah hadis didalam [Sahih Bukhari 3/2655] berbunyi,

عَنْ أَبِي مُوسَى رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ قَالَ جَاءَ رَجُلٌ إِلَى النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَقَالَ الرَّجُلُ يُقَاتِلُ لِلْمَغْنَمِ وَالرَّجُلُ يُقَاتِلُ لِلذِّكْرِ وَالرَّجُلُ يُقَاتِلُ لِيُرَى مَكَانُهُ فَمَنْ فِي سَبِيلِ اللَّهِ قَالَ مَنْ قَاتَلَ لِتَكُونَ كَلِمَةُ اللَّهِ هِيَ الْعُلْيَا فَهُوَ فِي سَبِيلِ اللَّهِ.

Ertinya, Dari Abu Musa berkata, Datang seseorang kepada Nabi صلى الله عليه وسلم dan bertanya, Ada seseorang yang berperang untuk mendapat habuan, dan berperang untuk disebut-sebut orang tentang keberanian, dan ada yang berperang kerana ingin memperlihatkan orang. Siapakah yang disebut fi sabilillah…?. Menjawab Baginda:  Iaitu sesiapa yang berperang supaya kalimah Allah menjadi tinggi, ialah (jihad) di jalan Allah.”

Kalau kita lihat di dalam Fathul alBari sebagai syarah kepada hadis di atas, antara yang berjihad tidak ikhlas, adalah seperti berikut [4];-

طَلَبِ الْمَغْنَمِ، وَإِظْهَارِ الشَّجَاعَةِ، وَالرِّيَاءِ، وَالْحَمِيَّةِ، وَالْغَضَبِ

Ertinya, (Berjihad untuk) menuntut habuan, menunjuk–nunjuk keberanian (atau untuk kepujian orang), Riya’(kemunafikan), kaum keluarga (qabilah),  kawan, individu, dan kemarahan.  [2655: فتح الباري شرح صحيح البخاري]  

Di dalam mencapai matlamat hudan ini , bolehlah digambarkan seperti pyramid, dimana asasnya, bermula dengan BERILMU, lapisan seterusnya ialah BERAMAL dengan apa yang di pelajarinya, dan teratas adalah  kemuncak darjat mencapai hudan yang tertinggi di sisiNya ialah IKHLAS, dimana adalah sangat sedikit. Semoga kita sentiasa mendidik hati kita tetap dengan keIKHLASan didalam setiap ibadah, apatah lagi didalam jihad mempertahankan aqidah yang banyak cabaran  penuh dengan uijan duri dan api.

Jadikanlah diri kita orang berILMU, berAMAL dan IKHLAS’ kerana itulah sebenarnya di landasan jalan petunjuk yang lurus dan jalan kejayaan.

اهدِنَــــا الصِّرَاطَ المُستَقِيمَ

Di akhir ini, penulis ingin mengingati diri sendiri, keluarga dan kawan-kawan, sebenarnya yang membuat kita malas belajar untuk menjadi insan yang berILMU adalah syaitan, yang membuat kita malas berAMAL dengan ilmu juga adalah syaitan,  serta yang merosakkan keIKHLASan kita juga adalah syaitan. Maka jadikanlah syaitan itu sebagai musuh utama kita dalam setiap urusan, setiap hal dan di setiap bidang.  Dengan itu, kita akan berjaya dalam pendidikan dan selamat dari binasa hidup di dunia juga akhirat, lihat firmah Allah تعالى 

إِنَّ الشَّيْطَانَ لَكُمْ عَدُوٌّ فَاتَّخِذُوهُ عَدُوًّا إِنَّمَا يَدْعُو حِزْبَهُ لِيَكُونُوا مِنْ أَصْحَابِ السَّعِيرِ

Erti, Sesungguhnya Syaitan adalah musuh bagi kamu, maka jadikanlah dia musuh (yang mesti dijauhi tipu dayanya), sebenarnya dia  hanyalah mengajak golongannya supaya menjadi sebahagian dari penghuni neraka.

Kesimpulan,

Buktikan akademik kita berjaya, jika kita memiliki hudan هُداً , hidayah dan petunjuk ke jalan yang lurus, jika akademik kita bermasaalah atau gagal ternyata, roh dan jiwa kita sakit, diganggu oleh syaitan sampai cacat hudan هُداً , sebelum roh dipisahkan dari badan, akal tolonglah buat keputusaan untuk  dirawati dengan;-

  • Solat mengikut sunnah dan tembuskan doa-doa di dalam solat kepada Ilahi tentang hajat kita.
  • Memagar diri daripada gangguan syaitan, di setiap masa dan tempat.
  • Berilmu, Beramal, dan Ikhlas. والله أعلم

Bibliography,
[1]- القرآن والسنة
[2]- Nasihat ringkas dari Facebook (post date , 17 January 2012) oleh TG.Dr. Ismail Lutfi
[3]- 8/104  تفسير القرآن, أضواء البيان في إيضاح القرآن بالقرآن – محمد الأمين بن محمد بن المختار الجنكي الشنقيطي
[4]- فتح الباري شرح صحيح البخاري : 2655
[5]- islamweb.net, iium.edu.my/deed/quran/malay,

اللهم ارزق الفردوس الأعلى في الجنة كل من ساهم في ايصال هذا الخير.. آمين .. آمين .. آمين
Ya Allah, Rezekikanlah Syurga tertinggi iaitu al-Firdaus utk sesiapa yang berkongsi (share) kebaikan (laman ) ini… Aamin… Aamin… Aamin

About darulruqyah

Pengikut al-Quran dan as-Sunnah
This entry was posted in dll. Bookmark the permalink.

2 Responses to Hidayah Allah: Penawar bagi ROH yang sakit

  1. NOOR ASHIKIN BINTI DZULKAPLI says:

    Sangat bermanfaat pengisian penulis. Terkesan dihati saya. Terima kasih atas penulisan yang cukop bermakna buat diri saya.

Leave a comment