(Evil eye) , Mata Jahat , العين

بسم الله الرحمن الرحيم
(Evil eye) : Mata Jahat : العين    
Oleh: Ustaz Abu Nik Abdullah Azzam

al-Ain(العين) : Iaitu pandangan  mata jahat seseorang kepada orang lain.

al-Ain(Evil Eye) mata jahat ini mengikut al-Quran dan as-Sunnah dibahagi pengertiannya seperti berikut :-

1). al-Ain yang bererti mata Jahat, mata permusuhan, mata kebencian,mata tidak puas hati kepada satu pihak lain tidak berasas kepada agama.

قال الله تعالى (سورة القلم51): وَإِن يَكَادُ الَّذِينَ كَفَرُوا لَيُزْلِقُونَكَ بِأَبْصَارِهِمْ لَمَّا سَمِعُوا الذِّكْرَ وَيَقُولُونَ إِنَّهُ لَمَجْنُونٌ

قال ابن عباس وغيره في تفسيرها: . لَيُعِينُونَكَ بِأَبْصَارِهِمْ.. .[1]1

Firman Allah تعالى dan sesungguhnya orang-orang yang kafir itu, hampir-hampir menggelincir dan menjatuhkanmu dengan pandangan jahat mereka (yang penuh dengan permusuhan, kebencian dan sakit hati), semasa mereka mendengar Al-Quran sambil berkata: Sebenarnya (Muhammad) itu, sungguh-sungguh orang gila.

Berkata ibnu Abbas dan lain-lainnya dalam tafsirnya: Erti mereka(orang kafir) melihatmu ( dengan mata jahat ) bersama dengan pandangan mereka… ayat ini membuktikan benar ada penyakit al-Ain. -Lihat tafsir ibnu Kathir 4/410.

Penyakit al-Ain di dalam Ayat Suci di atas terang-terangan menjadi jawapan kenapakah begitu ramai pelajar-pelajar yang membawa ajaran Muhammad صلى الله عليه والسلام dan bijak pandai tajaan Kerajaan Arab, MARA, KPT dan Kerajaan negeri… etc, gagal pendidikannya di bumi alKafirun ini, jika sebenarnya mereka ini telah belajar bersungguh-sungguh.

2). al-Ain yg bermakna Mata Syaitan dan Mata Hasad

قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صلى الله عليه وسلم الْعَيْنُ حَقٌّ وَيَحْضُرُ بِهَا الشَّيْطَانُ وَحَسَدُ ابْنِ آدَمَ   .[2]2

MaksudnyaSabda Rasulullah صلى الله عليه وسلم al-Ain (Penyakit hati punca dari) mata jahat itu benar dan menghadiri bersamanya syaitan dan hasad (irihati) dari Anak Adam.

Berkata Sheikh Wahid Abdussalam Bali al-Hasad(الحاسد) lebih umum dari al-Ain (العائن) Setiap penyakit al-Ain itu adalah Hasad, dan bukan semua penyakit Hasad itu Ain firman Allah سبحانه وتعالى

… وَمِن شَرّ حَاسِدٍ إِذَا حَسَدَ ) قال قتادة: مِنْ شَرِّ عَيْنِهِ ونَفْسِهِ )

Surah al-Falaq ayat yang ke-5 ini  menerangkan bahawa Allah سبحانه وتعالى mengajar kita meminta selamat dari penyakit al-Hasad (الحسد ) yang meliputi juga penyakit al-Ain ( العين), Al-Quran didatangi dengan kalimah Hasad ini menjadikannya lebih balaghah, meliputi dan luas maknanya. Berkata Qatadah didalam tafsir al-Tabari 24/705, (Hasad  dalam suratul Falaq ini bermaksud)  kejahatan  mata dan jiwanya…

3). al-Ain yg bermaksud Mata Jin.

Berkata ibnu Qayyim رحمه الله al-Ain (mata) ada dua jenis : 1.Jenis mata Manusia 2. Jenis mata Jin. Buktinya daripada hadis:-

أَنَّ النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ رَأَى فِي بَيْتِهَا جَارِيَةً فِي وَجْهِهَا سَفْعَةٌ فَقَالَ اسْتَرْقُوا لَهَا فَإِنَّ بِهَا النَّظْرَةَ …[3]3

فتح الباري شرح صحييح البحاري : 5407

Maksud hadis: Dari Ummu Salmah (رضي الله عنها) bahawa Baginda (صلى الله عليه وسلم) terlihat dalam rumahnya pada wajah gadis kecil merah -gelap hangus atau kekuningan api-  (pandangan dari jin atau alamat dari syaitan) sabda baginda : hendaklah dijampi untuknya, maka sesungguhnya bersamanya ada suatu pandangan.

Boleh dibaca dua wajah Suf-ah:سُفْعة atau Saf-ah:سَفعة ; yang difahami oleh orang-orang yg memiliki bahasa lisan Banginda صلى الله عليه والسلام iaitu Arab seperti berikut;-

…(السفعة : العين ، ويقال به سفعة من الشيطان أى مس ـ لسان العرب مادة (سفع
ويعتقد العرب فى الجاهلية أن السفعة ” نظرة من الجن ” المفصل فى تاريخ العرب 6/753
وقال ابن قتيبة: لون يخالف لون الوجه… غير لون الأصلي…، – فتح الباري: 10/212

Maksudnya:
asSuf-ah :Mata jahat, dan dikatakan dari sentuhan syaitan -: Lisan alArabi, Madah (سفع)…
dan Arab pada zaman Jahiliyah mempercahayai bahawa asSuf-ah adalah satu pandangan daripada pandangan Jin – lihat alMufassal pit tarikh alArabi 6/753.
dan berkata Ibnu Qutaibah: Warna yang berbeza dari warna muka… lain warna (muka) yang asal… Fath alBari:10/212.

Antara dalil-dalil dari al-Quran dan as-Sunnah yang terkesan serta berkait dengan penyakit al-Ain seperti berikut;-

Dalil dari al-Quran

1- قال الله تعالى في سورة القلم/ 51 : وَإِن يَكَادُ الَّذِينَ كَفَرُوا لَيُزْلِقُونَكَ بِأَبْصَارِهِمْ لَمَّا سَمِعُوا الذِّكْرَ وَيَقُولُونَ إِنَّهُ لَمَجْنُونٌ

2-Firman Allah تعالى dalam Surah Yusof: 67-78 ;

وَقَالَ يَا بَنِيَّ لا تَدْخُلُوا مِنْ بَابٍ وَاحِدٍ وَادْخُلُوا مِنْ أَبْوَابٍ مُتَفَرِّقَةٍ وَمَا أُغْنِي عَنْكُمْ مِنَ اللَّهِ مِنْ شَيْءٍ إِنِ الْحُكْمُ إِلا لِلَّهِ عَلَيْهِ تَوَكَّلْتُ وَعَلَيْهِ فَلْيَتَوَكَّلِ الْمُتَوَكِّلُونَ

Ertinya: Dan ia (Nabi Yakub) berkata lagi: “Wahai anak-anakku! Janganlah kamu masuk (ke bandar Mesir) dari sebuah pintu sahaja, tetapi masuklah dari beberapa buah pintu yang berlainan. Dan aku (dengan nasihatku ini), tidak dapat menyelamatkan kamu dari sesuatu takdir yang telah ditetapkan oleh Allah. Kuasa menetapkan sesuatu (sebab dan musabab) itu hanya tertentu bagi Allah. KepadaNyalah aku berserah diri, dan kepadaNyalah hendaknya berserah orang-orang yang mahu berserah diri”.

Berkata Ibnu Abbas dan Ulama’ Tafsir yang lain dalam Tafsir Ibnu Kasir ;  ‘‘ Bahawa khuatir ditimpa terhadap mereka (orang Mesir) penyakit al-Ain (kerana anak-anak Nabi Yaakob lawa-lawa belaka)”

3- Firman Allah di dalam Surah al-Kahfi:39

وَلَوْلا إِذْ دَخَلْتَ جَنَّتَكَ قُلْتَ مَا شَاء اللَّهُ لا قُوَّةَ إِلاَّ بِاللَّهِ إِن تَرَنِ أَنَا أَقَلَّ مِنكَ مَالا وَوَلَدًا

ErtinyaDan sepatutnya semasa engkau masuk ke kebunmu, berkata: (semuanya adalah barang yang dikehendaki Allah..! , tiada daya upaya melainkan dengan pertolongan Allah..?) Kalau engkau memandang aku sangat kurang tentang harta dan anak berbanding denganmu.

Dalil dari as-Sunnah:-

1-عن أبي هريرة رضى الله عنه قال: قال المصطفى صلى الله عليه والسلم “العَيْنُ حَقٌّ”

Ertinya: Dari Abi Hurairah رضى الله عنه  berkata: Sabda al-Mustafa صلى الله عليه والسلام Penyakit al-Ain adalah benar.

رواه البخاري :10/213

2-      عن عائشة رضى الله عنها أن النبيَّ صىلى الله عليه والسلام قالَ: “اسْتَعِذُوا باللهِ من العَيْنِ فإنَّ العَيْنَ حَقٌّ”

Ertinya: Dari Aisyah  رضى الله عنها bahawa Nabi صلى الله عليه والسلام bersabda: Mintalah kamu perlindungan dengan Allah dari penyakit al-Ain, Sesungguhnya al-Ain itu benar.

رواه ابن ماجة (3508)،و

3- عن ابن عباس رضي الله عنهما قال: قال رسول الله صلى الله عليه والسلام : ” العَيْنُ حَقٌّ ولو كانَ  شئٌ سابَقَ القَدَرَ لَسَبَقَتْهُ العَيْنُ، وإذاسْتُغْسِلْتُمْ فاغْسِلوا”

Ertinya: Dari ibnu Abbas Radhiyallahu anhuma berkata : Sabda Rasullulah Sallahu alaihi wasallam : Penyakit al-Ain adalah benar dan seandainya ada sesuatu yang boleh didahului oleh qadar, nescaya didahuluinya oleh al-Ain, apabila mereka ada permintaan untuk dimandi (merawat al-Ain)  handaklah dimandikan.

رواه المسلم باب الطب والرقي :14/171 نووي

Al-Ain (Mata jahat ) ini terbahagi kepada 3 bahagian seperti berikut:-

1) al-Ain Pelik / Kagum (المعجبة)

2) al-Ain Dengki /Iri Hati (الحاسدة)  

3) al-Ain Permusuhan / Pembunuhan (القاتلة)

Penyakit al-Ain ini ada sebahagiannya yang dari mata jahat manusia itu sendiri dan ada juga daripada mata jahat jin atau syaitan, seperti ada sebut dalam Sunan al-Nisai no.5494 ;

كَانَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَتَعَوَّذُ مِنْ عَيْنِ الْجَانِّ وَعَيْنِ الْإِنْسِ فَلَمَّا نَزَلَتْ الْمُعَوِّذَتَانِ أَخَذَ بِهِمَا وَتَرَكَ مَا سِوَى ذَلِكَ

Ertinya: Adalah Rasulullah صلى الله عليه وسلم meminta jauh dari mata jahat jin dan mata jahat manusia, tak kala diturunkan dua surah pelindung (الناس و الفلق) Baginda mengambil dan menggunakan keduanya, lalu meninggalkan yang lain (iaitu doa Pelindung sebelum dua surah itu diwahyukan) .

1- al-Ain Pelik / Kagum (المعجبة)

Jiwa manusia ini, jika merasa terlebih kagum kerana melihat atau mendapat kurnia dan rahmat Allah تعالى , hati boleh menjadi rosak, sombong, ego, takabbur dan sebagainya. Firman Allah dalam Suratul Kahfi:39

وَلَوْلا إِذْ دَخَلْتَ جَنَّتَكَ قُلْتَ مَا شَاء اللَّهُ لا قُوَّةَ إِلاَّ بِاللَّهِ إِن تَرَنِ أَنَا أَقَلَّ مِنكَ مَالا وَوَلَدًا

Ertinya; Dan sepatutnya semasa engkau masuk ke kebunmu, berkata: (semuanya ailah barang yang dikehendaki Allah..! , tiada daya upaya melainkan dengan pertolongan Allah..?) Kalau engkau memandang aku sangat kurang tentang harta dan anak berbanding denganmu.

Apabila kita melihat sesuatu perkara yang pelik dan mengkagumkan kita, Sabda al-Mustafa صلى الله عليه وسلم  dalam dalam Sunan Ibnu Majah dan Imam Ahmad  رواه ابن ماجه وأحمد

إذا رأى أحدكم من أخيه ما يعجبه فليدع له بالبركة

Ertinya: Jika salah seorang dari kamu melihat apa yang mengkagumkan (suka atau benci) dari saudaranya, maka tinggalkanlah doa untuknya dengan  keberkatan.

قَالَ رَسُولُ اللَّهِ – صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَآلِهِ وَسَلَّمَ : إِذَا رَأَى أَحَدُكُمْ مِنْ نَفْسِهِ وَأَخِيهِ مَا يُعْجِبُهُ فَلْيَدْعُ بِالْبَرَكَةِ فَإِنَّ

الْعَيْنَ حَقٌّ

المستدرك على الصحيحين : ج 5 / 7574

Ertinya; Apabila kamu melihat apa yang mengkagumkan (suka atau tak suka) dari hak milik sendiri atau orang  lain, maka tinggalkanlah (doakanlah) untuk keberkatan, sesungguhnya al-Ain itu benar.

Berkara ibnu Hajar dalam Fathul Bari: (10 / 205)

وَأَنَّ الْعَيْنَ تَكُونُ مَعَ الْإِعْجَابِ وَلَوْ بِغَيْرِ حَسَدٍ ، وَلَوْ مِنَ الرَّجُلِ الْمُحِبِّ ، وَمِنَ الرَّجُلِ الصَّالِحِ ، وَأَنَّ الَّذِي يُعْجِبُهُ الشَّيْءُ يَنْبَغِي أَنْ يُبَادِرَ إِلَى الدُّعَاءِ لِلَّذِي يُعْجِبُهُ بِالْبَرَكَةِ 

Ertinya: Penyakit al-Ain ada bersama kekaguman sekalipun tanpa hasad, dan sekalipun terhadap lelaki yang disukai, dan lelaki yg soleh. Dan orang yang mengkagumi sesuatu, semestinya segera berdoa untuk keberkatan dan itu adalah Ruqyah.

Adalah sangat penting bagi kita sebagai seorang muslim, apabila melihat sesuatu yang mengkagumkan, yang kita sukai, yang kita nampak pelik, yang mengejutkan kita atau yang menghairankan atau atas kejayan dan keseronakan diri sendiri mahupun orang lain, maka hendaklah kita berdoa dengan keberkatan, sama ada sesuatu perkara itu hak milik kita sendiri mahupun  kepunyaan orang lain, seperti mana hadis yang diriwayatkan oleh Imam Bukhari:” ِألا بَرَّكْتَ عليه ” أي : قلت : اللهم بارك عليه…  زاد المعاد Ertinya: ”Kamu hendaklah berdoa untuk keberkatan kepadanya”. Sesungguhnya doa keberkatan itu , boleh menyelamatkan seseorang dari penyakit al-Ain.

2) al-Ain Dengki /Iri Hati (الحاسدة)

Al-Ain dengki atau irihati ini antaranya berpunca dari mata, lalu membawa kepada jiwa menjadi jahat. Hati yang berdengki terhadap nikmat yang diberi oleh Allah تعالى kepada orang lain, contohnya seperti kedengkian terhadap jemaah yang memperjuangkan al-Quran dan as- Sunnah atau jemaah gerakan Islam, atau dengki terhadap agama Islam itu sendiri, Firman Allah تعالى dalam al-Quran nulKarim.

يقول الله تعالى:  وَدّ كَثِيرٌ مّنْ أَهْلِ الْكِتَابِ لَوْ يَرُدّونَكُم مِنْ بَعْدِ إِيمَانِكُمْ كُفّاراً حَسَداً مّنْ عِنْدِ أَنْفُسِهِمْ مّن بَعْدِ مَا تَبَيّنَ لَهُمُ الْحَقّ…البقرة: 109

Erti firman Allah تعالى: Banyak di antara Ahli kitab (Yahudi dan Nasrani) suka kalaulah sekiranya mereka dapat mengembalikan kamu menjadi kafir setelah kamu beriman, kerana dengki yang timbul dari diri mereka sendiri, sesudah nyata kepada mereka kebenaran (Nabi Muhammad صلى الله عليه وسلم)

Antara Ahli ilmi yang membezakan diantara al-Ain (العين: Mata Jahat) dengan al-Hasad (الحسد: Iri Hati, Dengki) ialah: Ibnu Jauzi, Ibnu Qayyim, Ibnu Hajar dan Imam an-Nawawi…

Hasad ini InsyaAllah akan dibicarakan secara terperinci di dalam tajuk al-Hasad dan Rawatannya Secara Ruqyah dari Quran dan Sunnah

3) al-Ain Pembunuhan (القاتلة)

Penyakit al-Ain  jenis (القاتلة)  ini adalah sangat merbahaya dan boleh dikatakan racun kehidupan yang susah untuk dirawati. Ada tercatat dalam himpunan hadis sahih, oleh al-Muhaddis al-Baani: no.747, Hadis yang dicerita oleh Jabir bin Abdullah رضي الله عنه berkata: Sabda Nabi al-Musthofa صلى الله عليه والسلام  ;-

أَكْثَرُ مَنْ يَمُوتُ مِنْ أُمَّتِي بَعْدَ كِتَابِ اللَّهِ وَقَضَائِهِ وَقَدَرِهِ بِالْأَنْفُسِ ،  يعني بالعين .  خلاصة الدرجة: إسناده حسن

Ertinya: . Sangat ramai dari kalangan ummatku yg meninggal dunia selepas tulisan Allah dan Qadha Qadarnya ialah berpunca daripada penyakit al-Ain. kesimpulan darjat ini hadis adalah Hasan.

