Soal / Jawab

soalan (1) : Adakah boleh digunakan air dan garam yang diruqyah sebagai pagar rumah atau untuk menghalau jin dan syaitan..?

Jawabnya (الشيخ عبدالله بن عبدالرحمن الجبرين): Boleh atau Harus digunakan air garam (bukan air atau garam) utk merencit-rencit di dalam atau di luar rumah bertujuan menghalau jin dan syaitan, dan air garam itu juga harus dijampi atau dibaca dengan doa ruqyah dari al-Quran dan as-Sunnah.  (1)- http://www.rouqyah.com/showthread.php?t=11854 (2)- http://ibn-jebreen.com/

(tunggu anda yg bertanya)

15 Responses to Soal / Jawab

  1. Soalan (2) : Ummul Sakinah says:

    Assalamualaikum, suami isteri yang dekenakan sihir pemisah dan pembenci. si isteri sedar tetapi suami tidak. bagaimana untuk membantu si suami?

  2. بسم الله الرحمن الرحيم , الحمد لله وبه نستعين
    الصلاة والسلام على النبي خير الأنام

    Walaikumussalam,

    Ukhti Ummul Sakinah semoga dirahmati Allah, Tabiat seseorang yang terkena sihir dia ialah tidak mengaku malah tidak sedar yang dia kena sihir pada peringkat awalnya, tapi kadang-kadang boleh nampak tanda-tanda sihir pada seseorang itu, Mana kala seseorang yang kena sihir dan dia sedar itu maknanya jiwa seseorang itu lebih kuat dari roh jahat, (InsyaAllah ana akan siap kan risalah laman sihir tafrik -sihir pemisah dan pembenci- ini nanti),
    Untuk sementara risalah itu siap, Ukhti Ummul Sakinah boleh membantu pesakit seperti berikut;-

    1-Minta pesakit mendengar surah al-Baqarah secara kamilah (semua) sekali sehari. (cnth: CD, MP3 atau Computer )
    2-Minta pesakit bersarapan pagi dengan 7 biji Ajwah (atau tamar Madinah) sebelum makan dan minum apa-apa.
    3-Minum Air Zamzam dengan niat untuk merawat .
    4-Berhentikan api marah dengan suara Azan ( jika adanya berlaku amukan atau pergaduhan)
    5-Jampi dengan ayat-ayat Sihir Tafrik yang berikut ke dalam air bagi pesakit minum dan mandi;-

    1-Surah al-Fatihah.
    2-alBaqarah: 1-5
    3-alBaqarah: 102 (Baca berulang kali)
    4-alBaqarah: 163-164
    5-alBaqarah: 255
    6-alBaqarah: 285-286
    7-Aal-e-Imran: 18-19
    8-al-Araf: 188-122
    9-al-Araf: 117-122 (baca berulang laki khasnya Kalamullah : وألقي السحرة ساجدين)
    10-Yunus: 81-82 (Baca berulang kali khasnya Kalamullah : إنّ الله سيبطله )
    11-Taha: 69 (Baca berkali-kali)
    12-al-Mumenoon: 115-117
    13-as-Saaffat: 1-10
    14-al-Ahqaf: 29-32
    15-al-Rahman: 33-36
    16-al-Hashr: 21-24
    17-al-jinn: 1-9
    18-al-Ikhlas
    19-al-Falaq
    20-an-Nas

    6-Minta sesiapa saja yang kuat aqidah dan agamanya (kalau ada jumpa orang soleh yang hafiz 30 juz atau pelajar tahfiz sangat bagus) untuk jampi dengan ayat-2 sihir tafrik di atas selama 3-5 jam di telinga pesakit baca dengan suara yang jelas dan bertajwid (buat setiap 3 hari) ,
    7-Pesakit hendaklah menjampi diri sendiri dengan ayat-2 ruqyah di atas semasa terasa nak marah atau tidak puas hati kepada seseorang . Perhatian..!! setiap kali membaca atau mendengar al-Quran niat untuk asyifa’ (Penyembuh) dan hidayah (Petunjuk).
    Suara ruqyah 1: http://www.ashefaa.com/play-21785.html
    Suara ruqyah 2: http://www.ashefaa.com/play-21786.html
    (Pastikan computer atau laptop saudari mepunyai RealPlayer Program)

