ROH sakit akademik gagal dan segala impian tak tercapai.

Silsilah Tazkiyatun Nafs Kungci Kejayaan, Siri [1]

ROH sakit akademik gagal dan segala impian tak tercapai.
Oleh; Ustaz Abu Nik Abdullah Azzam

الله تعالى menciptakan manusia dengan tiga anasir iaitu, aqal, badan dan roh. Di antara ketiga-tiga anasir ini, roh adalah unsur yang susah untuk difahami. Ini diperjelaskan lagi dalam firman الله تعالى di dalam kitabNya;-

وَيَسْأَلُونَكَ عَنِ الرُّوحِ قُلِ الرُّوحُ مِنْ أَمْرِ رَبِّي وَمَا أُوتِيتُمْ مِنَ الْعِلْمِ إِلَّا قَلِيلًا-الإسراء: 85

 Ertinya;- Dan mereka bertanya kepadamu tentang roh. Katakan: “Roh itu dari perkara urusan Tuhanku; dan kamu tidak diberikan ilmu pengetahuan melainkan sedikit sahaja”.

الله تعالى telah menetapkan ketiga-tiga anasir itu di dalam agama alhanif ini, dimana Islam menjaga kesihatan badan, iman dan taqwa serta mengawal kecergasan akal [iman akan bertambah sempurna kerana ketaatan dan akan semakin lemah kerana maksiat], sementara [الإحسان] al-ihsan[2] pula, adalah untuk keperluan roh. Kesempurnaan ketiga-tiga anasir tersebut yang mana amat saling memerlukan satu sama lain, bila mana jika salah satunya bermasaalah, kita menjadi seorang pesakit (kerana badan, aqal atau roh kita akan menjadi sakit).

Kadang-kadang kita tidak sedar, bahawa kita sedang sakit jika amradh [penyakit :أمراض  ] itu terkena kepada aqal atau roh.

Aqal tidak sihat ; Marhalah asas atau ringan ialah: sukar tidur, tidak ada selera makan,  fikiran menjadi serabut atau bosan dan umpamanya. Marhalah yang serius ialah: berpendapat bahawa undang-undang Islam tidak patut digunapakai,  mengamalkan sunnah itu menyusahkan hidup, menyertai gerakan dakwah dan jihad adalah pengganas atau pelampau umpamanya.

Roh Sakit; Malas solat berjemaah, tidak menjaga kesempernaan solat, malas mengikuti majlis-majlis ilmu, bersangka buruk sesama sendiri, bersekongkol dengan si pengumpat dan umpamanya.

Bilamana aqal sakit, maka roh dengan sendirinya menjadi sakit tetapi di waktu yang sama, aqal mampu membuat keputusan mahu mengikut syaitan atau mengikut Allah تعالى, juga mahu memilih neraka atau syurga.

Sebenarnya, kita  tidak boleh berdiam diri dan wajib serta merta merawati roh yang sakit dengan cara yang disyariatkan oleh الله تعالى. Tetapi sayang kita selalunya cepat untuk merawat apabila badan sakit, dan tidak mengambil peduli akan kesakitan aqal dan roh. Seharusnya, roh dan aqallah yang kita patut utamakan dan sentiasa menjaga  kesempurnaannya atau merawat kesihatannya, kerana itu cara untuk selamat dari menzalimi diri kita sendiri, dalam erti kata yang lain kita rela hidup dalam dosa.

Badan tanpa roh iaitu mayat..!(mumkin kita pernah mendengar orang kata mayat berjalan), badan tanpa berfikir dengan aqal iaitu orang gila..! jika rohnya yang sakit sepatutnya boleh kita hantar ke hospital sakit jiwa..!, Kehidupan yang sempurna ialah ketiga-tiganya anasir itu {BADAN ROH DAN AQAL} sihat.

Unsur ihsan adalah unsur yang berhubungan sangat rapat dengan Tazkiatun Nafs.