يقول صلى الله عليه وسلم : “عَلامَ يَقْتُلُ أَحَدُكُمْ أَخَاهُ؛ إِذَا رَأَى أَحَدُكُمْ مِنْ أَخِيهِ مَا يُعْجِبُهُ فَلْيَدْعُ لَهُ بِالْبَرَكَةِ” حديث صحيح

Tanda-tanda anda terkena penyakit al-Ain (أعراض العين) adalah seperti berikut;-

01-Sakit kepala.
02-Kelabu mata sejenak (kemaya), kemudian sakit kepala.
03-Warna muka berubah dari wajah asal pucat kuning atau merah.
04-Tidak ada selera makan, si kecil (bayi) tidak mahu menyusu.
05-Si ibu malas menyusui si kecil (bayi).
06-Susah untuk tidur malam.
07-Cuaca yang sangat baik, tetapi pesakit al-Ain akan merasa panas atau sejuk berlainan           dengan keadaan cuaca.  
08-Jantung berdebar-debar.
09-Sakit atau lenguh merata badan , kadang-kadang pada paha, betis, kaki, bahu dan                  sebagainya sedangkan pakar perubatan sains mengesahkan anda sihat.
10- Sempit dada (sesak/ so’oh) menangis bukan kerana bertaubat atau agama al-hanif.
11- Termenung di sungai, pantai, air terjun, tempat-tempat peranginan atau umpamanya          yang tidak berasas bukan kerana memikir atau mengkaji kebesaran Ilahi.
12- Cepat marah atau penakut yg luar biasa.
13- Tidak sabar atau banyak bersedih yang luar biasa.
14- Selalu bermimpi buruk seperti diganggu oleh ular atau binatang-binatang ganas  dan            seumpamanya.
15-Kesunyian atau kesepian yang melebihi kebiasaan.
16-Suka mengurung diri di dalam bilik atau bilik air, jika sebelumnya dia seorang yang               ceria dan peramah.
17- Malas dan cepat penat dalam belajar atau mengantuk. Selalu tertidur semasa belajar,        pada hal hari berikut, beliau telah cukup masa tidur dimana tidurnya sudah melebihi            6 jam.

Jika ada salah satu diantara tanda-tandanya diatas, ketahuilah anda dalam keadaan merbahaya dimana hendaklah diRuqyah serta merawat diri sendiri atau meminta orang lain merawatnya tetapi bukanlah daripada bomoh yang terpesong aqidahnya yang mana akan membawa kefasikan.

Bagaimanakah anda mahu mengenali orang yang ada penyakit al-Ain (mata jahat) ini ..??

Untuk mengetahui orang yang ada penyakit al-Ain (Mata Jahat) adalah seperti berikut;-

1)- Orang yang memuji seseorang tidak sebut nama Allah تعالى dan tidak berdoa untuk keberkatan contohnya tidak berkata: ماشاء الله، تبارك الله atau ماشاء الله، بارك الله  ketika memuji.

2)- Ada kawannya atau keluarganya yang memberitahu mengenai kepelikan perangainya. – Orang ini berkemungkinan besar termasuk dalam senarai pesakit al-Ain (mata Jahat).

3)- Orang yang merasa terasing diri dari orang tertentu atau dari kawan tertentu dan tidak ada permusuhan atau pergaduhan secara jelas yang boleh membukti. – Orang ini juga termasuk dalam senarai pesakit al-Ain (mata Jahat).

4)- Orang yang membawa cerita berita ” Bahawa Si Pulan mencela atau memuji anda dimana dimasa menyampaikan itu, tidak menyebut nama Allah تعالى dan tidak berdoa untuk keberkatan atau keampunan contohnya;

ماشاء الله، اللهم اغفر لي وله (semasa mencela) atau ماشاء الله، اللهم بارك عليه (semasa memuji) 

Orang yang membawa cerita ini juga termasuk dalam senarai pesakit al-Ain (Mata jahat).

Ketahuilah penyakit al-Ain akan berlainan mengikut marhalahnya seperti peringkat awal, sederhana ataupun parah pada diri seseorang. Jika tidak dirawat, berkemungkinan berakhir dengan masalah jiwa, sakit mental dan gila atau sakit al-Ain juga ada yang berakhir dengan permusuhan  dan bunuh-membunuh.  نعوذ بالله من ذالك.

Mengikut Sheikh Dr Abdullah Al-Sadhan ( الرقية الشرعية نموذج تطبيقي / للشيخ الدكتور عبدالله السدحان ) Contoh-contoh Pesakit al-Ain (Mata Jahat) yang tidak dirawati kemungkinan boleh membawa kepada sakit atau penyakit yang biasa ditemui dalam masyarakat umum adalah seperti berikut;

1)- بعض أمراض السرطان (Sesetengah penyakit kanser)
2)- أو الجلطة (atau Thrombosis – Salur darah tersumbat)…[4]
3)- أو الربو (atau Penyait Asthma / Lelah)
4)- أو الشلل (atau Penyakit Kelumpuhan)
5)- أو العقم (atau Mandul )
6)- أو السكر (atau Kencing Manis)
7)- أو الضغط(atau Tekanan Darah tinggi)
8)- أو عدم انتظام الدورة الشهرية للنساء  (atau wanita yang haid tidak mengikut peraturan bulanan)
9)- أو بعض الأمراض النفسية (atau sesetengah sakit jiwa)
10- بعص الأمراض الباطنية كالقولون (Sesetengah penyakit dalam purut seperti usus)

11-الصدفية (Psoriasis) : sejenis penyakit kulit.

http://rooqea.com/index.php?option=com_content&view=article&id=21

مع الأخذ في الاعتبار أن هذه يمكن أن تكون مرضاً عضوياً في الأساس و يمكن أن تكون بسبب العين .

Ruqyah al-Ain, sila klik link-link berikut (A,B,C) untuk merawat diri sendiri;-
Ruqyah al-Ain
Ruqyah al-Ain B
Ruqyah al-Ain C
(Pastikan computer atau laptop anda mepunyai RealPlayer Program

PERHATIAN…!!!
1). Anda hendaklah iktiqad dengan penuh keyakinan (sepenuh jiwa)                       bahawa al-Quran adalah  penyembuh, Jangan sekali-kali  mendengar           untuk mencuba sahaja, Qalamullah (al-Quran) bukan untuk mainan               dan cuba- cuba…!!!

لا بد من اليقين وحسن الظن بالله –  كيف تعالج مريضك بالرقية ,عبد الله السدحان, ص/12. لأن من شروط انتفاع بالدواء قبوله واعتقاد النفع به – زاد المعاد 4/352

Ertinya; Mesti yakin dan senkaan baik terhadap Allah تعالي – kitab: كيف تعالج مريضك بالرقية ,عبد الله السدحان, halaman 12. kerana Kerana antara syarat ubat yang bermanfaat ialah pesakit terima dan yakin ubat tersebut boleh bagi sembuh dengannya- kitab: Zadul ma’ad    4/352

2). Semasa mendengar betulkan niat anda untuk as-Syifa’ dan al-Hidayah          bukan untuk habiskan masa dan hilang boring…!!!

يَاأَيُّهَا النَّاسُ قَدْ جَاءَتْكُمْ مَوْعِظَةٌ مِنْ رَبِّكُمْ وَشِفَاءٌ لِمَا فِي الصُّدُورِ وَهُدًى وَرَحْمَةٌ لِلْمُؤْمِنِينَ   سورة يونس 57 

Ertinya; Wahai manusia! Sesungguhnya telah datang kepada kamu Al-Quran yang menjadi nasihat pengajaran dari Tuhan kamu, dan yang menjadi penawar bagi penyakit-penyakit yang ada di dalam dada kamu, dan juga menjadi hidayah petunjuk untuk keselamatan, serta membawa rahmat bagi orang-orang yang beriman

3). Bersihkan diri anda dan sekitar tempat anda tinggal dari perkara yang          haram, khurafat, syirik, bidaah, syubhat, dan makruh…!!!

Adalah lebih mujarab, jika anda dapat menghafal, memahami makna ayat-ayat ruqyah, serta membaca dan dihembus kepada air, lalu diminum, membasuh muka serta mandi dengan Air yang di Ruqyah.

bersambung kpd al-Ain siri-2 insyaAllah….

——————————————————————–

Bibliografi;-

  1. سورة القلم : 51 ، تفسير ابن كثير 4/410
  2. أول هذا الحديث «العين حق» صحيح رواه البخاري (10/203) أما زيادة «ويحضرها الشيطان وحسد ابن ادم » فقد أخرجه أحمد في المسند(21439) بلفظ «يحضر بها » أي معها-حديث ضعيف-وقد جاء ايضاً بلفظ «يحضرها» وعزاه السيوطي في الجامع الصغير للكجي في سننه من حديث أبي هريرة كما قال الترمذي وغيره وقال الهيثمي (5/107): رواه أحمد ورجاله رجال الصحيح
  3. البخاري  10/ 171 والمسلم 2197
  4. Berkata DR CHE ANUAR BIN CHE MOHAMAD pada sesi soal jawab dalam ceramah beliau di United Kingdom pada 2011 m. ” Thrombosis: iaitu Salur darah tersumbat, dia bukanlah specific penyakit tapi satu keadaan dalam salur darah yg boleh menyebabkan penyakit”.
  5. http://www.islamadvice.com/akida/akida2.htm
  6. Secara mendalam lihat didalam bibliography dan المرجع blog darur ruqyah kami.

اللهم ارزق الفردوس الأعلى في الجنة كل من ساهم في ايصال هذا الخير.. آمين .. آمين .. آمين
Ya Allah, Rezekikanlah Syurga tertinggi iaitu al-Firdaus utk sesiapa yang berkongsi (share) kebaikan (laman blog) ini… Aamin… Aamin… Aamin

Posted in al-Ain (The evil eye), dll | Leave a comment

Mesin penapis air utk di juail

Bismillah , Mesin Penapis Air , Vending Machine utk di jual rm 3200 

   
   

Posted in dll | Leave a comment

Pagar diri (7) : أَعُوْذُ بِكَلِمَاتِ اللهِ التَّامَاتِ مِنْ شَرِّ ماَ خَلَقَ

(Amalan asySyifa’ & pagar diri ke (7

{ Pagar dengan bacaan ta’awwuz:    أَعُوْذُ بِكَلِمَاتِ اللهِ التَّامَاتِ مِنْ شَرِّ ماَ خَلَقَ }

Muzakarah kitab: Melindungi Diri Dari Jin & Syaitan (وقاية الإنسان من الجن والشيطان)

 DOWNLOAD KLIK SaYa (Terbaik baca di link ini)

 

  1. Keselamatan sepanjang perjalanan:-

Dalam perjalanan yang dekat atau musafir yang jauh, Nabi صلى الله عليه وسلم  ada mengajarkan kita untuk memohon keselamatan dari Allah تعالى seperti mana;-

Dari Khaulah binti Hakim berkata: aku mendengar Rasulullah صلى الله عليه bersabda, barang siapa yang singgah pada suatu tempat, kemudian mengucapkan:

“  أَعُوْذُ بِكَلِمَاتِ اللهِ التَّامَّاتِ مِنْ شَرِّ ماَ خَلَقْ

tidak akan dimudharatkannya  oleh sesuatu, hinggalah dia meninggalkan tempat tersebut.

[HR.Muslim]

    Pengalaman Ulama:-

Suhai (perawi hadis ini) berkata, keluarga kami belajar dan  mengamalkannya setiap malam, hingga tiba suatu hari seorang anak perempuan kami disengat oleh seekor binatang, namun dia tidak merasa sakit sedikitpun.

Berkata alQurtubi رحمه الله : ini adalah khabar yang sahih, cerita yang benar berlandaskan dalil dan pengalaman.

عَنْ خَوْلَةَ بِنْتِ حَكِيمٍ قَالَتْ : سَمِعْتُ رَسُولَ اللَّهِ صلى الله عليه يَقُوْلُ: مَنْ نَزَلَ مَنْزِلاً ثُمَّ قاَلَ: “ أَعُوْذُ بِكَلِمَاتِ اللهِ التَّامَّاتِ مِنْ شَرِّ ماَ خَلَقَ”، لَمْ يَضُرَّهُ شَئٌ حَتَّي يَرتَحِلَ مِنْ مَنْزِلِـــــهِ ذَلِكَ

الوقاية / ص: 308، 333

  

قَالَ سُهَيْل(رَاوِي الْحَدِيْث): فَكَانَ أَهْلَناَ تَعَلَّمُوْهَا،  فَكَانُوْا يَقُوْلُونَهاَ كُلِّ لَيْلَةٍ، فَلُدِغَتْ جَارِيَةٌ مِنْهُمْ فَلَمْ تَجِدُ وَجَعاً ….

قاَلَ القُرْطُبِيْ رَحِمَهُ الله: (هَذَا خَبَرٌ صَحِيْحٌ وَقَوْلٌ صَادِقٌ عَلِمْناَ صِدْقُهُ دَلِيْلاً وَتَجْرِبَةً)….

  1. Pagar diri dari segala kejahatan makhluk dan menghilangkan bisa sengatan;

Insya Allah segala sengatan kala jengking dan binatang bisa yang berkeliaran di sekeliling tidak memudharatkan jika beramal amalan sunnah yang sahih ini;-

Dari Abu Hurairah berkata: datang seorang lelaki jumpa Rasullulah صلى الله عليه dan berkata: Ya Rasulullah! Adakah engkau tahu betapa sakitnya sengatan jengking yang menyengatku semalam tadi..? Sabda Rasulullah; andainya kamu membaca pada waktu petang :

أَعُوْذُ بِكَلِمَاتِ اللهِ التَّامَّاتِ مِنْ شَرِّماَ خَلَقْ

nescaya sengatannya tidak memudharatkanmu.

Didalam riwayat yang lain (iaitu Ibnu Sunniy): Sesiapa mengucapkan أَعُوْذُ بِكَلِمَاتِ اللهِ التَّامَّاتِ مِنْ شَرِّماَ خَلَقْ tiga kali, nescaya tidak akan dibahayakan oleh sesuatu. [Sanadnya Sahih]

عن أبي هريرة قال: جَاءَ رَجُلٌ إِلىَ النَّبِيّ صلى الله عليه فقال: يارسول الله ! ما لَقِيْتُ مِنْ عَقْرَبٍ لَدَغَتْنِي الْبَارِحَةَ؟ قَالَ:  أَماَ لَوْ قُلْتَ أَمْسَيْتَ: ” أَعُوْذُ بِكَلِمَاتِ اللهِ التَّامَّاتِ مِنْ شَرِّماَ خَلَقَ “ لَمْ تَضُــــــــــــرَّكَ.

  الوقاية /ص 339، 308.

وفي رواية لإبنِ السُّنِيِّ : من قال ” أعوذ بكلمات الله التامات من شرّ ما خلق ” ثلاثاً لم يضره شئ.

وسندها صحيح . الوقاية /ص 308

  1. Pagar diri, anak-anak dan isteri-isteri dari gangguan dan serangan penyakit alAin (Mata Jahat)
Mestilah bagi seseorang itu meminta perlindungan untuk anak-anaknya. Abdullah bin Abbas رضي الله عنهما berkata: Adalah Nabi صى الله عليه وسلم meminta perlindungan untuk Hasan dan Hussin (dengan doa) :

أَعُوْذُ بِكَلِمَاتِ اللهِ التّامَّــةِ، مِنْ كُلِّ شَيْطَانٍ، وَهَامَّةٍ، وَمِنْ كُلِّ عَيْنٍ لَامَّةٍ

Aku berlindung dengan kalimah Allah yang Maha Sempurna dari semua gangguan syaitan, bahaya binatang yang ganas (atau kejahatan orang – orang yang jahat) dan dari penyakit Ain yang menyakiti. ”

dan bersabda صلى الله عليه وسلم; sesungguhnya bapamu (Ibrahim عليه السلام berdoa) meminta perlindungan dari Allah تعالي dengan doa ini untuk Ismail dan Ishak. (al-Bukhari: 3371, atTirmizi:2070).

يُسْتَحَبُ لِلرَّجُلِ أَنْ يُعَوِّذَ أَوْلاَدُهُ. قاَلَ عَبْدُ اللهِ بْنِ عَبَّاسٍ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُمَا قَالَ: كَانَ النَّبِيُّ صلى الله عليه وسلم يُعَوِّذُ الْحَسَنَ وَالْحُسَيْنَ:  أَعُوْذُ بِكَلِمَاتِ اللهِ التّامَّــةِ، مِنْ كُلِّ شَيْطَانٍ، وَهَامَّةٍ، وَمِنْ كُلِّ عَيْنٍ لَامَّةٍ.

وَيَقُولُ: إِنَّ أَبَاكُمَا كَانَ يُعَوِّذُ بِهَا ” إِسْمَاعِيلَ وَإِسْحَاقَ”. أنظر: الوقاية / ص: 235

Dr. Abdullah Yasin yang matang mengenai hai ini menceritakan di dalam terjemahannya iaitu: “وَمِنْ كُلِّ عَيْنٍ لَامَّةٍ” dengan memberi ertikan bahawa: dan “(Aku berlindung dengan kalimah Allah yang sempurna) daripada semua jenis sihir yang tercela”. Disitu mencerminkan bahawa, penyakit alAin (mata jahat) itu sukar untuk difahami secara kajian berfakta dibandingkan dengan sihir. Walau bagaimanapun, penyakit alAin boleh memberi effect (kesan) yang sama kepada rohani dan jasmani seperti mangsa pesakit sihir. Cara merawat pesakit alAin juga adalah sama seperti rawatan orang yang terkena sihir dan cara memagar diri dari penyakit alAin juga adalah sama seperti pagar diri dari terkena serangan sihir.