    والله أعلم

  3. Ummul Sakinah says:

    Assalamualaikum ustaz, hakikatnya saya tidak mampu untuk buat sendiri memandangkan saya bekerja dan mempunyai 4 anak kecil (6,5,4, 2 tahun) tanpa pembantu rumah. suami mmg tidak sedar langsung malah menghina dan mencerca saya dan saya seolah2 hamba. sudah 8 tahun saya bertahan dan saya terfikir utk menuntut cerai kerana yang membenci saya adalah ibu mertua dan saya tidak nampak pengakhiran perkara ini walaupun saya merendahkan diri memohon maaf. saya pun tak tahu apa salah saya kepada ibu mertua… yg pasti jiran ibu mertua pernah menyuruh saya bersabar dgn hasad dengki mereka. suami sekejap ok sekejap tak ok.
    bila suami nampak saya ingin meninggalkan dia , dia membuat “proposal” yang saya tidak perlu keluar rumah dan boleh tinggal di situ atas sbb kesian pada anak n saya dilepaskan dr melakukan tggjwb saya pada dia tetapi jika dia bernafsu dia harap saya dapat layan dia.jika saya tidak mahu, katanya “nak buat macammana, dia terima”.
    apakah hukumnya ustaz? perlukah redha seorg ibu yg begitu? adakah saya terlepas dr dosa pada suami jika suami kata dia bebaskan saya dr tggjwb? adakah saya perlu bertahan atau bolehkah saya menuntut cerai?
    buat masa sekarang saya hanya mampu meminta dia ke masjid dgn harapan segala sihir jika betul ada berkurang dan dia terbuka minda utk sedar. harap ustaz dapat membantu

    • Walaikumussalam, Ramadhan Karim Ukhti Ummul Sakinah, ada istilah Usuli ” Jika tidak mampu semua jangan tinggal semua ” ambil apa yang kita mampu… pada bulan depan nnti ialah RAMADHAN, ramadhan syaitan-2 menjadi lemah kerana di belenggu وَصُفِّدَتْ الشَّيَاطِينُ, manfaat kan bulan mulia ini utk merawat.

      Apa yang kita mampu cnthnya.
      1- fatihah , 4 qul, ayat kursi(al-baqarah:225) anti mampu, baca dan tiup setiap kali bagi air utk pesakit minum (niat untuk merawat dan kasih sayang)
      2- membuka suara al-Quran surah al-Baqarah di dalam rumah n kereta setiap hari.(MP3 atau seumpamanya) atau selalu mumbuka suara-2 ruqyah ( boleh download dari link yang ana bagi sblm ni)
      3- ajarkan anak-2 yang brusia 6, 5 tahun itu menghafaz ayat-2 ruqyah untuk membantu dan utk penyesesaian jangka masa panjang kerana syaitan akan berulang alik merasuki atau memasuki manusia.

      4- Maafkan segala kesilapan suami/isteri , ibu/ayah mertua dan sesiapa sahja, Allah yang akan menghukum bukan kita. dan anggap lah perbuatan buruk itu dari syaitan dan bukan dari mrka. memerhati kepada wajah muka seseorang semasa marah kadang-2 pucat kekuningan atau merah berapi atau berubah dari wajah muka yang asalnya itu hakikatnya dari syaitan, istilah ini ada disebut didalam Sahih Bukhari dengan kalimah Suf-ah:سُفْعة atau Saf-ah:سَفعة (muka syaitan) maknanya kita marah kepada syaitan tetapi kita tidak marah sesama kita, maksud ana kita mendekatkan diri dengan Ilahi dengan sendirinya syaitan akan jauh pergi dari kita,lakukan segala perkara yg dibenci syaitan sperti menjalin silaturrahim, baca quran untuk merawat, berdoa semasa sujud etc.

      5- Jangan melafaz minta cerai, do something for islah..! orang-orang munafik sahaja tidak like islah, anybody tell you to take CERAI…! maybe that people is fasikun or munafikun or syaitan… yakinkanlah dgn al-Quran yang mampu mengubahnya.

      ana tengok dari bbrapa uslub kalam, ana nampak suami hasniza masih ada hati terhadap Hasniza cuma dia tertipu oleh syaitan dan mmkin ego seorang lelaki sahaja. Suami isteri wajib bertolak ansur dan bertoleransi, jangan bagi orang ketiga (Ibu, Ayah, adik bradik dan kawan-2) masuk campur ttng kesilapan dan kekurangan masing-2 kecuali penasihat agama yang soleh.
      semoga Allah satukan hati-hati ini di bawah bayangan iman dan takwa.