Bicara apa dalam tajuk [تزكية النفس : Tazkiatun Nafs]

** Pengertian tazkiyah diambil dari asal kalimah [ز ك ا  ], الزكاة  : al-zakat bahasa memberi erti: kesucian, pembangunan dan keberkatan. Makna tazkiyah [ تزكية]  boleh dibahagikan kepada 3 iaitu;

1-Tazkiah [تزكية] memberi erti تطهير أي الطهارة maknanya Pembersihan, Kesucian.
2-Tazkiah [تزكية] mengambil erti [الزيادة] iaitu Peningkatan, contohnya: membersihkan harta kita dengan mengeluarkan zakat atau infaq fisabilillah. Harta kita akan jadi meningkat dan bertambah lebih banyak daripada yang asal.
3-Tazkiah [تزكية] mengandungi makna [الإصلاح] iaitu Pembaikan, Pembaharuan,

**Manakala makna Nafs [النفس] ada pelbagai pendapat antaranya ar-Roh, jiwa, hati, diri dan al-Ain.

Tazkiatun nafs dalam al-Quran antaranya seperti berikut [asy-Syams :7-10 ];-

وَنَفْسٍ وَمَا سَوَّاهَا 

Demi diri manusia dan Yang menyempurnakan kejadiannya (dengan  kelengkapan yang sesuai dengan keadaannya)

Ibnu Kasir di dalam tafsirnya bil ma’suraat dengan beberapa hadis, antaranya adalah hadis la-Qudsi Sabda al-Mustafaصلى الله عليه وسلم  , [muslim: 4/2197]

إِنِّي خَلَقْتُ عِبَادِي حُنَفَاءَ فَجَاءَتْهُمُ الشَّيَاطِينُ فَاجْتَالَتْهُمْ عَنْ دِينِهِمْ

Ertinya;- Sesungguhnya Aku [تعالى] ciptakan hambaKu dengan keadaan hunafa’ [sangat suci], Maka didatangi kepada mereka oleh syaitan-syaitan sehingga mereka disesatkan dari agama mereka.

فَأَلْهَمَهَا فُجُورَهَا وَتَقْوَاهَا

Serta mengilhamkannya (untuk mengenal) jalan yang membawanya kepada kejahatan, dan yang membawanya kepada ketaqwaan.

Iaitu ilham dan petunjuk dari Allahتعالى [hudan : هدا] , Allahتعالى  menunjukkan kepada kita apa yang jahat dan apa yang baik, manakah jalan keimanan dan jalan ketakwaan atau jalan-jalan maksiat, fitnah, dan dosa. Berkata Ibnu Abbas [al-Thobari: 24/454]:  بَيَّنَ لَهَا الْخَيْرَ وَالشَّرَّ Ertinya; Menerangkan baginya antara kebaikan dengan kejahatan.

Semua perkara yang berlaku di dunia ini, benda baik(تَقْوَاهَا) mahupun perkara yang jahat (فُجُورَهَا) tidak akan berlakunya tanpa izin Allah عزوجل. Dalam ilmu aqidah kita wajib faham bahawa bukan semua yang Allah عزوجل izin itu, Dia redha…! Allah عزوجل hanya redha perbuatan yang baik (تَقْوَاهَا) sahaja, tetapi Allah عزوجل izin dengan keadaan tidak redha dan murka perbuatan yang jahat (فُجُورَهَا). Ada juga perkara yang Allah عزوجل tidak izin tapi Allah عزوجل ridha contohnya zakat atau infaq fisabilillah bagi mereka yang  tidak ada kemampuan maka yakinlah pahala sedekah itu penuh ganjarannya dan akan di ganti pulak dengan lebih banyak dari yang di infaq itu.

قَدْ أَفْلَحَ مَنْ زَكَّاهَا

Sesungguhnya berjayalah orang yang menjadikan dirinya – yang sedia bersih – bertambah-tambah bersih.

وَقَدْ خَابَ مَنْ دَسَّاهَا

Dan sesungguhnya hampalah orang yang menjadikan dirinya – yang sedia bersih – itu susut dan terbenam kebersihannya (dengan sebab kekotoran maksiat).