  1. Ganguan semasa tidur, susah untuk tidur dan Insomnia

Andainya kita tidak boleh (susah atau sukar) tidur, mahupun terbangun malam, mohonlah supaya ia bukan kerana murka Allah تعالى. Oleh itu, tidurlah dengan berwudhuk mengikut sunnah.

Bahawa Khalid bin Walid رضى الله عنه bertanya kepada Rasulullah صلى الله عليه وسلم : Sesungguhnya aku terjaga dari tidurku?, maka Rasulullah صلى الله عليه وسلم bersabda bacalah:

أَعُوذُ بِكَلِمَاتِ اللَّهِ التَّامَّةِ مِنْ غَضـــَبـِـهِ وَعِقَابِهِ وَشَرِّ عِبَادِهِ وَمِنْ هَمَزَاتِ الشَّيَاطِينِ وَأَنْ يَحْضُرُونِ

Aku berlindung dengan kalimah Allah yang Maha sempurna dari kemarahan dan balasanNya, dari kejahatan hambaNya, dari bisikan-bisikan syaitan dan (semua itu) jangan hadir kepadaku.

أَنَّ خَالِدَ بْنَ الْوَلِيدِ قَالَ: لِرَسُولِ اللَّهِ صلى الله عليه وسلم ” إِنِّي أُرَوَّعُ فِي مَنَامِي”..؟ فَقَالَ لَهُ r قُلْ: أَعُوذُ بِكَلِمَاتِ اللَّهِ التَّامَّةِ مِنْ غَضـــَبـِـهِ وَعِقَابِهِ وَشَرِّ عِبَادِهِ وَمِنْ هَمَزَاتِ الشَّيَاطِينِ وَأَنْ يَحْضُرُونِ – مؤطا مالك، رقم:(1772)، أبو داود 4/12، وصحيح الترمذي 3/171 وأنظر: حصن المسلم ، سعيد القحطاني، ص: 87

  1. Doa menolak bala dari segala kemusnahan dan kejahatan yang datang dari langit dan bumi.

Amalan doa dari Sunnah berikut adalah antara ruqyah pilihan  untuk menghalau atau membakar [11] jin dan syaitan yang memasuki jasad manusia, iaitu;-

Aku berlindung dengan kalimah Allah yang Maha Sempurna yang tidak dapat ditembusi oleh orang yang baik dan orang jahat. Dari semua kejahatan makhlukNya, dan kejahatan yang turun dari langit dan yang naik kepadanya, dari kejahatan yang tumbuh pada bumi dan yang keluar daripadanya,

dari kejahatan fitnah siang dan malam, dari kejahatan yang datang (padaku) pada waktu malam dan siang, (atau bintang Toriq mahupun serpihannya seperti “meteor: tahi bintang yang membahayakan) kecuali yang datang membawa kebaikan, Wahai yang Maha Pemurah.

[HR. Imam Ahmad]

أَعُوْذَ بِكَلِمَاتِ اللهِ التَّامَّاتِ الَّتِي لَا يُجَاوِزُهُنَّ بَرٌّ وَلَا فَاجِرٌ، مِنْ شَرِّ مَا خَلَقَ-وَبَرَأَ وَذَرَأَ-، وَمِنْ شَرِّ ماَ يَنْزِلُ مِنَ السَّمَاءِ، وَمِنْ شَرِّ مَا يَعْرُجُ فِيْهَا، وَمِنْ شَرِّ مَا ذَرَأَ فِيْ الأرْضِ، وَمِنْ شَرِّ مَا يَخْرُجُ مِنْهَا، وَمِنْ شَرِّ فِتَنِ الْلَيْلِ وَالنَّهاَرِ، وَمِنْ شَرِّ كُلِّ طَارِقٍ إِلَّا طَارِقاً يَطْرُقُ بِخَيْرٍ، ياَ رَحْمنُ .

– رواه أحمد ، بإسناده صحيح

 Pancaran mahupun serpihan bintang seperti meteor (tahi bintang) boleh membinasakan bumi (kediaman, pertanian dan ternakan) dalam ukuran (skala) yang kecil atau besar. Jika terjatuh dilaut, boleh menjadi tsunami. والله أعلم
 Beramal: (Membaca)  Hafaz Klik Sini
  • Untuk keselamatan semasa singgah di sesuatu tempat (1x atau 3x).
  • Untuk keselamatan anak-anak dari semua gangguan (manusia, binatang, jin dan syaitan)
  • Untuk tidur yang tidak boleh nyenyak atau insomnia.
  • Setiap pagi dan petang (1x atau 3x).

والله أعلم

المراجع :

[1]      القران والسنة،  تفسير إبن كثير

[2]      دعاء مستجاب دري الكتاب دان السنة، الشيخ د. إسماعيل لطفي فطاني.

[3]      وقاية الإنسان من الجن والشيطان، وحيد عبد السلام بالي، تقريط : أبو بكر جابر الجزائري، ISBN.977-1685-1-5، دارالبشير القاهره، الطبعة الحادية عشرة.

[4]      الحصن الواقي، د.عبد الله محمد السدحان. 5- library.islamweb.net  islamhouse.com ,

[5]   ديوان الإمام الشافعي، المسمىَّ الجوهر النفيس في شعر الإمام محمد إدريس، ص : 152 

[6] مِرْقَاةُ الْمَفَاتِيحِ شَرْحَ مِشْكَاةِ الْمَصَابِيحِ : رقم: 2422

[7]   صحيح الترمذي  (3/187

[8]  الفتوحات الربانية لإبن علان (3/94

[9] رواه مسلم (2709

[10] Pendinding : rumah, pengantin  dan bayi daripada gangguan syaitan , Dr. Abdullah Yasin , h: 68

[11] Syariat telah mengharamkan membunuh atau membakar (jin & syaitan) kecuali kes-kes tertentu dan mempunyai beberapa syarat, hal ini ada disebut dalam kitab alFatawa alKubra oleh Ibnu Taimiah, وأنظر: المنهجُ القرآنىُّ لعلا السحر والمسِ الشيطانى، أسامة محمد العوضى، ص: 203-195 , dan insya Allah akan ditulis dibahagian yang lain.

[12] Perisai Muslim: Himpunan doa zikir dari al-Quran &as-Sunnah, Alih Bahasa: TG. Dr .Abdil Basit Abdul Rahman, h.276-277

[13]  – مسند أحمد 3/119 بإسناد صحيح،  وإبن السني برقم 637،  ومجمع الزوائد 10/127،  وأنظر: العلاج بالرقى من الكتاب والسنة، سعيد القحطاني، ص: 98.  رواه أحمد رقم (15461)، صحيح الجامع الصغير رقم (74)، أنظر: دعاء مستجاب دري الكتاب دان السنة، الشيخ د. إسماعيل لطفي فطاني.

Posted in dll | Leave a comment

Basmalah: بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ

[Basmalah] البسملة : بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ @   [Tasmiyah] التسمية :  بِسْمِ اللَّه

{ kepentingannya menurut hadis-hadis pilihan }

Muzakarah kitab: Melindungi Diri Dari Jin & Syaitan
(وقاية الإنسان من الجن والشيطان، وحيد عبد السلام بالي)
Masjid Mukim Kedai Mulong, Nilam Puri, Kota Bharu, Kelantan. 
[1]

أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ: أُنْزِلَتْ عَلَيَّ آيَةٌ لَمْ تَنْزِلْ عَلَى نَبِيٍّ غَيْرِ سُلَيْمَانَ بْنِ دَاوُدَ وَغَيْرِي ، وَهِيَ بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ. – إبن كثير 1/120

Ertinya, Bahawa Rasullullahﷺ bersabda : Telah diturunkan kepadaku suatu ayat yang belum pernah diturun kepada nabi-nabi sebelum ini, melainkan Nabi Sulaiman bin Daud dan aku, iaitu: بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ     [2]2

Kita di Sunnahkan berbasmalah atau bertasmiyah di mana-nama tempat dan waktu antaranya seperti berikut;-

  1. Selamat dari makan minum dan bermalam bersama syaitan,

أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ : إذَا أَكَلَ أَحَدُكُمْ فَلْيَذْكُرْ اسْمَ اللَّهِ ، فَإِنْ نَسِيَ أَنْ يَذْكُرَ اسْمَ اللَّهِ فِي أَوَّلِهِ فَلْيَقُلْ : بِسْمِ اللَّهِ أَوَّلَهُ وَآخِرَهُ [3] .رواه الترمذي, وقال حسن صحيح.- الوقاية/ ص: 310

Ertinya, bahawa Rasullullahﷺ bersabda : Jika seseorang di antara kamu mahu makan, hendaklah menyebut nama Allah تعالي,  kalau terlupa menyebut diawalnya, hendaklah mengatakan [ بِسْمِ اللَّهِ أَوَّلَهُ وَآخِرَهُ : Bismillahi awwalahu wa akhirahu]. HR. atTarmizi, Hadis Hasan Sahih.

Hadis dari Aisyah رَضِيَ اللهُ عَنْهُما , Pada suatu ketika, Rasulullahﷺ sedang makan bersama 6 orang sahabatnya, kemudian datang a’raabi [Arab badwi] menyertai mereka dan makan makanan tersebut dua suapan, melihat yang demikian, Rasulullah ﷺ bersabda;

أَمَا إنَّهُ لَوْ سَمَّى لَكَفَاكُمْ – الوقاية / ص311

Jika dia makan dengan (menyebut) nama Allah تعالي, nescaya mencukupi untuk kamu semua. [HR. at-Tarmizi, Hasan sahih]

Rasullullah ﷺ bersabda:

إِذَا دَخَلَ الرَّجُلُ بَيْـتَهُ فَذَكَر َاللهَ عِنْدَ دُخُوْلِهِ وَعِنْدَ طَعَامِهِ قَالَ الشَّيْطَانُ: لاَ مَبِيْتَ لَكُمْ وَلاَ عَشَاءَ, وَإِذَا دَخَلَ وَلَمْ يَذْكُرِ اللهَ عِنْدَ دُخُوْلِهِ قاَلَ الشَّيْطَانُ: أَدْرَكْتُمُ اْلمَـبِيْتَ وَإِذَا لَمْ يَذْكُرِ اللهَ عِنْدَ طَعَامِهِ قَالَ أَدْرَكْتُمُ اْلمَبِيْتَ وَاْلعَشَاءَ  – مسلم رقم 2018

Ertinya, apabila seseorang memasuki rumahnya lalu menyebut nama Allah تعالى baik ketika memasuki rumah atau ketika makannya, maka syaitan akan berkata: “kamu tidak mendapatkan tempat menginap dan makan malam” Apabila ia masuk lalu tidak menyebut nama Allah تعالى ketika memasuki rumahnya, syaitan akan berkata: “kamu mendapatkan tempat untuk bermalam” Dan apabila ia tidak menyebut nama Allah تعالى ketika hendak makan, maka syaitan berkata: “kamu telah mendapat tempat menginap dan makan malam”[4]

  1. Keberkatan di dalam setiap urusan.

Antara doa menaiki kenderaan laut dan darat iaitu:

(بِسْمِ اللَّهِ مَجْرَاهَا وَمُرْسَاهَا إِنَّ رَبِّي لَغَفُورٌ رَحِيمٌ ( هود: ٤١ 

Ertinya, ‘ Dengan nama Allah bergerak lajunya dan berhentinya ‘. Sesungguhnya Tuhanku adalah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.”  [Hud 11:41]

Diceritakan Rasullullah ﷺ dalam banyak riwayat:

كُلُّ أَمْرٍ ذِيْ بَالٍ لاَ يُبْدَأُ بِبِسْمِ اللهِ فَـهُوَ أَقْـطَعُ,  -وَفِي رِوَايَةٍ فَـهُوَ أَبْتَرُ

Ertinya “Setiap perkara yang tidak dimulai dengan “ بِسْمِ اللهِ ” maka perkara tersebut menjadi terputus (dari keberkatannya), didalam riwayat yang lain maka perkara tersebut [abthor ] kurang berkat. “[5]

  1. Terhindar dari pandangan jin dan terjaga dari tipu daya syaitan:

Dari Ali bin Abi Talib  رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ, Rasullullah ﷺ bersabda:

سِتْرُ مَا بَيْنَ أَعْيـُنِ اْلجِنِّ وَعَوْرَاتِ بَنِي آدَمَ إِذَا دَخَلَ أَحَدُهُمُ الْخَلاَءَ أَنْ يَقُوْلَ: بِسْمِ اللهِ – تحفة الأحوذي، سنن الترمذي: 606

Ertinya, “Dinding penghalang antara pandangan jin (termasuk syaitan) terhadap aurat anak Adam ketika dia memasuki bilik kecil (untuk berhadas atau tukar pakaian) ucaplah:   بِسْمِ اللهِ [Hadis hasan, Tahfatul Ahwazi – Sunan Tarmizi : 606]

عَنْ أَنَسٍ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ  عَنِ النَّبِيِّ -صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ- قال : سَتْرُ بَيْنَ أَعْيُنِ الْجِنِّ وَبَيْنَ عَوْرَاتِ بَنِي آدَمَ إِذَا وَضَعَ أَحَدُهُمْ ثَوْبَهُ أَنْ يَقُولَ : بِسْمِ اللَّهِ  -تحفة الأحوذي , سنن الترمذي: 606

Erti, Dari Anas رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ , dari  Nabi صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ bersabda: Pelindung antara pandangan (jahat) jin terhadap aurat anak Cucu Adam apabila mereka menukar pakaian dengan menyebut بسم الله  . [Hadis hasan, Tahfatul Ahwazi – Sunan Tarmizi : 606]

Rasullullah ﷺ bersabda:

أَغْلِقْ بَابَكَ وَاذْكُرِ اسْمَ اللَّهِ وَأَطْفِئْ مِصْبَاحَكَ وَاذْكُرِ اسْمَ اللَّهِ وَخَمِّرْ إِنَاءَكَ وَاذْكُرِ اسْمَ اللَّهِ وَأَوْكِ سِقَاءَكَ وَاذْكُرِ اسْمَ اللَّهِ – تفسير القرطبي 1/94

Ertinya: ” Tutup (kuncilah) pintu rumahmu dengan menyebut nama Allah تعالى, ( riwayat yang lain syaitan tidak akan buka pintu yang terkunci). Padamkan lampumu dengan menyebut nama Allah تعالى , tutuplah kendimu dengan menyebut nama Allah dan iringi minummu dengan menyebut nama Allah تعالى

  1. Kesempurnaan wuduk dengan Tasmiah.

لَا صَلَاةَ لِمَنْ لَا وُضُوءَ لَهُ وَلَا وُضُوءَ لِمَنْ لَمْ يَذْكُرْ اسْمَ اللَّهِ عَلَيْهِ–   سنن أبي داود/  رقم 101

Tidak ada solat bagi mereka yang tidak berwuduk , dan tidak ada (kesempurnaan) wuduk bagi mereka yang tidak menyebut nama Allah تعالى pada (permulaan) nya[6].

Kesempurnaan wuduk akan membawa kepada kesempuraan solat. Solat dan amalan ibadah  yang sempurna mengikut sunnah pula mampu mewiqayah kan diri manusia dari gangguan jin dan syaitan.

  1. Melarang Memaki hamun:

عَنْ أَبِي تَمِيمَةَ الْهُجَيْمِيِّ  ، عَنْ مَنْ كَانَ رِدْفَ رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ : كُنْتُ رِدْفَهُ عَلَى حِمَارٍ، فَعَثَرَ الْحِمَارُ فَقُلْتُ : تَعِسَ الشَّيْطَانُ، فَقَالَ النَّبِيُّ صلى الله عليه وسلم  : ”  لَا تَقُلْ : تَعِسَ الشَّيْطَانُ ; فَإِنَّكَ إِذَا قُلْتَ : تَعِسَ الشَّيْطَانُ، تَعَاظَمَ فِي نَفْسِهِ وَقَالَ : صَرَعْتُهُ بِقُوَّتِي ، وَإِذَا قُلْتَ :بِسْمِ اللَّهِ، تَصَاغَرَتْ إِلَيْهِ نَفْسُهُ حَتَّى يَكُونَ أَصْغَرَ مِنْ ذُبَابٍ “. – رواه أحمد بإسناد جيد – . الوقاية / ص310

Ertinya, dari Abu Tamimah Al-Hujaimi رضي الله عنه , dari seorang yang pernah menunggang dengan Nabi ﷺ. Ia berkata: Aku pernah menunggang bersama beliau dengan himar, lalu himar itu tergelincir. Lalu aku berkata: “celakalah syaitan“. Lalu Nabi ﷺ mengatakan kepadaku: “jangan katakan: “celaka syaitan“, kerana jika kamu sebut “celaka syaitan“, dia berbesar diri (menyombong diri, semakin besar dirinya), dan bersabda: “aku telah menumbangkannya dengan kekuatanku”. Jika kamu katakan: “Bismillah“, dirinya akan mengecil hingga menjadi lebih kecil dari lalat. [HR. Ahmad]

  1. Cerita & Pengalaman

Ketika Khalid bin Walid رضى الله عنه  singgah pada suatu tempat yang bernama al-Hirah, sahabat-sahabatnya mengingatkan: “Hati-hatilah terhadap racun, jangan sampai orang-orang ajam memberikan  kalian minum yang demikian” maka ia menjawab: “Berikanlah minuman tersebut kepadaku”, lalu ia mengambilnya dan berkata: “ بِسْمِ اللهِ” kemudian ia meminumnya tanpa ditimpa oleh mudharat apapun.[7]

Kesimpulan & Penutup 

Setiap Muslim perlu menyebut nama Allah تعالى apabila meletak, mengambil atau mengangkat sesuatu, ketika bangun dan duduk, juga ketika melakukan apa-apa jua kerana nama Allah تعالى membawa rahmat, barakah dan benteng penghalang yang kukuh dari gangguan jin atau syaitan[8]. Oleh itu sama-samalah kita berusaha megamalkan dan membasahi lidah kita dengan basmalah atau tasmiah, juga kita sampaikan ajaran sunnah ini kepada setiap mereka yang bersama kita, dan berdoalah untuk mereka yang membenci dan memusuhi kita dari ahli keluarga serta sahabat-sahabat kita dan ummah.