  4. Ummul Sakinah says:

    terima kasih ustaz…. mmg saya merasakan Allah tidak mengizinkan perceraian itu dr berlaku. tahun lepas saya menunaikan umrah untuk minta petunjuk Allah, gerak hati saya masih kuat untuk pertahankan perkahwinan ini, sekarang pun yang saya nampak Allah tidak memudahkan ke arah perceraian, ada sahaja rintangan, utk saya mungkin itula petunjuk dari Allah. cuma sebagai manusia biasa dgn tggjwb kadangkala saya merasakan terlalu penat dan kadangkala saya mengadu pada sahabat untuk mengurangkan kepedihan hati saya dan nak dapatkann pandangan . tapi dosa mengumpat la ustaz…bagi saya tetap mengumpat walaupun saya meminta nasihat. tapi yang pasti Allah uji saya sbb Dia tahu saya mampu, Dia maha mengetahui dan maha adil.
    insyaAllah saya akan cuba semampu yg boleh. selalunya ketika memandu ke tmpt kerja dan balik saya selalu seolah2 mengadu kpd Allah, tidak sempurna tapi Allah maha mengetahui. di rumah, suasana tidak tenang dan kelam kabut, insyaallah saya akan cari jalan.

    saya harap ustaz dapat mendoakan kami. suami sudah mula lembut, alhamdulillah. insyaAllah saya sedang memujuk dia membaca ayat2 ruqyah bersama saya dan anak2.

    lagi satu soalan saya, hari itu saya ada meminta suami untuk keluar berpindah rumah lain (utk ketenangan) kerana suami mengunci masterbedroom, saya tidak dibenarkan masuk langsung dan saya dicaci cerca. selama berminggu2 saya sabar, bila saya minta keluar baru dia tersedar sedikit, dan dia bg cadangan saya tak perlu keluar, tapi dia lepaskan saya dr tggjwb seorg isteri. saya tidur bersama anak2 dan dia sentiasa mengunci diri di dalam bilik. apa hukumnya ustaz bila saya dilepaskan dari tggjwb seorg isteri? adakah saya berdosa dan berdosakah cadangan suami itu?

  5. Ustaz Dr. Wan Muhd Adam says:

    pada pandangan saya isunya sekarang menyelesaikan kerumitan yang timbul ..first step : 1. Jumpa seorang yang siqah dan ajukan permasalahannya dengan syarat kedua-duanya kena ada sekali ( suami dan isteri. 2. Jadikan sesi tersebut sebagai sesi merungkaikan segala yg terbuku dihati- krn antara punca perbalahan dan perceraian diakhir2 ini berpunca krn kurangnya diskusi masalah hati, perasaan dan tanggungjawab diantara suami-isteri. so rungkaikan masalah ini dahulu. 3. setelah segalanya terungkai barulah kita tetapkan keputusannya.

  6. Ummul Sakinah says:

    salam ustaz, bolehkah ustaz menjadi orang ketiga didalam masalah saya? sebenarnya saya sudah berjumpa dengan pelbagai orang, ustaz dipejabat agama (suami kata ustaz tak betul), ustaz di tahfiz di klang (ustaz itu sendiri kata suami tak matang) dan ada beberapa ustaz yg saya cari di masjid, dah 2 counselor saya jumpa, sekarang ni saya berjumpa dgn clinical psychologist di kajang. saya berjumpa setiap minggu for “anger management” diagnosis saya, suami jumpa baru sekali minggu lepas dan akan jumpa lagi 1 bulan lagi. saya pernah menulis kepada fadzilah kamsah dan semua kaset n buku ustazah bakhiyah saya beli. saya tak tenang nak duduk beribadat di rumah kerana saya dibebankan dgn kerja rumah, saya sukar mendisiplin anak2 bila suami ada kekdg saya lari ke masjid, rumah saya ibarat tong sampah bila suami ada sbb anak2 dibiarkan buat sepah. sekarang saya dah mula menyambung pelajaran… saya terlalu penat dan terlalu penat dgn kerja rumah. bg suami saya kena buat semua. dan memandangkan saya bekerja, diri saya saya tanggung sendiri, katanya saya kena bantu dia sedangkan gaji dia agak byk. bila ambil maid, saya uruskan semua, bila maid lari saya disalahkan. saya dah penat. kehidupan saya sehari2 spt tiada rehat dan apa yang menyedihkan dan mengecewakan saya, ibadat pun saya susah nak tumpu. saya mampu buat yg wajib sahaja, hakikatnya saya patut jugak cari masa tu tapi saya terlalu penat. ditmpt kerja saya sentiasa menguap tak cukup rehat dan penat sehingga kan ramai yg menegur. kdgkala sambil memandu pun saya boleh tertidur.bantu la saya ustaz, dulu saya dipukul sbb ibu mertua suruh, setelah pakcik2 saya gertak, tiada lagi. saya maafkan. tapi bila dicaci cerca…. kasih sayang tu makin pudar.
    impian saya utk anak2 tinggi, saya nak anak2 saya tahfiz tapi suami tak sekufu dgn saya. saya buntu, saya ingin kan suasana yg tenang, saya nak kejar akhirat, tapi dgn suami saya tak pasti apa yg saya dapat.