و الله أعلم

@AA. 7/11/2013

 Link PDF for Download

Nota Kaki & Bibliography

[1] Setiap khamis malam jumaat selepas maghrib [muzakarah minguan ini mencakupi ilmu arRuqa, ilmu Tazkiatunnaf, ilmu Perubatan Islam, dan ilmu Tasauf  Sunnah], Sebarang kesilapan tolong betulkan dan hubungi facebook : Abu Nik Abdullah Azzam atau Email: alhalimi@gmail.com, jazakumullah.

[2] إبن كثير 1/120
[3]الترمزي  رقم 1858
[4] HR. Muslim no: 2018
[5] Disahihkan oleh sebahagian ulama hadis seperti Ibnu Shalah, dan an-Nawawi dalam kitab al-Azkar.
[6] HR. Abu Daud No. 101.
[7] Akhrajahu Baihaqi, Abu Na’im, Al-Thabrani dan Ibnu Said dengan sanad yang sahih. Lihat Tahzibut tahzib, Ibnu Hajar 3/125.
[8]وقاية الإنسان من الجن والشيطان , وحيد عبدالسلام بالى , ص 311 .
Posted in dll | Leave a comment

Hidayah Allah: Penawar bagi ROH yang sakit

Silsilah Tazkiyatun Nafs Kungci Kejayaan [siri2]

Hidayah Allah: Penawar bagi ROH yang sakit
Oleh; Ust Abu Nik Abdullah Azzam

Laman ini sebagai sambungan dari tajuk yang sebelum ini iaitu [ROH sakit akademik gagal, segala impian tak tercapai], di dalam Silsilah Tazkiyatun  Nafs, sebelum ini ada menyentuh mengenai punca setiap kegagalan ialah kerana hilang atau kurang sempurna HUDAN/ HIDAYAH, sementara darjat hudan / hidayah pada seseorang kekadang meningkat tinggi dan kekadangnya lemah (macam air pasang surut akibat gangguan syaitan terhadap roh kita). Ini  bermakna, selamatkan roh kita daripada gangguan syaitan bersama mengambil langkah usaha mendapat hudan akademik kita akan berjaya dan hidup tidak akan binasa.

Awal-awal makhluk yang hilang hudan adalah iblis لعنة الله. Kemudian anak cucu syaitan sampai ke hari ini.  Dalam erti kata lain, jika kita tidak mendapat hudan dari Allah تعالى , kita adalah seperti anak cucu iblis itu tadi. (نعوذ بالله من ذلك).

3 PERKARA MEMBAWA KEPADA (HUDAN / HIDAYAH) PENTUNJUK ALLAH YANG LURUS. [2]

Setiap kali solat kita diwajibkan merayu dan meminta dari Allah تعالي untuk mendapat hudan, hidayah dan berjaya, (ada hudan, insyaAllah kita akan berjaya dan syaitan yang bersama kita akan binasa).

اهدِنَــــا الصِّرَاطَ المُستَقِيمَ

Erti, Tunjukilah kami kejalan yang lurus [al-Fatihah: 6]

3 perkara yang di maksudkan itu, ialah ;

1-Berilmu     2-Beramal      3-Ikhlas
Untuk mendapat hudan sekarang, kita sedia ada 5 senjata:- tiga di atas, dan dua lagi di laman blog sebelum ini iaitu ;  1.Selamatkan roh dari gangguan syaitan, 2.Jaga solat dan doa-doa dalamnya.

Berilmu;
Untuk mendapat ilmu bukan sesuatu yang mudah dan senang. Di dalam erti kata lain, adalah sangat susah untuk menjadi seorang alim, sebab itulah sangat ramai yang tidak berilmu, atau bukan ramai yang digelar ilmuan, ulamak atau scholars of Islam di dalam sesuatu bidang.

Bertakwalah kepada Allah تعالى kerana dengan ketakwaan itu, Allah akan menambah ilmu di dalam dada kita. Firman Allah تعالى [alBaqarah:282] وَاتَّقُوا اللَّهَ وَيُعَلِّمُكُمُ اللَّهُ Erti: ‘’Dan bertaqwalah kepada Allah dan Allah akan mengajar kamu’’ (pintu ilmu dalam agama ini apa yang kita masih belum tahu, akan dibuka olehNya jika kita benar-benar taqwa)

Beramal;

Andainya ramai yang tidak berilmu atau tidak tahu dalam urusan agama alhanif ini, maka ketahuilah lebih ramai dari itu lagi yang berilmu tetapi tidak beramal dengan ilmunya.  Dalam ertikata lain, penceramah atas pentas hanya tahu bertutur kata dan mengajar orang atau menulis tentang agama didalam buku dan laman-laman blog, tetapi tidak beramal dengan ilmunya.

Firman Allah تعالى

 يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا لِمَ تَقُولُونَ مَا لَا تَفْعَلُونَ,كَبُرَ مَقْتًا عِنْدَ اللَّهِ أَنْ تَقُولُوا مَا لَا تَفْعَلُونَ, إِنَّ اللَّهَ يُحِبُّ الَّذِينَ يُقَاتِلُونَ فِي سَبِيلِهِ صَفًّا كَأَنَّهُمْ بُنْيَانٌ مَرْصُوصٌ  . (الصف : 2-4)

Ertinya:, Wahai orang-orang yang beriman! Mengapa kamu memperkatakan sesuatu yang kamu tidak melakukannya..!, Amat besar kebenciannya di sisi Allah – kamu memperkatakan sesuatu yang kamu tidak melakukannya, Sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang yang berperang untuk membela ugamaNya, dalam barisan yang teratur rapi, seolah-olah mereka sebuah bangunan yang tersusun kukuh.

Ulamak tafsir[3]  sepakat kata [اتَّفَقَتْmengatakan asbabunnuzul Ayat-ayat ini ialah berkaitan dengan jihad di jalan Allah  [حَوْلَ الْجِهَادِ فِي سَبِيلِ اللَّهِ]

Ikhlas;

Ikhlas itu bermaksud, roh yang memainkan peranan, dimana jiwa atau hati boleh dididik , manakala aqal kitalah yang membuat sesuatu keputusan. Maka, ikhlaskan niat  ( LILLAH ) kerana Allah تعالى dalam apa jua amalan dan ibadah adalah sangat penting. Ini adalah sasaran terakhir musuh kita syaitan, untuk mengganggu, kita supaya gagal mendapat hudan. Apatah lagi ibadah yang paling tinggi darjatnya, iaitu di dalam ruang lingkup  jihad fi sabililah, (menuntut ilmu umpamanya) sehingga disana ada yang pada zahirnya mati syahid tapi Rasulullah صلى الله عليه وسلم  mengatakan [فَهُوَ فِي النَّارِ ertinya, Maka dia ke neraka] kerana syahidnya bukan untuk neninggikan kalimah Allah تعالى dan tidak ikhlas dalam perjuangannya.

Sebuah hadis didalam [Sahih Bukhari 3/2655] berbunyi,

عَنْ أَبِي مُوسَى رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ قَالَ جَاءَ رَجُلٌ إِلَى النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَقَالَ الرَّجُلُ يُقَاتِلُ لِلْمَغْنَمِ وَالرَّجُلُ يُقَاتِلُ لِلذِّكْرِ وَالرَّجُلُ يُقَاتِلُ لِيُرَى مَكَانُهُ فَمَنْ فِي سَبِيلِ اللَّهِ قَالَ مَنْ قَاتَلَ لِتَكُونَ كَلِمَةُ اللَّهِ هِيَ الْعُلْيَا فَهُوَ فِي سَبِيلِ اللَّهِ.

Ertinya, Dari Abu Musa berkata, Datang seseorang kepada Nabi صلى الله عليه وسلم dan bertanya, Ada seseorang yang berperang untuk mendapat habuan, dan berperang untuk disebut-sebut orang tentang keberanian, dan ada yang berperang kerana ingin memperlihatkan orang. Siapakah yang disebut fi sabilillah…?. Menjawab Baginda:  Iaitu sesiapa yang berperang supaya kalimah Allah menjadi tinggi, ialah (jihad) di jalan Allah.”

Kalau kita lihat di dalam Fathul alBari sebagai syarah kepada hadis di atas, antara yang berjihad tidak ikhlas, adalah seperti berikut [4];-

طَلَبِ الْمَغْنَمِ، وَإِظْهَارِ الشَّجَاعَةِ، وَالرِّيَاءِ، وَالْحَمِيَّةِ، وَالْغَضَبِ

Ertinya, (Berjihad untuk) menuntut habuan, menunjuk–nunjuk keberanian (atau untuk kepujian orang), Riya’(kemunafikan), kaum keluarga (qabilah),  kawan, individu, dan kemarahan.  [2655: فتح الباري شرح صحيح البخاري]  

Di dalam mencapai matlamat hudan ini , bolehlah digambarkan seperti pyramid, dimana asasnya, bermula dengan BERILMU, lapisan seterusnya ialah BERAMAL dengan apa yang di pelajarinya, dan teratas adalah  kemuncak darjat mencapai hudan yang tertinggi di sisiNya ialah IKHLAS, dimana adalah sangat sedikit. Semoga kita sentiasa mendidik hati kita tetap dengan keIKHLASan didalam setiap ibadah, apatah lagi didalam jihad mempertahankan aqidah yang banyak cabaran  penuh dengan uijan duri dan api.

Jadikanlah diri kita orang berILMU, berAMAL dan IKHLAS’ kerana itulah sebenarnya di landasan jalan petunjuk yang lurus dan jalan kejayaan.

اهدِنَــــا الصِّرَاطَ المُستَقِيمَ

Di akhir ini, penulis ingin mengingati diri sendiri, keluarga dan kawan-kawan, sebenarnya yang membuat kita malas belajar untuk menjadi insan yang berILMU adalah syaitan, yang membuat kita malas berAMAL dengan ilmu juga adalah syaitan,  serta yang merosakkan keIKHLASan kita juga adalah syaitan. Maka jadikanlah syaitan itu sebagai musuh utama kita dalam setiap urusan, setiap hal dan di setiap bidang.  Dengan itu, kita akan berjaya dalam pendidikan dan selamat dari binasa hidup di dunia juga akhirat, lihat firmah Allah تعالى 

إِنَّ الشَّيْطَانَ لَكُمْ عَدُوٌّ فَاتَّخِذُوهُ عَدُوًّا إِنَّمَا يَدْعُو حِزْبَهُ لِيَكُونُوا مِنْ أَصْحَابِ السَّعِيرِ

Erti, Sesungguhnya Syaitan adalah musuh bagi kamu, maka jadikanlah dia musuh (yang mesti dijauhi tipu dayanya), sebenarnya dia  hanyalah mengajak golongannya supaya menjadi sebahagian dari penghuni neraka.

Kesimpulan,

Buktikan akademik kita berjaya, jika kita memiliki hudan هُداً , hidayah dan petunjuk ke jalan yang lurus, jika akademik kita bermasaalah atau gagal ternyata, roh dan jiwa kita sakit, diganggu oleh syaitan sampai cacat hudan هُداً , sebelum roh dipisahkan dari badan, akal tolonglah buat keputusaan untuk  dirawati dengan;-

  • Solat mengikut sunnah dan tembuskan doa-doa di dalam solat kepada Ilahi tentang hajat kita.
  • Memagar diri daripada gangguan syaitan, di setiap masa dan tempat.
  • Berilmu, Beramal, dan Ikhlas. والله أعلم

Bibliography,
[1]- القرآن والسنة
[2]- Nasihat ringkas dari Facebook (post date , 17 January 2012) oleh TG.Dr. Ismail Lutfi
[3]- 8/104  تفسير القرآن, أضواء البيان في إيضاح القرآن بالقرآن – محمد الأمين بن محمد بن المختار الجنكي الشنقيطي
[4]- فتح الباري شرح صحيح البخاري : 2655
[5]- islamweb.net, iium.edu.my/deed/quran/malay,

اللهم ارزق الفردوس الأعلى في الجنة كل من ساهم في ايصال هذا الخير.. آمين .. آمين .. آمين
Ya Allah, Rezekikanlah Syurga tertinggi iaitu al-Firdaus utk sesiapa yang berkongsi (share) kebaikan (laman ) ini… Aamin… Aamin… Aamin

Posted in dll | 2 Comments

ROH sakit akademik gagal dan segala impian tak tercapai.

Silsilah Tazkiyatun Nafs Kungci Kejayaan, Siri [1]

ROH sakit akademik gagal dan segala impian tak tercapai.
Oleh; Ustaz Abu Nik Abdullah Azzam

الله تعالى menciptakan manusia dengan tiga anasir iaitu, aqal, badan dan roh. Di antara ketiga-tiga anasir ini, roh adalah unsur yang susah untuk difahami. Ini diperjelaskan lagi dalam firman الله تعالى di dalam kitabNya;-

وَيَسْأَلُونَكَ عَنِ الرُّوحِ قُلِ الرُّوحُ مِنْ أَمْرِ رَبِّي وَمَا أُوتِيتُمْ مِنَ الْعِلْمِ إِلَّا قَلِيلًا-الإسراء: 85

 Ertinya;- Dan mereka bertanya kepadamu tentang roh. Katakan: “Roh itu dari perkara urusan Tuhanku; dan kamu tidak diberikan ilmu pengetahuan melainkan sedikit sahaja”.

الله تعالى telah menetapkan ketiga-tiga anasir itu di dalam agama alhanif ini, dimana Islam menjaga kesihatan badan, iman dan taqwa serta mengawal kecergasan akal [iman akan bertambah sempurna kerana ketaatan dan akan semakin lemah kerana maksiat], sementara [الإحسان] al-ihsan[2] pula, adalah untuk keperluan roh. Kesempurnaan ketiga-tiga anasir tersebut yang mana amat saling memerlukan satu sama lain, bila mana jika salah satunya bermasaalah, kita menjadi seorang pesakit (kerana badan, aqal atau roh kita akan menjadi sakit).

Kadang-kadang kita tidak sedar, bahawa kita sedang sakit jika amradh [penyakit :أمراض  ] itu terkena kepada aqal atau roh.

Aqal tidak sihat ; Marhalah asas atau ringan ialah: sukar tidur, tidak ada selera makan,  fikiran menjadi serabut atau bosan dan umpamanya. Marhalah yang serius ialah: berpendapat bahawa undang-undang Islam tidak patut digunapakai,  mengamalkan sunnah itu menyusahkan hidup, menyertai gerakan dakwah dan jihad adalah pengganas atau pelampau umpamanya.

Roh Sakit; Malas solat berjemaah, tidak menjaga kesempernaan solat, malas mengikuti majlis-majlis ilmu, bersangka buruk sesama sendiri, bersekongkol dengan si pengumpat dan umpamanya.

Bilamana aqal sakit, maka roh dengan sendirinya menjadi sakit tetapi di waktu yang sama, aqal mampu membuat keputusan mahu mengikut syaitan atau mengikut Allah تعالى, juga mahu memilih neraka atau syurga.

Sebenarnya, kita  tidak boleh berdiam diri dan wajib serta merta merawati roh yang sakit dengan cara yang disyariatkan oleh الله تعالى. Tetapi sayang kita selalunya cepat untuk merawat apabila badan sakit, dan tidak mengambil peduli akan kesakitan aqal dan roh. Seharusnya, roh dan aqallah yang kita patut utamakan dan sentiasa menjaga  kesempurnaannya atau merawat kesihatannya, kerana itu cara untuk selamat dari menzalimi diri kita sendiri, dalam erti kata yang lain kita rela hidup dalam dosa.

Badan tanpa roh iaitu mayat..!(mumkin kita pernah mendengar orang kata mayat berjalan), badan tanpa berfikir dengan aqal iaitu orang gila..! jika rohnya yang sakit sepatutnya boleh kita hantar ke hospital sakit jiwa..!, Kehidupan yang sempurna ialah ketiga-tiganya anasir itu {BADAN ROH DAN AQAL} sihat.

Unsur ihsan adalah unsur yang berhubungan sangat rapat dengan Tazkiatun Nafs.

Bicara apa dalam tajuk [تزكية النفس : Tazkiatun Nafs]

** Pengertian tazkiyah diambil dari asal kalimah [ز ك ا  ], الزكاة  : al-zakat bahasa memberi erti: kesucian, pembangunan dan keberkatan. Makna tazkiyah [ تزكية]  boleh dibahagikan kepada 3 iaitu;

1-Tazkiah [تزكية] memberi erti تطهير أي الطهارة maknanya Pembersihan, Kesucian.
2-Tazkiah [تزكية] mengambil erti [الزيادة] iaitu Peningkatan, contohnya: membersihkan harta kita dengan mengeluarkan zakat atau infaq fisabilillah. Harta kita akan jadi meningkat dan bertambah lebih banyak daripada yang asal.
3-Tazkiah [تزكية] mengandungi makna [الإصلاح] iaitu Pembaikan, Pembaharuan,

**Manakala makna Nafs [النفس] ada pelbagai pendapat antaranya ar-Roh, jiwa, hati, diri dan al-Ain.

Tazkiatun nafs dalam al-Quran antaranya seperti berikut [asy-Syams :7-10 ];-

وَنَفْسٍ وَمَا سَوَّاهَا 

Demi diri manusia dan Yang menyempurnakan kejadiannya (dengan  kelengkapan yang sesuai dengan keadaannya)

Ibnu Kasir di dalam tafsirnya bil ma’suraat dengan beberapa hadis, antaranya adalah hadis la-Qudsi Sabda al-Mustafaصلى الله عليه وسلم  , [muslim: 4/2197]

إِنِّي خَلَقْتُ عِبَادِي حُنَفَاءَ فَجَاءَتْهُمُ الشَّيَاطِينُ فَاجْتَالَتْهُمْ عَنْ دِينِهِمْ

Ertinya;- Sesungguhnya Aku [تعالى] ciptakan hambaKu dengan keadaan hunafa’ [sangat suci], Maka didatangi kepada mereka oleh syaitan-syaitan sehingga mereka disesatkan dari agama mereka.

فَأَلْهَمَهَا فُجُورَهَا وَتَقْوَاهَا

Serta mengilhamkannya (untuk mengenal) jalan yang membawanya kepada kejahatan, dan yang membawanya kepada ketaqwaan.

Iaitu ilham dan petunjuk dari Allahتعالى [hudan : هدا] , Allahتعالى  menunjukkan kepada kita apa yang jahat dan apa yang baik, manakah jalan keimanan dan jalan ketakwaan atau jalan-jalan maksiat, fitnah, dan dosa. Berkata Ibnu Abbas [al-Thobari: 24/454]:  بَيَّنَ لَهَا الْخَيْرَ وَالشَّرَّ Ertinya; Menerangkan baginya antara kebaikan dengan kejahatan.

Semua perkara yang berlaku di dunia ini, benda baik(تَقْوَاهَا) mahupun perkara yang jahat (فُجُورَهَا) tidak akan berlakunya tanpa izin Allah عزوجل. Dalam ilmu aqidah kita wajib faham bahawa bukan semua yang Allah عزوجل izin itu, Dia redha…! Allah عزوجل hanya redha perbuatan yang baik (تَقْوَاهَا) sahaja, tetapi Allah عزوجل izin dengan keadaan tidak redha dan murka perbuatan yang jahat (فُجُورَهَا). Ada juga perkara yang Allah عزوجل tidak izin tapi Allah عزوجل ridha contohnya zakat atau infaq fisabilillah bagi mereka yang  tidak ada kemampuan maka yakinlah pahala sedekah itu penuh ganjarannya dan akan di ganti pulak dengan lebih banyak dari yang di infaq itu.

قَدْ أَفْلَحَ مَنْ زَكَّاهَا

Sesungguhnya berjayalah orang yang menjadikan dirinya – yang sedia bersih – bertambah-tambah bersih.

وَقَدْ خَابَ مَنْ دَسَّاهَا

Dan sesungguhnya hampalah orang yang menjadikan dirinya – yang sedia bersih – itu susut dan terbenam kebersihannya (dengan sebab kekotoran maksiat).

**Tazkiatun nafs dalam as-Sunnah antaranya hadis yang diriwayat oleh al-Baihaqi didalam kitab [مرقاة المفاتيح شرح مشكاة المصابيح no. 5122] dan [موعظة المؤمنين من إحياء علوم الدين] dan juga di dalam تفسير القرطبي 16/156 seperti berikut :

ثَلَاثٌ مُهْلِكَاتٌ : شُحُّ مُطَاعٌ ، وَهَوًى مُتَّبَعٌ ، وَإِعْجَابُ الْمَرْءِ بِنَفْسِهِ – حديث ضعيف

Ertinya;- Tiga perkara yang membinasakan, iaitu kedekut berpanjangan, mengikut hawa nafsu serta kekaguman terhadap diri sendiri. [hadis lemah]

**Pendapat Sahabat رضي الله عنه antaranya seperti berikut;

وَقَالَ أَبُو الدَّرْدَاءِ – رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ – : إِذَا أَصْبَحَ الرَّجُلُ اجْتَمَعَ هَوَاهُ وَعَمَلُهُ وَعِلْمُهُ ، فَإِنْ كَانَ عَمَلُهُ تَبَعًا لِهَوَاهُ فَيَوْمُهُ يَوْمُ سُوءٍ، وَإِنْ كَانَ عَمَلُهُ تَبَعًا لِعِلْمِهِ فَيَوْمُهُ يَوْمٌ صَالِحٌ

Abu Darda’ berkata yang bermaksud
(Di hari amalan mengikuti hawa = hari itu ialah hari jahat, ( punah ranah-
(Di hari hawa (jiwa, hati) mengikut ilmu = hari itu hari baik, bagus, ( beruntung-

** Hukum tazkiatun nafs ; Imam Ghazali  رحمه الله, mewajibkan ke atas setiap individu mukmin untuk mengambil tahu mengenai tazkiatun nafs (iaitu mempelajari penyakit-penyakit hati dan bagaimana cara membersihkannya), sekalipun mereka itu, bukanlah dari kalangan orang yang berakhlak buruk. Walaupun demikian, ulamak secara jumhurnya tidaklah mengatakan mempelajari mengenai tazkiyatun nafs itu sebagai fardhu ain, kecuali kepada mereka yang benar ada atau  merasakan adanya penyakit hati tersebut, lalu wajiblah mereka itu mempelajari jalan untuk merawati jiwa yang sakit itu.[4]

Penulis ulangi sekali lagi: Kenapakah kita kadang-kadang menjadi malas ke Masjid untuk solat jamaah, mengikuti majlis kajian-kajian ilmiah atau ibadah-ibadah yang lain…? jawapannya kerana Roh kita sedang sakit, tetapi dalam marhalah belum serius. Jika tidak dirawati, akan jadi lebih parah, seperti sampai meninggalkan solat, meninggalkan terus majlis-majils ilmiah, jalsah-jalsah mingguan atau sampai kepada melakukan maksiat-maksiat serta boleh pergi kepada mengerjakan dosa-dosa  besar yang lain, ketahuilah kita dalam keadaan yang amat bahaya dan menuju kebinasaan yang besar.

Bersama ini penulis cuba memperkenalkan beberapa jenis ubat cara untuk merawat penyakit roh ini, iaitu: [ubat rajin jika pemalas, ubat hudan[5] (هُداً) untuk mereka yang mencari semangat dalam semua bidang, semua kerja yang baik dari urusan dunia mahupun akhirat], dimana ubat tersebut hendaklah dihayati bagi roh kita selalu makan atau diamalkan secara istiqamah (ROH yang sakit rawat dengan IHSAN), antaranya seperti berikut;-

1-    Ubat diluar solat iaitu selamatkan daripada hasutan syaitan, antaranya dengan menjadikan jiwa kita beramal dengan ayat kursi secara memahami melaziminya, keterangan lanjut kita boleh dapatkan di tajuk :Ayat Kursi: Kepentingannya Menurut Hadis-hadis Pilihan, dan juga tajuk Tafsir Ayat Kursi pada link darulruqyah.wordpress.com

2-    Menyelamatkan roh dan jiwa kita dari Evil eye (al-Ain), juga kita boleh memahami penyakit al-Ain ini dari link darulruqyah.wordpress.com

3-    Sentiasa mencari hudan/hidayah [ هِدايَة, هُداً ] untuk Roh kita seperti menjaga solat berjemaah dan usaha janganlah hanyut, lalai khasnya ketika bercakap dengan Allah تعالى didalam solat atau semasa berdoa ketika menghadapNya, semasa merayu atau memohon sesuatu, paling kurangnya, di dalam 5 waktu setiap hari [6], seperti berikut;- (ketika qiam, antara dua sujud dan qunut).

Pertama,    4+4=8, (Zohor)
Kedua,        4+4=8, (Asar)
Ketiga,        3+3=6, (Margrib)
Keempat,   4+4=8, (Isyak)
Kelima,       2+2=4 atau = 5 (Subuh)
Total =     34 , Mazhab Syafie = 35

Angka-angka matematik diatas sengaja direka oleh penulis supaya minda kita dapat diaktifkan,  untuk memfokus dengan tidak lalai dalam pengertian makna maksud (هُداً) hudan atau hidayah[5], yakni roh kita mesti menghayati apa yang terdapat di dalam solat, kita tidak mampu semua bacaan dalam solat dihayati namun begitu paling kurangnya dibeberapa point seperti berikut:

  • Point (1) Semasa qiyam di mana-mana solat kita hendaklah merayu secara langsung hati kita pada Allah dengan tidak lalai dan hanyut jauh iaitu semasa membaca:

اهْدِنَا الصِّرَاطَ الْمُسْتَقِيمَ = Tunjukilah[5] kami kejalan yang lurus.

  • Point (2) Ketika diantara dua sujud kita mestilah merayu bersungguh-sungguh, secara langsung hati kita pada Allah dengan tidak lalai dan hanyut iaitu semasa berdoa wahdini (وَاهْدِنِي) lihat erti doanya:

اللَّهُمَّ اغْفِرْ لِي وَارْحَمْنِي وَاجْبُرْنِي وَاهْدِنِي وَارْزُقْنِي [7]

Ertinya: Ya Allah, Ampunilah aku, Sayangilah aku, Berilah aku limpah kurnia, [Elokkanlah keadaanku, Tutuplah aib-aibku] Berilah aku petunjuk, Berilah aku rezeki.

(وَاهْدِنِي): Berilah aku petunjuk, (ketika sebut wahdini (وَاهْدِنِي) ini asuhkan hati kita supaya memahami maksud apa yang kita sedang pohon, pastikan aqal dan roh tidak terumbang-ambing dan tumpukan betul-betul kepada Ilahi, jangan membaca sambil lewa atau dengan lafaz yang tidak teratur.

  • Point (3), jika kita berqunut semasa solat Subuh atau qunut solat witir adakah betul kita mengerti, memahami dan menghayati lafaz apa yang kita merayu kepada Allah,  … اللَّهُمَّ اهْدِنَا فِيمَنْ هَدَيْتَ  Ertinya: Ya Allah, Kurniakanlah pada kami hidayah, Bersama-sama mereka yang Engkau telah beri hidayah.

Kesimpulan;-

Roh, akal dan jasad adalah satu dan saling berkait rapat dimana kesihatan salah satunya mempengaruhi yang lainnya. Tunjangnya adalah roh, akalnya adalah penentu dan membuat keputusan, hasil itu ditandai dengan jasad / kelakuan angota badan yang hidup sihat, sakit mahupun mati.  Kita perlu mengetahui dan mengambil tahu keberadaan roh , akal mahupun jasad kita sedang berada di peringkat mana. Jika ia sedang sakit, rawatilah ia dengan cara yang dinyatakan di atas serta hidupkan dan sihatkan ia, sebelum ia menjadi mati. Wallahua’lam

Bibliografi & nota kaki:

[1]- القرآن والسنة
[2]-  al-ihsan : iaitu Terbaik , Tercantik atau Kesempurnaan, [ Semua perkara kebaikan dari perbuatan, perkatan,  nyata atau rahsia hanya demi keredhaan Allah تعالى dan dilakukan secara terbaik lagi sempurna ] ”Beribadah seolah-olah kita nampak Allah, sekalipun tidak nampak sesungguhnya Allah تعالى nampak kita”

 أَنْ تَعْبُدَ اللَّهَ كَأَنَّكَ تَرَاهُ فَإِنْ لَمْ تَكُنْ تَرَاهُ فَإِنَّهُ يَرَاكَ  Hadis Muttafaqun Alaihi

[3]- تفسير القرطبي, 16/156-157

[4]-, سيد محمد بن جدو تزكية النفس
[5]- Pengertian (هِدايَة, هُداً) Hudan, hidayah : secara ilmiah ialah petunjuk, contoh: Badan kita menjadi segar untuk bertahajjut di waktu malam, cerah mata untuk melakukan perkara-perkara yang baik, dari malas belajar kepada rajin, dari susah nak buat baik kepada anak isteri dan jiran-jiran kita menjadi peramah suka senyum dan penyayang, suka membaca al-Quran, kuat belajar,  pergi masjid, suka ikuti majlis-2 ilmu, ada tenaga tidak kuat tidur, badan tidak menjadi penat tanpa sebab atau kerja berat, selalu ceria bahagia, dan jiwa menjadi tenang, ringan tangan untuk infaq fisabilillah, belajar mudah faham, jawapan dalam exam menjadi senang dan umpamanya.

Sekadar contoh di kedai kopi,  kopi radix mengandungi hudan dari Allah تعالى yang boleh memberi energy  positive bila kita minumnya, maknanya kopi radix mengandungi hudan…! kerana sebab minumnya memberi semangat buat kerja lebih, cerah mata tidak penat dan mengantuk.

Hudan juga bermaksud tidak suka kepada perkara-perkara yang melalaikan serta sia-sia lagi  membuang masa, juga menjauhkan diri dari melakukan maksiat, mengumpat, menghina orang  serta menjatuhkan maruah orang. Orang yang mempunyai Hudan juga, tidak suka bergaduh, tidak kuat berdengki, tidak selalu sakit hati, tidak sakit jiwa, tidak sakit kepala dan tidak sakit dada disebabkan tekanan, tidak berdendam, tidak susah senyum, serta tidak susah memberi dan menjawab salam kepada orang lain, dsg.

[6]- 1 Hari x 5 waktu solat = terdapat 34 tempat mengikut jumhur ulamak atau 35 tempat mengikut mazhab asyafie.
[7]- شروح الحديث تحفة الأحوذي , سنن الترمذي , محمد بن عبد الرحمن المباركفوري , رقم 284

في حديث الدعاء: واجْبُرْني واهدني أَي أَغنني – لسان العرب  مادة: جبر

[8]- http://www.saaid.net, http://www.islamweb.net, http://www.iium.edu.my

اللهم ارزق الفردوس الأعلى في الجنة كل من ساهم في ايصال هذا الخير.. آمين .. آمين .. آمين
Ya Allah, Rezekikanlah Syurga tertinggi iaitu al-Firdaus utk sesiapa yang berkongsi (share) kebaikan (laman ) ini… Aamin… Aamin… Aamin

Posted in dll | 2 Comments

Mimpi buruk dari syaitan

[1]الرُّؤْيَا مِنْ اللَّهِ وَالْحُلْمُ مِنْ الشَّيْطَانِ

بقلم /أبو نئ عبد الله عزام

Mimpi yang baik dari Allah Mimpi buruk dari syaitan [1]

Mimpi itu, banyak yang tidak boleh dipercayai, kecuali apabila orang yang bermimpi itu tidur dengan membaca Ayat Kursi dan mempunyai wudhu’ (tidur mengikut sunnah). Jika yang bermimpi adalah anak2 kecil yang belum baligh lagi bersih, bolehlah dipertimbangkan untuk diambil kira, sebagai contoh, mimpi yang berulang kali perkara yang sama.

Menurut sunnah, jika kita bermimpi sesuatu yang tidak disukai atau menakutkan, hendaklah melakukan seperti berikut:-

  • Meludah di sebelah kiri sebanyak 3 kali dengan serta merta ketika tersedar dari tidur,  [membuat isyarat seperti meludah dengan tidak mengeluarkan air liur, kerana jika benar2 meludah, boleh mengotorkan cadar mahupun terkena ludah kepada suami atau isteri mahupun anak kecil di sebelah].
  • Segera memohon perlindungan kepada Allah تعالى dari gangguan syaitan dan daripada keburukan mimpi itu, sebanyak tiga kali. Sangat bagus jika dapat bangun berwudhuk dan solat tahajjud atau qiyamullail.
  • Hendaklah berpindah tempat tidur dengan isteri atau suami jika katil itu kecil atau boleh juga berpindah ke tempat yang lain. [Dengan melakukan seperti itu, insyaAllah tiada kemudharatan akan berlaku :  إِنَّهَا لَنْ تَضُرُّهُ]
  • Nabi Muhammad صلى الله عليه وسلم melarang menceritakan tentang mimpi  jahat atau buruk kepada orang lain pada keesokan harinya atau pada bila-bila masa ianya berlaku.[ وَلَا يُحَدِّثُ بِهَا أَحَدًا]

Adapun jika kita bermimpi sesuatu yang disukai, menyeronokkan mahupun menyenangkan, hendaklah kita bersyukur dengan memuji Allah [الحمد لله] atas mimpi tersebut dan tidak perlu menceritakan kepada orang ramai kecuali kepada mereka yang akan suka mendengarnya.[ لَا تُخْبِرْ بِهَا إِلَّا مَنْ تُحِبُّ]

———————Download PDF Mimpi buruk dari syaitan———————

Bibliografi
[1]- Tajuk laman ini adalah asalnya lafaz hadis yang sahih, Makna الحلم didalam hadis ialah mimpi  yang menakutkan, mimpi jahat, mimpi buruk atau umpamanya. Lihat Hadis al-Bukhari, no.6583, Hadis Muslim dlm bab Mimpi no.  2261.
[2]- http://www.islamweb.net

اللهم ارزق الفردوس الأعلى في الجنة كل من ساهم في ايصال هذا الخير.. آمين .. آمين .. آمين
Ya Allah, Rezekikanlah Syurga tertinggi iaitu al-Firdaus utk sesiapa yang berkongsi (share) kebaikan (laman blog) ini… Aamin… Aamin… Aamin

Posted in dll | 1 Comment

[2] Tafsir Ayat Qursi

بسم الله الرحمن الرحيم

Ringkasan Tafsir Ayat Qursi

Oleh: Ustaz Abu Nik Abdullah Azzam

Ayat Qursi ialah ayat Quran yang paling mulia dan sebesar-besar ayat al Quran yang mana, boleh dikatakan amalan pagar diri bagi Muslim di setiap pagi dan petang, semasa hendak tidur di waktu malam atau qailullah [قيلولة:tidur sekejap di siang hari] dan juga wirid bagi mengiringi solat fardu untuk kita orang-orang mu’min[2] dan muslim. Walaupun ayat Qursi hanya terdiri daripada satu ayat sahaja, bukan semua daripada kita, memahami maknanya secara betul yang membawa kepada amalan kita sukar diterima oleh Allah تعالى kerana amalan dan bacaan yang tidak sampai ke hati atau dalam erti kata lain kita beramal dengan  sambil lewa. Oleh yang demikian, penulis di sini mahu menyentuh sedikit tentang pengertian ayat Qursi supaya kita boleh beramal dengan yakin dan faham akan makna ayatnya.