  7. S**a***ul A***n B***i I***s says:

    Assalamualaikum ustaz..aritu sy ade blk kt rumah mentu sy ade terjumpa gambar suami dlm sarung bantal kt blkng ade tulis ‘(nama sy benci kpd (nama suami sy) ps2 (nama suami sy benci kpd (nama sy)..bwh 2 ade tlsn jawi tp mmg tulisn 2 pelik sgt2 n xphm..ps2 ade 3grsn.grsn 1st ats die tls tulisn jawi n y tgh ade grsn n bntuk segitiga dlm 2 plak ade 3grsn bbntuk piramid mknn..1st ats die ltk ‘l’ n y 2 bwh 2 tlsn jawi jgk..ps2 y 3rd grsn 2 kt ats ade tlsn jawi jgk.sy ade tnya suami die pn pelik sb die xpnh bt tlsn jawi mcm 2..msa kjdian 2 sy n suami bru selesai solat isyak..jd sy nk tnya ustaz adekah itu bermakna sihir pembenci?gmbr 2 dh dibakar suami jd mcm mne 2ustaz?mohon penjelasan ustaz..terima ksh..

    • darulruqyah says:

      S****d***l_a****n semoga di rahmati Allah.. minta maaf krna trlambat bls msg.. baru perasan..! itu adalah sejenis sihir…

      antom kena batalkan atau hancurkan sihir tersebut.. banyakkan amalan pagar diri yang hanya dari al-Quran dan alHadis.. hidupkan amalan membaca alquran didalam rumah, setiap mana-2 amalan sunnah pls hayati, pastikan tidur mengikut sunnah di setiap malam, kalian dalam bahaya..

      tinggal di mana ya..? kampung..? negeri..? alamat..?
      apa-apa hal boleh hubungi ana melalui no phone di bwah.

  8. salina says:

    Assalamualaikum ustaz…saya nak Tanya ustaz.. saya belum lagi berkahwin dan mempunyai teman lelaki..namun teman lelaki saya berubah secara mendadak..cepat marah bila di tanya..katanya setiap perkataan saya semuanya menyakitkan hatinya..hal kecil jadi besar..dah tu siap di maki hamun…dah bagi minum air musoffa yg di beli dari kedai beraneka..dengan niat..dah puas dah jumpa tempat berubat ni..katanya terkena sihir pemisah..tapi kenapa tak berubah lagi ustaz..cara perubatan islam di suruhkan pasangan di bawak jumpa ustaz..tapi masalah nya teman lelaki saya tak nak..saya sedar tapi dia tak sedar…macam mana nak bantu dia ustaz?? mohon bagi pencerahan… terima kasih ustaz

  9. hanajun13 says:

    assalam ustaz, saya juga terkena sihir pemisah suami isteri. saya juga masih berusaha untuk selamat rumah tangga ini dari hancur. saya juga berusaha merawat suami yang masih tidak sedar/mamai akibat diberi makan benda kotor oleh isteri ke 2nya. suami sangat benci saya. kini, telah 3 tahun suami tidak balik ke rumah…harapan saya hanya satu: semuga Allah buka semula hijab suami supaya dia sedar semula dari lamunan, suami dapat lihat semula saya & anak2 serta ditunjuk jalan pulang ke rumah…..diharap ustaz dapat membantu. , terima kasih. hanajun13@outlook.com

  10. hanajun says:

    assalam…saya terkena sihir pemisah suami isteri. kini telah 3 tahun suami jarang balik ke rumah. dia akan tunduk & melarikan diri apabila ternampak saya. dia sangat benci pada saya & pernah beberapa kali dia cuba untuk pukul & mencederakan saya. panggilan telefon & msj saya tidak akan dijawap. kalau suami jawap panggilan telefon saya. dia akan menengking terjerit2……suami telah diberi makan benda kotor oleh isteri ke 2 nya……saya telah dapat rawatn dari beberapa orang perawat, tapi tak ada perubahan apa2 pun. makanan minuman yg diberi oleh perawat juga tidak diusik. dah macam2 saya usahakan, tapi…..Allah belum makbul doa saya. diharap sesiapa dapat beri bantuan/cadangan. hanajun13@gmail.com. terima kasih

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s