Di dalam ilmu usulut tafsir membahagikan tafsir, kepada dua bahagian iaitu;-

1. Tafsir bil Ma’shur  ( التفسير بالمأثور )
2. Tafsir bir Ra’yi (التفسير بالرأي) [tafsir pakai aqal atau pendapat]

Tafsir Ma’shur ialah dimana, Allah تعالى sendiri yang mentafsirkannya (ayat dengan ayat), atau Nabi yang mentafsirkannya (Ayat dengan Hadis), dan tafsiran sahabat  (cth: Inbu Abbas atau Ibnu Mas-ud).

Adapun Attabiin ada khilaf ulama’ yang mana, ada yang mengatakan Ma’shur dan ada juga yang mengatakan mereka termasuk dalam tafsir bir-Ra’yi [aqal atau pendapat], (seperti anak murid Ibnu Abbas: Qatadah, Mujahid).

Adakah kita sendiri boleh mentafsirkan al-Quran dengan  bir-Ra’yi? Dr.Abdullah bin Ibrahim di dalam karya beliau [3]  : Menjelaskan boleh, tetapi anda wajib memenuhi 9 syarat, seperti berikut; (Menguasai lagi alim) 1.Bahasa Arab 2.ilmu Nahu 3.ilmu Saraf 4.ilmu Balaghah 5.nasakh dan mansukhnya al Quran, 6. Asbabunnuzul 7.Hadis sahih dan lemahnya 8. Memahami Usul Fiqh  9. Bijak yang bersifat keberkatan di sisi Allah تعالى yang mana bijak ini tidak ada, melainkan dengan benar-nenar taqwa kepada Ilahi. Firman Allah didalam surah alBaqarah:282

 وَاتَّقُوا اللَّهَ وَيُعَلِّمُكُمُ اللَّهُ 

Ertinya: Dan bertaqwalah kepada Allah dan Allah akan mengajar kamu (pintu ilmu dalam agama ini apa yang kita masih belum tahu akan dibuka olehNya jika kita benar-benar taqwa)

Agama suci ini tidak diiktiraf bijak, jika seperti kaum Yahudi dimana bijak mereka itu hanya dari sudut tama zahir,walhal hakikatnya mereka adalah bodoh kerana mengikut hawa nafsu dan syaitan. Mereka yang melawan syariat Allah, al-Quran dan sunnah, serta tidak menyokong gerak kerja dakwah apatah lagi jika menyekat atau menyusahkan gerak kerja serta aktiviti dakwah dari berjalan dengan lancar, sebenarnya telah sampai ke darjat Iblis, dan bukan lagi dari kategori anak-anak kecil syaitan.

Menyebarkan agama Allah ini terlihat seolah-olah seperti kita sedang melawan arus atau bercanggah dengan budaya lama masyarakat atau orang ramai yang jahil-jahil. Kerja–kerja dakwah atau apa sahaja urusan dalam memperjuangkan agama al hanif ini, kadang-kadang bukanlah perkara yang mudah apatah lagi jika kita menghadapi situasi [4] mad-uمَدْعُو  yang merasa bahawa dia lebih pintar lagi hebat mungkin kerana pendidikannya yang lebih tinggi[4], hartanya lebih banyak dan usianya lebih tua dari kita. Kebanyakan orang yang mempunyai kelebihan duniawi dan angkuh serta sombong sepertimana iblis yang tidak mahu sujud kepada nabi Adam kerana Adam hanya dicipta dari tanah sementara iblis daripada api.  Firman Allahتعالي [al-Baqarah:34] :-

وَإِذْ قُلْنَا لِلْمَلائِكَةِ اسْجُدُوا لآدَمَ فَسَجَدُوا إِلاَّ إِبْلِيسَ أَبَى وَاسْتَكْبَرَ وَكَانَ مِنْ الْكَافِرِينَ

Ertinya[5]; Dan (ingatlah) ketika kami berfirman kepada malaikat: “Tunduklah (beri hormat) kepada Nabi Adam”. Lalu mereka sekaliannya tunduk memberi hormat melainkan Iblis; ia enggan dan takabbur, dan menjadilah ia dari golongan yang kafir 

Berikut ialah bicara mengenai tajuk : Tafsir ayat Qursi

Ertinya;- Allah, tiada Zat Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia, Yang Tetap hidup, Yang Kekal mentadbirkan (makhlukNya). Yang tidak mengantuk usahkan tidur. Yang memiliki segala yang ada di langit dan yang ada di bumi. Tiada sesiapa yang dapat memberi syafaat (pertolongan) di sisiNya  melainkan  dengan izinNya. Yang mengetahui apa yang ada di hadapan mereka dan apa yang ada di belakang mereka, sedang mereka tidak mengetahui sesuatu pun dari (kandungan) ilmu Allah melainkan apa yang Allah kehendaki (memberitahu kepadanya). Luasnya Kursi Allah [5] meliputi langit dan bumi, dan tiadalah menjadi keberatan kepada Allah menjaga serta memelihara keduanya. Dan Dialah Yang Maha Tinggi, lagi Maha Besar.

Ayat Qursi ialah ayat yang ke 255 dalam surah al Baqarah, di permulaan juz ke-3, di mana ia diturunkan semasa Baginda صلى الله عليه وسلم berada di Madinah (المدنية), ayat yang mulia ini juga dari sudut wakaf ada ja-iz (harus :جائز) wakaf pada 9 tempat. Mengikut Ibnu kasir didalam tafsirnya : Ayat Qursi ini mengandungi 10 keratan jumlah yang berasing-asingan وَهَذِهِ الْآيَةُ مُشْتَمِلَةٌ عَلَى عَشْرِ جُمَلٍ مُسْتَقِلَّةٍ seperti berikut;-

  1. اللَّهُ لَا إِلَهَ إِلَّا هُوَ : Allah, tiada Zat Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia. (dan tiada mana-mana bentuk ibadah melainkan kerana Dia)

Ayat ini bermula dengan kalimah yang Maha Agong iaitu {{الله}}, kalimah penawar bagi hati-hati kita sebagai hamba {{الله}},

  • dengan menyebut kalimah {{الله}}, syaitan dan golongan la’natullah akan lari jauh, sepertimana seorang khatib yang melaungkan azan, maka syaitan akan lari tersumbat-sumbat di dalam tandas,
  • sebutan {{الله}}  boleh merawati jiwa-jiwa kita yang sakit,  dan boleh menenangkan hati-hati kita yang luka,
  • para doktor perubatan di hospital juga, boleh mententeramkan hati-hati pesakitnya dengan menyebut kalimah {{الله}}. Ingatkanlah kepada para pesakit supaya selalu menyebut nama {{الله}}.
  • sebutan kalimah yang hebat seperti {{ الله اكبر }} dalam medan dakwah dan jihad juga dapat mententeramkan hati dan jiwa supaya tidak merasa gerun dan takut kepada musuh-musuh {{الله}}, {{الله}} akan menanamkan sifat keberanian di dalam hati lagi sakinah kepada pejuang-pejuang untuk membela agama{{الله}}.

Perbezaan Ilah [إله] bukan sekadar Rab [رب]: Rab adalah tuan dan tuhan untuk segala makhluk sekelian alam, mengaku Dialah yang menciptakan langit, bumi dan sebagainya.

Tepati Ilah selain mengandungi makna Rab juga meliputi makna mengakui {{الله}} adalah Maha Esa untuk di sembah dan beribadah. Segala sistem kehidupan, seperti urusan peribadi, keluarga, masyarakat dan negara, hanya wajib tunduk kerana dan kepada {{الله}} Dari sudud pergaulan, pendidikan, kewangan, siasah dan undang wajib hanya patuh dan mengikut arahan {{الله}}. Inilah dinamakan at- Tauhid al-Ilahiyah atau at-Tauhid al-Uluhiyyah atau at-Tauhid Ubudiah.

 [الألوهية و العبودية لله الأحد : semua bentuk sembahan dan semua perihal  ibadat hanya untuk Allah, Zat yang Maha Esa].

Dari muka ayat yang maha agong ini juga, memberi makna 3 syiar kepada kita, iaitu:- 1. Syiar islam 2. Syiar keikhlasan: kalimah ikhlas “لا إله إلا الله” dan 3.Syiar at-Tauhid.(Syiar aqidah  perjuangan)

Ayat al-Kursi ini bermula dengan lafaz al-Jalalah iaitu {{الله}}, dimana secara itlak menyeru lagi menyuruh kita terang-terangan tentang kepentingan berdakwah iaitu [dalil da’wah] kepada aqidah لا إله إلا هو.  Begitulah jua, dakwah para al-anbia’ juga para sahabat. Maka hampa dan sia-sialah mana-mana dakwah jika tidak mengajak manusia kepada al-Tauhid (aqidah) serta dengan tidak memberitahu tujuan hidup kerana {{الله}}.

  1.  الْحَيُّ الْقَيُّومُ : Yang Hidup kekal lagi terus menerus mengurus (makhluk -Nya)
  2.  لَا تَأْخُذُهُ سِنَةٌ وَلَا نَوْمٌ :  tidak mengantuk dan tidak tidur
  3.  لَهُ مَا فِي السَّمَاوَاتِ وَمَا فِي الْأَرْضِ: Kepunyaan -Nya apa yang di langit dan di bumi . Jumlah keratan ini terdapat dalil tauhid Rububiyyah [lihatlah surah al-Ankabut:61, 63 dan al-Mu’minun 84-89]
  4.  مَنْ ذَا الَّذِي يَشْفَعُ عِنْدَهُ إِلَّا بِإِذْنِهِ : Tiada sesiapa yang dapat memberi syafaat di sisi Allah, tanpa izin -Nya.  Daripada hadis tentang syafaat, dapatlah difahami bahawa syafaat Rasulullah صلى الله عليه وسلم itu diperolehi, setelah baginda sujud sekian lama kepada Allah  تعالى  untuk diberikan syafaat kepada ummatnya. Keratan hadis mengenai pemberian syafaat ini ada di dalam tafsir [المصباح المنير في تهذيب تفسير ابن كثير, ص: 185] atau [hadis muslim: 1/180] iaitu:

…, آتِي تَحْتَ الْعَرْشِ فَأَخِرُّ سَاجِدًا,  فَيَدَعُنِي ماشاء الله أَنْ يَدَعَنِي. ثُمَّ يقال: ارفَعْ رَأْسَكَ, وقُلْ تُسْمَعْ, وَاشفَعْ تُشَفَّعْ …الخ

Maksudnya: “…, Beliau pun pergi mendatangi bawah Arsy, maka akupun bersujud kepada Allah, maka Allah membiarkan seberapa lama Dia kehendaki, kemudian dikatakan kepadaku: Wahai Muhammad angkat kepalamu, mintalah nascaya permohonanmu akan didengari [diterima], dan mintalah syafa’at , maka engkau akan diberikan syafa’at bersamamu الخ

  1.  يَعْلَمُ مَا بَيْنَ أَيْدِيهِمْ وَمَا خَلْفَهُمْ  : Allah mengetahui apa-apa yang di hadapan mereka dan di belakang mereka. Amatlah banyaknya ilmu Allah تعالى tidak dapat di bayangkan yang mana meliputi segala sesuatu, yang baik mahupun buruk, yang lampau maupun yang akan datang, seperti firman Allah yang memberi tahu kepada malaikat, [Maryam:64]

وَمَا نَتَنَزَّلُ إِلَّا بِأَمْرِ رَبِّكَ لَهُ مَا بَيْنَ أَيْدِينَا وَمَا خَلْفَنَا وَمَا بَيْنَ ذَلِكَ وَمَا كَانَ رَبُّكَ نَسِيًّا 

Ertinya;- Dan tidaklah kami (Jibril) turun, kecuali dengan perintah Tuhanmu [wahai Muhammad]. Kepunyaan –Nya lah apa-apa yang ada di hadapan kita[mentadbir], apa-apa yang ada di belakang kita dan apa-apa yang ada di antara keduanya, dan tidaklah Tuhanmu lupa”.

  1.  وَلَا يُحِيطُونَ بِشَيْءٍ مِنْ عِلْمِهِ إِلَّا بِمَا شَاءَ :dan mereka tidak mengetahui sesuatupun dari ilmu Allah melainkan apa yang dikehendaki-Nya.

Mengikut [Tafsir Ibnu Katsir: 1/680] iaitu: Tidak ada sesiapapun yang mengetahui sesuatu daripada ilmu Allah تعالي kecuali apa yang diajarkan oleh-Nya. Juga dimaksudkan disini, bahwasanya tidak ada sesiapapun yang mengetahui tentang zat Allah dan sifat-Nya [مِنْ عِلْمِ ذَاتِهِ وَصِفَاتِهِ] kecuali apa yang di beritahu oleh Allah تعالى. Sama seperti firman Allah dalam [Thaha: 110] وَلَا يُحِيطُونَ بِهِ عِلْمًا “…sedang ilmu mereka tidak dapat meliputi ilmu -Nya.”.

  1. وَسِعَ كُرْسِيُّهُ السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضَ : dan Kursi Allah meliputi langit dan bumi. (Besar dan lebarnya al-Kursi Allah lebih daripada langai dan bumi yang tak mampu kita fikir dan mengambarkannya)

Terdapat beberapa pendapat tentang al-Kursi Allah, Antaranya seperti berikut;-

  • Pendapat pertama, makhluk al-Kursi ini adalah seolah-olah besarnya umpama padang pasir yang sangat luas, langit dan bumi umpama cincin [كَحَلْقَةِ] di tengah-tengah padang pasir.

[Tafsir Ibnu Katsir: 1/680] Hadis yang di ceritakan oleh al Hakim didalam kitabnya al-Mustadrak [  المستدرك على الصحيحين];-

عَنِ ابْنِ عَبَّاسٍ قَالَ : الْكُرْسِيُّ مَوْضِعُ الْقَدَمَيْنِ ، وَالْعَرْشُ لَا يُقَدِّرُ أَحَدٌ قَدْرَهُ   -رَوَاهُ الْحَاكِمُ

Ertinya;- Dari Ibnu Abbas, bahwa dia berkata, “Al-Kursi adalah tempat kedua kaki, dan Al-Arsy tidak seorangpun yang mampu mensifatkannya”.

* عَنِ ابْنِ عَبَّاسٍ قَالَ : سُئِلَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ عَنْ قَوْلِ اللَّهِ : وَسِعَ كُرْسِيُّهُ السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضَ  قَالَ : “ كُرْسِيُّهُ مَوْضِعُ قَدَمَيْهِ ، وَالْعَرْشُ لَا يُقَدِّرُ قَدْرَهُ إِلَّا اللَّهُ عَزَّ وَجَلَّ.تفسير ابن كثير, 1/680

* عن ابن عباس رضي الله عنهما – أن الكرسي موضع قدمي الرب – عز وجل – حيث قال: ” إنه موضع قدمي الله – عز وجل  رواه ابن أبي شيبة في كتاب (صفة العرش) رقم 61 ، والحاكم في المستدرك 2 / 282 وقال صحيح على شرط الشيخين ولم يخرجاه، ووافقه الذهبي وعزاه الهيثمي في مجمع الزوائد 6 / 323 للطبراني وقال الهيثمي: رجاله رجال الصحيح شرح العقيدة الطحاوية 279.

Allah  تعالى maha suci dari sifat Mujassimah dan Musyabbahah, tidak berbentuk, tidak berketul, tidak mempunyai tubuh seperti makhluk, tidak mempunyai anggota kaki dan tangan seperti manusia, tangan dan kaki Allah تعالي yang ada disebut di dalam nas yang sahih itu, bukanlah anggota badan seperti makhluk, ia hanyalah istilah bahasa cakapan sahaja seperti kaki bukit yang tidak sama dengan kaki nyamuk, kaki gunung yang tidak sama dengan kaki ayam, kaki laut yang tidak sama dengan kaki kerusi, kaki langit yang tak sama dengan kaki burung, Bukit ada kaki ker..? lautan biru ada kaki ker..?

Maka, kaki Allah تعالى janganlah sekali-kali disamakan dengan kaki manusia. Orang yang berfikir mencari soal hakikat zat dan sifat Allah تعالى adalah sama dengan ahli bid-ah dan ahli dhalalah yang akan kekal ke dalam neraka.

مخالفته تعالى للحوادث : Tidak menyerupai (Zat dan Sifat-Sifat)Nya yang Maha Tinggi dengan perkara yang baru. Firman Allah تعالى [Ash-Shura:11] لَيْسَ كَمِثْلِهِ شَيْءٌ Ertinya: Tiada sesuatupun yang sebanding dengan (ZatNya, Sifat-SifatNya), والله أعلم.

Perhatikanlah aqidah ulama’ ahlissunnah waljamaah yang mana untuk fahaman lebih lanjut, InsyaAllah…

Perhatikan tentang sifat-sifat mutasyabihat Allah تعالي yang terdapat dalam al-Quran dan as-Sunnah, khasnya pada minit ke 0.54 dalam youtube berikut:
Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang – Mazhab Salafi Wahabi (2/1) 

Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang – Mazhab Salafi Wahabi (2/2) 

  • pendapat kedua yang dimaksudkan kaki di dalam hadis ibnu abbas itu, ialah dua kaki katil dari arasy, kerana Allah menciptakan makhluk al-Kursi itu di bawah makhluk yang bernama al-Arasy dan Allah تعالى tidak di-ithbat-kan [ إِثْبَاتُ ] mempunyai tempat  untuk ZatNya seperti zat makhluk.

*– قَالَ الْبَيْهَقِيُّ :قَدْ رُوِّينَا أَيْضًا فِي هَذَا عَنِ ابْنِ عَبَّاسٍ وَذَكَرْنَا أَنَّ مَعْنَاهُ فِيمَا يُرَى أَنَّهُ مَوْضُوعٌ مِنَ الْعَرْشِ مَوْضِعَ الْقَدَمَيْنِ مِنَ السَّرِيرِ، وَلَيْسَ فِيهِ إِثْبَاتُ الْمَكَانِ لِلَّهِ تَعَالَى .تفسير القرطبي, الجامع لأحكام القرآن . 3/253

  • Pendapat ketiga, ialah takwil atau tafsir daripada makhluk al-Kursi kepada ilmu-Nya atau Kekuasaan Allah تعالى, dengan menyamakan, mentafsirkan  atau mentakwil makhluk [Kursi] itu kepada sifat Allah تعالى [iaitu IlmuNya]. Pendapat ini adalah lemah [ضعيف] kerana ilmu itu adalah suatu Sifat Allah dan bukan makhluk, sedangkan Kursi itu adalah satu ciptaan Allah تعالى yang sudah pasti satu makhluk. Wallahua’lam.

Sekalipun ada pendapat seperti berikut lihat : [ ابن كثير : 1/ 180]

عَنِ ابْنِ عَبَّاسٍ فِي قَوْلِهِ : ( وَسِعَ كُرْسِيُّهُ ) قَالَ : عِلْمُهُ  

Ertinya; Dari Ibnu Abbas pada firmanNya تعالى  : (Luasnya Kursi Allah), Berkata: Ilmu-Nya تعالى.

Ada ulamak tafsir dan ulamak ahli tahqik tidak menerima pandangan di atas [kursi makna ilmu Allah] dari Ibnu Abbas [ yakni, bukan dari ibnu Abbas yang mengatakan al-Kursi itu ilmu-Nya تعالى ] kerana bahasa Arab membezakan makna kursi dengan ilmu, apatah lagi jika mahu disamakan makhluk al-Kursi itu dengan  Sifat-Sifat Allah تعالى.

Tuan guru Said Hawa[10] dalam kitab Jundullah mengingatkan kita: Isu fiqah menerima adanya ikhtilaf, manakala dalam aqidah, mardhud [مردود  : ditolak] adanya ikhtilaf, kerana ikhtilaf dalam bab fiqah di antara salah dan betul, tetapi dalam isu aqidah adalah antara benar dan sesat.

9. وَلَا يَئُودُهُ حِفْظُهُمَا : dan Allah tidak merasa berat memelihara keduanya Langit dan bumi juga kandungan-kandungannya, semuanya itu dijaga oleh-Nya dengan senang lagi mudah, Dialah yang memenuhi keperluan setiap hambanya yang berusaha.

لَا يَئُودُ  : لَا يُثْقِلُ  tidak merasa berat وَلَا يُكْرِثُ tidak merasa penat,letih

10.  وَهُوَ الْعَلِيُّ الْعَظِيمُ: Dan Dia lah Yang Maha Tinggi, lagi Maha Besar (Zat dan Sifat-Nya Maha Tingi lagi Maha Besar yang Mutlak [المطلق  ] tidak sama dengan makhluk. firman Allah  الْكَبِيرُ الْمُتَعَالِ  Dialah jua Yang Maha Besar, lagi maha Tinggi (Yang mengatasi segala-gala dan sesuatu)

Kesimpulan:

Ayat al-Kursi mempunyai makna yang sangat agung lagi meninggikan Zat dan Sifat Allah تعالى  secara mutlaknya. Kefahaman kepada ayat al-Kursi ini, menandakan kuat dan mantapnya aqidah seseorang. Maka oleh itu, marilah kita sama-sama beramal sambil menghayati serta memahami makna ayat al-Kursi bagi memantapkan iman kita semua dan tidak sesekali meletakkan kebergantungan kita kepada makhluk, tetapi hanya pada Allah az-Zawajallah.

و الله أعلم وصلى الله على نبينا محمد وعلى آله وصحبه أجمعين

Bibliografi 

[1]- al Quran was Sunnah.
[2]- darulruqyah.wordpress.com/kepentingan-ayat-qursi
[3]- alukah.net  التفسير بالأثر والرأي و أشهر كتب التفسير فيها, د.عبد الله بن إبراهيم بن عبد الله

يجوز التفسير بالرأي لمن كان عالما باللغة العربية والنحو والصرف والبلاغة وناسخ القرآن ومنسوخه وأسباب النزول والسنة صحيحها وضعيفها وأصول الفقه، وأن يكون موهوبا، والموهبة لا تأتي إلا بالتقوى، فكلما كان الإنسان أكثر تقوى وخشية لله فتح الله عليه وعلمه ما لم يعلم، وبارك في علمه، قال تعالى: سورة البقرة الآية 282: وَاتَّقُوا اللَّهَ وَيُعَلِّمُكُمُ اللَّهُ…

[4]-Mad-u’ مَدْعُو ialah : Orang yang diajak untuk memahami Islam, beramal dengan sunnah dan  meninggalkan tradisi-tradisi lama yang sia-sia lagi melalaikan dan tidak berguna untuk agamaNya. {hati-hati..! jika kita tidak mahu kerja-kerja dakwah untuk agama Allah تعالى , Maka kita adalah mad-u’ bagi syaitan}
[5]- Yang tepatnya al-Kursi, tidak menterjemah atau menta’wil kepada ilmu atau kekuasaan Allah تعالى, kerana al-Kursi adalah makhluk, sementara ilmu dan kekuasaan Allah تعالى adalah sifatNya yang sangat Maha Agong tidak ada sesuatu pun mampu menandingi dengan sifat Allahتعالى , Zat dan Sifat Allah تعالى bukan makhluk, Penulis mengingati kepada diri sendiri, anak-anak sucu serta ikhwan juga akhawat apa yang tidak tahu kita sama-sama mengkaji dan mempelajari dan apabila kita sudah tahu, jangan sesat menyesat sesama sendiri , nasihat dan menasihati secara sopan, kerana isu agama adalah isu yang sangat sensitif juga jangan sekali-kali, membuka pintu kepada syaitan untuk menghancurkan wahdatul (kesatuan) ummah. 
[7]- تفسير أبن كثير  [8]- المصباح المنير في تهذيب تفسير ابن كثير
[9]- تفسير الذكر الحكيم آية الكرسي, د.اسماعيل لطفي
[10]- جدالله ثقافة وأخلاقا, سعيد حوى, ص: 133
[11] – islamhouse.com, islamweb.net, saaid.net, ar.islamway.com, www.alifta.net

اللهم ارزق الفردوس الأعلى في الجنة كل من ساهم في ايصال هذا الخير.. آمين .. آمين .. آمين
Ya Allah, Rezekikanlah Syurga tertinggi iaitu al-Firdaus utk sesiapa yang berkongsi (share) kebaikan (laman blog) ini… Aamin… Aamin… Aamin

Posted in dll | Leave a comment

[1] Ayat Qursi: Kepentingannya Menurut Hadis-hadis Pilihan

Ayat Qursi: Kepentingannya Menurut Hadis-hadis Pilihan

Oleh: Ustaz Abu Nik Abdullah Azzam

Hidup ini penuh dengn fitnah, cabaran, ujian, atau di dalam istilah yg lain penuh dengan penipuan oleh musuh-musuh Allah dan musuh orang-orang mu’min dimana, diantaranya ialah daripada tipu daya syaitan..!

Firman Allah تعالى di dalam surah al-Fatir: 5

{إِنَّ الشَّيْطَانَ لَكُمْ عَدُوٌّ فَاتَّخِذُوهُ عَدُوًّا إِنَّمَا يَدْعُو حِزْبَهُ لِيَكُونُوا مِنْ أَصْحَابِ السَّعِيرِ}

Ertinya: Sesungguhnya syaitan adalah musuh bagi kamu, maka jadilah dia musuh (yang mesti dijauhi tipu dayanya) yang mana, dia hanya mengajak golongan supaya menjadi dari penghuni neraka.

Dan di dalam surah Taha: 117

فَقُلْنَا يَا آدَمُ إِنَّ هَذَا عَدُوٌّ لَكَ وَلِزَوْجِكَ فَلَا يُخْرِجَنَّكُمَا مِنَ الْجَنَّةِ فَتَشْقَى }

Ertinya: Maka, Kami firman ‘Hai Adam sesungguhnya iblis ini musuh bagi kamu dan musuh bagi isteri kamu, oleh itu janganlah ia menyebabkan kamu berdua keluar dari syurga, kerana dengan yang demikian, engkau (dan isteri kamu) akan menderita.

Beberapa hadis tentang ayat kursi dan fadhilatnya 

Kelebihan dan kehebatan ayat Qursi terbahagi kepada 3 bahagian seperti berikut;-

1-    Ayat Qursi adalah sebesar-besar dan semulia-mulia ayat di dalam al-Quran iaitu kedudukannya paling tinggi. Dalilnya Sabda Rasulullah صلي الله عليه وسلم di dalam Sahih Muslim no. 810 / 1343

عَنْ أُبَيِّ بْنِ كَعْبٍ قَالَ: قَالَ رَسُولُ اللَّهِ يَا أَبَا الْمُنْذِرِ أَتَدْرِي أَيُّ آيَةٍ مِنْ كِتَابِ اللَّهِ مَعَكَ أَعْظَمُ..؟  قَالَ قُلْتُ اللَّهُ وَرَسُولُهُ أَعْلَمُ, قَالَ يَا أَبَا الْمُنْذِرِ أَتَدْرِي أَيُّ آيَةٍ مِنْ كِتَابِ اللَّهِ مَعَكَ أَعْظَمُ, قَالَ قُلْتُ: اللَّهُ لَا إِلَهَ إِلَّا هُوَ الْحَيُّ الْقَيُّومُ, قَالَ فَضَرَبَ فِي صَدْرِي وَقَالَ وَاللَّهِ لِيَهْنِكَ الْعِلْمُ أَبَا الْمُنْذِرِ

Ertinya, Dari Ubai bin Kaab رضى الله عنه berkata: Rasulullah  صلى الله عليه وسلم bertanya: Yaa Aba Munzir adakah kamu tahu yang manakah ayat yang paling mulia (besar) dari kitab Allah disisi angkau..?, aku menjawab Allah dan Rasulnya yang lebih mengetahui, baginda bertanya lagi: Ya Aba Munzir adakah kamu tahu yang manakah ayat yang paling mulia dari kitab Allah disisi engkau..?, Aku menjawab;  اللَّهُ لَا إِلَهَ إِلَّا هُوَ الْحَيُّ الْقَيُّومُ (ayat al-Qursi), berkata (Aba Munzir)  maka Rasulullah meletak tangannya pada dadaku sambil berkata ‘ Demi Allah bahagialah engkau dengan pengetahuan ini (ilmu), Aba munzir.

Tambahan dari riwayat Imam Ahmad dan Tarmizi pada hadis yang sama.

 …إِنَّ لِهَذِهِ الْآيَةِ لَلِسَانًا وَشَفَتَيْنِ تُقَدِّسُ الْمَلِكَ عِنْدَ سَاقِ الْعَرْشِ…

… Sesungguhnya ayat ini (Qursi ), dijadikan (Allah) lidah dan dua bibir (yakni lidah dan bibir ayat Qursi bukannya lidah Allah) sentiasa mentaqdiskan Allah di sisi tiang Arasy… (lihat Musnad Imam Ahmad J.5 h.142, Tafsir Qurtubi j.3 h.245-246)

Marilah kita sama-sama mengingati secara mudah, bahawasanya ;
ayat yang paling besar dan mulia di dalam al-Quran ialah  Ayat Qursi.
Surah yang paling mulia di dalam al-Quran pula ialah Surah al-Fatihah.
Hari yang paling mulia pula ialah hari Arafah.

2-   Terpelihara dari ganguan syaitan: dalilnya dari Hadis Sahih Bukhari no.4723

عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ قَالَ وَكَّلَنِي رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ بِحِفْظِ زَكَاةِ رَمَضَانَ فَأَتَانِي آتٍ فَجَعَلَ يَحْثُو مِنْ الطَّعَامِ فَأَخَذْتُهُ فَقُلْتُ لَأَرْفَعَنَّكَ إِلَى رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَقَصَّ الْحَدِيثَ فَقَالَ إِذَا أَوَيْتَ إِلَى فِرَاشِكَ فَاقْرَأْ آيَةَ الْكُرْسِيِّ لَنْ يَزَالَ مَعَكَ مِنْ اللَّهِ حَافِظٌ وَلَا يَقْرَبُكَ شَيْطَانٌ حَتَّى تُصْبِحَ وَقَالَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ صَدَقَكَ وَهُوَ كَذُوبٌ ذَاكَ شَيْطَانٌ

Ertinya, Dari Abi Hurairah  رضى الله عنهberkata: Rasulullah  صلى الله عليه وسلم mewakili aku untuk menjaga zakat Ramadhan, lalu datanglah seseorang dan mencuri sebahagian dari makanan tersebut, maka aku menahankannya, lalu aku berkata akan membawanya kepada Rasulullah صلى الله عليه وسلم ….” dan di akhir hadis tersebut syaitan tersebut berkata: “Apabila engkau menuju ke tempat tidurmu (mahu tidur) maka bacalah ayat Qursi, kerana (dgn membacanya) akan sentiasa bersamamu malaikat dari Allah yang menjagamu, dan syaitan tidak akan mendekatimu hingga ke pagi, Lalu Rasulullah صلى الله عليه وسلم bersabda:   صَدَقَكَ وَهُوَ كَذُوْبٌ ذَاكَ شَيْطَانٌ Ertinya, Syaitan itu, jujur kepadamu (Abi Hurairah) padahal ia (syaitan) adalah penipu.

3-

Ertinya;- Diriwayatkan oleh Ibnu Abi Dunia dari Walid bin Muslim:  bahawasanya, seorang lelaki pada masa berada dekat sebatang pokok ia mendengar suara sesuatu yang bergerak, lalu ia menegur, namun tiada seorangpun yang menjawabnya, kemudian  ia membaca ayat Qursi, maka syaitan itupun turun kepadanya, lalu ia berkata: “Jika  datang kepada kami orang yang sakit, dengan apakah kami mengubatinya?” Syaitan tersebut menjawab: “(Ubatilah) dengan bacaan yang menyebabkan aku diturunkan dari pokok (tadi). (2)-Lakhtul Marjan, Al-Sayuthi H.150,

Maka lihatlah bahawa kejahilan (bodoh) lelaki itu yang belajar daripada syaitan cara mengubati orang sakit yang datang kepadanya, dan syaitan mengejek kepadanya, dimana ubat tersebut sebenarnya ada di tangannya. Itulah hakikat para bomoh yang (bodoh) menggunakan jin sebagai tempat berkonsultasi dalam proses pengubatan mereka.

4-

Ertinya: Dari Abdullah bin Mas’ud  رضى الله عنه bercerita: Seorang lelaki dari kalangan sahabat Rasulullah صلى الله عليه وسلم menemui seorang lelaki dari bangsa Jin lalu keduanya berkelahi, namun sahabat tersebut mampu mengalahkan musuhnya, kemudian ia berkata: Aku melihat kamu sangat kecil dan kurus, kedua tanganmu seperti tangan anjing, apakah seperti itu bentukmu wahai bangsa jin? Atau engkau termasuk golongan mereka (yang kecil)? Jin tersebut berkata: Tidak, demi Allah, sesungguhnya aku dari golongan jin yang besar, dan akan tetapi lawanlah aku kali yang kedua, jika engkau mengalahkanku nisacaya aku akan ajar kepadamu sesuatu yang bermanfaat bagi dirimu” Sahabat itu menyetujui: “Baik..” Lalu ia mengalahkannya kembali. Maka berkata jin itu: Bacalah اَللهُ لاَ إِلهَ إِلاَّ هُوَ الْحَيُّ اْلقَـيُّوْمُ (Ayat Qursi) Sesungguhnya tidaklah engkau membacanya di dalam sebuah rumah kecuali syaitan akan keluar darinya sambil kentut seperti kentutnya keledai dan ia tidak akan memasuki rumah tersebut sampai pagi (خَرَجَ مِنْهُ الشَّيْطَانُ لَهُ خَبَجٌ كَخَبَجِ الْحِمَارِ ثُمَّ لَا يَدْخُلُهُ حَتَّى يُصْبِحَ). Orang-orang bertanya: Wahai Abu Abdurrahman, Siapakah lelaki yang engkau maksudkan tersebut? Ia menjawab: Tiada lain kecuali Umar bin Al-Khattab. (1)-Sunan ad-Darimi 2/447-448

3. Orang yang selalu membaca ayat Qursi setelah solat fardhunya juga akan dijanjikan syurga  dan selamat dari berbagai bala (Dunia & Akhirat) seperti, diterangkan didalam hadis seperti berikut;-

3.1, Diriwayatkan oleh Annisai النسائى [Hadis shahih] di dalam Shahihul Jami’: 5/339, sabda Rasulullah صلى الله عليه وسلم;-

مَنْ قَرَأَ آيَةَ اْلكُرْسِيِّ دُبُرَ كُلِّ صَلاَةٍ مَكْتُـوْبَةٍ لَمْ يَمْنَعْهُ مِنْ دُخُوْلِ اْلَجنَّةِ إِلاَّ اْلَمَوْتُ

Ertinya;- Sesiapa membaca ayat Qursi mengiringi setiap selesai solat fardhu , nescaya tidak ada yang akan menegahnya memasuki surga, kecuali mati.  

Mati adalah antara Rahmat Allah تعالى kerana roh dan jasad telah di pisahkan, dimana yang kita sakit di hari ini oleh sebab jasad, selepas kematian roh orang yang derhaka  pada Allah تعالى sahaja yang akan sakit lagi seksa, manakala roh orang –orang yang soleh, sentiasa dalam nikmat keseronokan dan kemanisan seperti roh para syuhada’  dan mereka yang masuk syurga tanpa hisab.

3.2, Hadis berikut dibawah ini penulis berpesan agar kita berpegang secara dhaif, sabda Rasulullah صلى الله عليه وسلم;-

” من قرأ آيةَ الكرسي دبرَ كلِ صلاةٍ مكتوبة كان بمَنْزِلة مَنْ قاتَلَ عن أنبياء اللهِ عزوجلَ حتى يَسْتشهِدَ “

رواه ابن السني, عمل اليوم والليلة 123 ص 48, وهو حديث ضعيف

Ertinya:- Sesiapa membaca ayat Qursi mengiringi setiap selesainya solat fardhu adalah bertaraf sama ganjarannya seperti dia berperang mengganti Nabi -nabi Allah Azzawajal berperang sehingga dia mati syahid (مقام : تمفة كدودوكن برطارف). [Riwayat Ibnu Sunni dlm Amalul yaum wal-lailah no.123 h.48, Hadis dhaif].

3.3, Di dalam kitab (الدر المنثور للسيوطى) ad-Darul Mansur lis-Sayuti j.1 h.323 Berkata Anas (khadam Nabi) sesiapa yang membaca ayat Qursi, di setiap kali setelah solat, nescaya terpeliharalah dia daripada bala bencana sehingga ke waktu solat yang seterusnya  مَنْ قَرَأَ آيَةَ الْكُرْسِيِّ فِي دُبُرِ الصَّلَاةِ الْمَكْتُوبَةِ ، كَانَ فِي ذِمَّةِ اللَّهِ إِلَى الصَّلَاةِ الْأُخْرَى, dan tidaklah seseorang itu membacanya selalu, kecuali Nabi-Nabi, atau Siddiq (sangat benar), atau Syahid.

3.4, Hadis yang di ceritakan oleh Baihaqi di dalam kitab Mirqat al-Mafatih Syarah Misykat al-Mashabih no.974 h.772-773

 عَنْ عَلِيٍّ – رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ – قَالَ : سَمِعْتُ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَقُولُ : ” مَنْ قَرَأَ آيَةَ الْكُرْسِيِّ فِي دُبُرِ كُلِّ صَلَاةٍ لَمْ يَمْنَعْهُ دُخُولَ الْجَنَّةِ إِلَّا الْمَوْتُ ، وَمَنْ قَرَأَهَا حِينَ يَأْخُذُ مَضْجَعَهُ آمَنَهُ اللَّهُ عَلَى دَارِهِ وَدَارِ جَارِهِ ، وَأَهْلِ دُوَيْرَاتٍ حَوْلَهُ  رواه البيهقي في شعب الإيمان مرقاة المفاتيح شرح مشكاة المصابيح، وقال : إسناده ضعيف .

Ertinya; Dari Ali رضي الله عنه berkata: aku mendengar Rasullah صلى الله عليه وسلم bersabda : Sesiapa membaca ayat Qursi mengiringi setiap selesai solat fardhu nescaya tidak ada yang akan menegahnya memasuki surga kecuali mati, dan barang siapa membacanya ketika madjaah (مَضْجَعَهُ : tempat rehat , tenang, aman) hendak rehat (tidur umpamanya), nescaya Allah تعالى mengamankan ke atas rumahnya, rumah jirannya dan ahli rumah-rumah disekitarnya.

Hadis dhaif ini bukan bermakna tidak boleh dipakai seperti hadis maudhu’ kerana di dalam ilmu Mustalah Hadis ada sebut: ‘selemah-lemah hadis adalah lebih kuat dari sekuat-kuat pendapat ulamak’ apatah lagi di dalam bab fadha-il amal, dimana  ulamak hadis menerima  و الله أعلم hadis dhaif

Kesimpulan

  1. Ayat Qursi hendaklah di bacanya tiga kali pagi dan petang, satu kali semasa hendak tidur dan setiap kali apabila selesai solat fardhu.
  2. Beramal dengan Ayat Qursi, InsyaAllah dapat selamatkan dari gangguan syaitan, dapat selamatkan harta benda, bala bejana dan juga dapat memasuki syurga tanpa hisab.
  3. Ayat Qursi antara amalan terpenting Nabi, para Sahabat, Pejuang, Syuhada’ dan orang-orang Siddiqiin.

Bibliography

1-al-Quran.  2- as-Sunnah.
3-islamweb.net
4. islamhouse.com
5. تفسير الذكر الحكيم آية الكرسي, د.اسماعيل لطفي
6. الحصن الواقي , عبد الله بن عبد الرحمن السدحان

 

اللهم ارزق الفردوس الأعلى في الجنة كل من ساهم في ايصال هذا الخير.. آمين .. آمين .. آمين
Ya Allah, Rezekikanlah Syurga tertinggi iaitu al-Firdaus utk sesiapa yang berkongsi (share) kebaikan (laman blog) ini… Aamin… Aamin… Aamin

Posted in dll | 2 Comments

Jangan Tutup Pintu Hati Jika Hidayah Datang

Jangan Tutup Pintu Hati Jika Hidayah Datang
Oleh : Dr Juanda Bin Jaya

Pada diri manusia terdapat tiga jenis kekuatan yang dibekalkan oleh Allah SWT untuk menghadapi kerasnya ujian di dunia. Selain akal fikiran yang cerdas dan tubuh badan yang sihat, hati yang mantap adalah benteng utama bagi kekuatan diri manusia. Hati berfungsi sebagai sumber bermacam-macam perasaan; sama ada benci, rindu, kasih, sayang, dendam, sedih atau gembira, yang kesemuanya mengawal gerak tubuh manusia.

Kecerdasan akal tidak akan sempurna tanpa hati yang cerdas. Ramai cerdik pandai yang menjadi sampah masyarakat kerana ilmu yang dimiliki dikawal oleh hati yang rosak sehingga dengan ilmunya itu dia lebih banyak memudaratkan orang lain berbanding memberikan manfaat. Demikian juga kekuatan tubuh badan tidak akan sempurna kecuali dengan hati yang kuat. Jika hati sihat, nescaya tidak ada fenomena penganggur yang berbadan sihat. Demikianlah berpengaruhnya hati pada diri manusia.

Untuk memiliki kecerdasan dan kekuatan hati yang sentiasa menyala, kita hendaklah memastikan pintu hati kita sentiasa terbuka untuk mendapat hidayah Allah. Hidayah Allah akan dicurah ke dalam tasik hati manusia yang sentiasa terbuka dan bersedia menerima hidayah berkenaan. Jika kita menutup pintu hati, maka bagaimanakah hidayah itu dapat meresap ke dasar hati?

Hidayah Allah datang dalam pelbagai cara. Antaranya ialah melalui ilmu, sahabat yang salih dan kesedaran untuk bertaubat.

Pertama; Buka pintu hati ketika ilmu Allah datang.

Kesedaran menuntut ilmu di kalangan kaum muslimin pada hari ini semakin meningkat. Angin syiar dakwah turut bertiup kencang seiring dengan manifesto Islam Hadhari yang semakin rancak dijalankan. Majlis-majlis ilmu yang dibuka semakin ramai peminatnya. Demikian juga halnya dengan program-program dakwah di televisyen dan radio cukup mewarnai nuansa keilmuan umat Islam. Tetapi adakah kepelbagaian cara dan konsep yang diajarkan itu berkesan pada peribadi individu muslim yang belajar? Jawapannya ialah bergantung kepada keikhlasan yang bersumber dari hati.

Hati yang ikhlas akan menyerap ilmu dan menjadi kuasa hebat yang mampu merubah peribadi seseorang. Oleh itu, jangan tutup pintu hati ketika ilmu datang. Terimalah kebenaran itu dengan sikap ketaatan mutlak kepada perintah Allah dan Rasul-Nya. Amalkanlah apa yang kita pelajari kerana ilmu Allah itu bukan untuk makanan otak sahaja tetapi ia lebih diperlukan oleh hati orang yang beriman. Tanpanya hati akan mati. Jangan beralasan bahawa belum tiba masanya untuk kita berubah. Kenapa biarkan hati terhijab oleh nafsu dan kepentingan diri? Allah SWT berfirman yang bermaksud: “Tidaklah patut orang yang beriman apabila datang ketentuan Allah dan Rasul-Nya mereka mengambil hukum yang lain daripada itu” (Surah al-Ahzab Ayat 36)

Kedua; Buka pintu hati ketika sahabat yang salih dan salihah ingin berkenalan.

Jangan memisahkan diri daripada orang yang mahu mengingatkan diri kita kepada Allah SWT. Terimalah nasihat orang-orang yang salih dengan hati terbuka. Firman Allah SWT: ”Dan bersabarlah kamu bersama-sama orang yang mengajak ke jalan Tuhanmu di pagi dan petang hari kerana mengharapkan keredhaan Tuhannya. Dan janganlah pandanganmu berpaling dari mereka kerana inginkan perhiasan dunia. Dan janganlah kamu taat kepada mereka yang telah kami palingkan hatinya dari mengingati Allah dan mengikuti hawa nafsu mereka. Dan sesungguhnya keadaan mereka itu amatlah melampaui batas.” (Al-Kahfi: 28)

Ada beberapa sifat yang dimiliki oleh seorang sahabat yang baik. Pertama, beriman dan sentiasa mahu kita mempertingkatkan keimanan. Kedua, rajin bekerja dan beramal salih, suka membantu kita dalam berbuat baik. Ketiga, amat berminat kepada ilmu agama. Keempat bersifat jujur dan ikhlas dalam bersahabat.

Jika kita memiliki sahabat yang memiliki ciri-ciri seperti ini maka bukalah pintu hati untuk mengambil manfaat daripadanya, kerana sahabat kita itu akan mencorakkan hati, perasaan dan pemikiran kita menjadi lebih baik daripada sebelum kita berkenalan dengannya.

Ketiga, Buka pintu Hati ketika gerak taubat semakin kuat dan jangan ditunda lagi.

Ilmu yang merupakan hidayah dari Allah dan sahabat yang menguatkan iman kita rupanya belum cukup mantap untuk memperbaiki diri kita selagimana dorongan hasrat diri sendiri belum benar-benar kuat. Orang yang menunda taubat biasanya berfikir masih ada modal untuknya menyelamatkan diri iaitu masa. Tunggu sampai anak besar baru hendak sembahyang, tunggu sampai kaya baru hendak sedekah, tunggu masa lapang baru hendak belajar agama, tunggu rambut telah gugur nanti baru bertudung, tunggu masa tua baru bertaubat. Akhirnya tragedi kederhakaan anak Nabi Nuh AS berulang lagi. Peluang taubat di hadapan mata, tetapi kerana masih berasa ada modal menyelamatkan diri ke gunung yang tertinggi dia menjadi buta hati. Begitu juga dengan nasib si penunda taubat, lama kelamaan hatinya menjadi buta disebabkan terlalu banyak berdosa. Maka terhijablah antara dirinya dengan hidayah Allah. Sepertimana firman Allah SWT menegaskan: ”Mereka itu sama sahaja kamu beri peringatan atau kamu tidak beri peringatan mereka tetap tidak mahu beriman.” (Surah Yasin Ayat 10)

Demikianlah tiga usaha memperoleh hidayah Allah iaitu dengan ilmu, sahabat yang salih dan cepat bertaubat. Semua itu bermula dari hati. Semuanya dalam kawalan diri kita sendiri. Dengarlah bisikannya kerana kata hati itu adalah kebenaran. Sepertimana sabda Rasulullah SAW: ”Dosa itu ialah perasaan ragu-ragu dalam hatimu dan engkau tidak suka orang lain mengetahuinya.” (Riwayat Muslim)

Hati yang cerdas dan kuat adalah hati yang memiliki sensitiviti yang tinggi dengan dosa dan maksiat. Perasaan bersalah dan kemurungan akan berlaku apabila berbuat dosa. Sedih bila terlepas sembahyang subuh, murung apabila tidak sempat membaca al-Quran. Risau apabila terlepas lidah mengumpat kawan, takut dengan dosa hari ini dan pilu dengan amal yang sedikit.

Begitulah kata hati yang sihat dan selamat sesuai dengan firman Allah SWT: ”Pada hari itu (hari kiamat) sudah tidak berguna lagi harta benda dan anak-pinak kecuali siapa yang datang menghadap Allah dengan hati yang sihat (bersih). (Al-Syuara: 88-89)

Posted in dll | Leave a comment

Gangguan jiwa menurut perspektif perubatan

Gangguan jiwa menurut perspektif perubatan

By : Dr. Haliana Ilana Bt. Abdulhalim (Degree of bachelor of medicine, Leeds Univ-UK)

Dari sudut ilmu perubatan moden, kesihatan mental berkaitrapat dengan fikiran, perasaan dan kelakuan seseorang individu. Satu daripada empat orang di dunia mempunyai masalah kesihatan mental atau gangguanjiwa, pada satu-satu fasa di dalam hidup mereka, yang dapat mempengaruhi kehidupan mereka sehari-hari i.e hubungan atau kesihatan fizikal.

Masalah kesihatan mental/gangguan jiwa boleh melibatkan sesiapa sahaja. Tanpa sokongan dan rawatan, ia boleh menyumbang kepada kesan-kesan serius pada individu tersebut dan juga orang-orang di sekitarnya.

Gangguan jiwa ini boleh datang dalam pelbagai jenis bentuk dan mempengaruhi individu-individu dengan cara yang berbeza. Contoh gangguan jiwa yang kerap berlaku adalah seperti kemurungan/depressi (depression) dan skizofrenia (schizophrenia).Tiada penyebab tunggal kepada sesuatu gangguan jiwa kerana faktor-faktor penyebabnya adalah kompleks atau tidak diketahui sebabnya. [1]

Untuk menerangkan dengan lebih spesifik, kemurungan atau depresi merupakan perasaan yang murung yang mendalam yang berlaku dalam jangka masa yang lama. [2]

Menurut  panduan daripada National Institute for Health and Clinical Excellence (NICE)
yang menggunakan Diagnostic and Statistical Manual Fourth Edition (DSM-IV) classification, seseorang individu hanya boleh dikatakan mempunyai kemurungan apabila mempunyai sekurang-kurangnya satu daripada tanda/simptom (symptom) berikut:

1.Kesedihan atau mood rendah yang berpanjangan (berlaku hampir setiap hari); atau
2.Kehilangan minat untuk melakukan aktiviti-aktiviti yang diminati.
Ini ditambah dengan beberapa simptom sampingan seperti:

i.   Cepat berasa penat dan hilang tenaga
ii.  Rasa diri tidak berguna serta rasa bersalah (yang melampau) pada orang lain/diri sendiri
iii. Berulang kali memikirkan tentang kematian, berfikir untuk membunuh diri, atau cuba mencari cara untuk membunuh diri
iv.  Kurang kemampuan untuk berfikir /memberi tumpuan pada sesuatu
v.   Merasa mudah marah (agitation) atau kelembapan psikomotor (psychomotor retardation)
vi.  Susah untuk tidur (Insomnia / hipersomnia)
vii. Hilang selera makan dan turun berat badan

Tanda-tanda di atas perlu wujud secara terus-menerus selama tidak kurang daripada 2 minggu dan pada masa yang sama, menyebabkan stres yang signifikan dan penurunan nilai diri individu berkenaan. Apa yang penting di sini, tanda-tanda depressi bukan disebabkan oleh faktor organik (contohnya, pengambilan ubat) atau penyakit (walaupun sakit dan depresi umumnya mempunyai kaitan yang rapat).

Skizofrenia pula adalah penyakit mental yang melibatkan halusinasi (seperti mendengar suara-suara), delusi (idea palsu), fikiran tidak teratur, dan masalah dengan perasaan, perilaku dan motivasi. Punca kepada terjadinya skizofrenia adalah tidak jelas. [3]

Terdapat pelbagai jenis rawatan asas klinikal (ubat dan kaunseling) yang dapat diberikan kepada pesakit-pesakit gangguan jiwa ini. Namun, rawatan sekunder (secondary treatment) mungkin diperlukan sekiranya: [4]

– Punca kepada tanda-tanda gangguan jiwa tidak dapat dikenalpasti.
– Keadaan pesakit tidak menunjukkan respon yang memberangsangkan selepas mencuba dua atau lebih rawatan klinikal
– Tanda-tanda gangguan jiwa berulang kembali kurang daripada 1 tahun dari episod gangguan jiwasebelumnya
– Pesakit lebih banyak berfikir untuk membunuh diri
– Penurunan tahap kognitif (cognitive impairment)

References:
1. NHS CHOICE: Mental Health  www.nhs.uk
2. The Royal College of Psychiatrists: Depression the Key Facts  www.rcpsych.ac.uk
3. Patient UK: Schizophrenia <http://www.patient.co.uk/health/Schizophrenia.htm>
4. Patient UK: Depression <http://www.patient.co.uk/doctor/Depression.htm>

Posted in dll | Leave a comment