**Tazkiatun nafs dalam as-Sunnah antaranya hadis yang diriwayat oleh al-Baihaqi didalam kitab [مرقاة المفاتيح شرح مشكاة المصابيح no. 5122] dan [موعظة المؤمنين من إحياء علوم الدين] dan juga di dalam تفسير القرطبي 16/156 seperti berikut :

ثَلَاثٌ مُهْلِكَاتٌ : شُحُّ مُطَاعٌ ، وَهَوًى مُتَّبَعٌ ، وَإِعْجَابُ الْمَرْءِ بِنَفْسِهِ – حديث ضعيف

Ertinya;- Tiga perkara yang membinasakan, iaitu kedekut berpanjangan, mengikut hawa nafsu serta kekaguman terhadap diri sendiri. [hadis lemah]

**Pendapat Sahabat رضي الله عنه antaranya seperti berikut;

وَقَالَ أَبُو الدَّرْدَاءِ – رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ – : إِذَا أَصْبَحَ الرَّجُلُ اجْتَمَعَ هَوَاهُ وَعَمَلُهُ وَعِلْمُهُ ، فَإِنْ كَانَ عَمَلُهُ تَبَعًا لِهَوَاهُ فَيَوْمُهُ يَوْمُ سُوءٍ، وَإِنْ كَانَ عَمَلُهُ تَبَعًا لِعِلْمِهِ فَيَوْمُهُ يَوْمٌ صَالِحٌ

Abu Darda’ berkata yang bermaksud
(Di hari amalan mengikuti hawa = hari itu ialah hari jahat, ( punah ranah-
(Di hari hawa (jiwa, hati) mengikut ilmu = hari itu hari baik, bagus, ( beruntung-

** Hukum tazkiatun nafs ; Imam Ghazali  رحمه الله, mewajibkan ke atas setiap individu mukmin untuk mengambil tahu mengenai tazkiatun nafs (iaitu mempelajari penyakit-penyakit hati dan bagaimana cara membersihkannya), sekalipun mereka itu, bukanlah dari kalangan orang yang berakhlak buruk. Walaupun demikian, ulamak secara jumhurnya tidaklah mengatakan mempelajari mengenai tazkiyatun nafs itu sebagai fardhu ain, kecuali kepada mereka yang benar ada atau  merasakan adanya penyakit hati tersebut, lalu wajiblah mereka itu mempelajari jalan untuk merawati jiwa yang sakit itu.[4]

Penulis ulangi sekali lagi: Kenapakah kita kadang-kadang menjadi malas ke Masjid untuk solat jamaah, mengikuti majlis kajian-kajian ilmiah atau ibadah-ibadah yang lain…? jawapannya kerana Roh kita sedang sakit, tetapi dalam marhalah belum serius. Jika tidak dirawati, akan jadi lebih parah, seperti sampai meninggalkan solat, meninggalkan terus majlis-majils ilmiah, jalsah-jalsah mingguan atau sampai kepada melakukan maksiat-maksiat serta boleh pergi kepada mengerjakan dosa-dosa  besar yang lain, ketahuilah kita dalam keadaan yang amat bahaya dan menuju kebinasaan yang besar.

Bersama ini penulis cuba memperkenalkan beberapa jenis ubat cara untuk merawat penyakit roh ini, iaitu: [ubat rajin jika pemalas, ubat hudan[5] (هُداً) untuk mereka yang mencari semangat dalam semua bidang, semua kerja yang baik dari urusan dunia mahupun akhirat], dimana ubat tersebut hendaklah dihayati bagi roh kita selalu makan atau diamalkan secara istiqamah (ROH yang sakit rawat dengan IHSAN), antaranya seperti berikut;-

1-    Ubat diluar solat iaitu selamatkan daripada hasutan syaitan, antaranya dengan menjadikan jiwa kita beramal dengan ayat kursi secara memahami melaziminya, keterangan lanjut kita boleh dapatkan di tajuk :Ayat Kursi: Kepentingannya Menurut Hadis-hadis Pilihan, dan juga tajuk Tafsir Ayat Kursi pada link darulruqyah.wordpress.com

2-    Menyelamatkan roh dan jiwa kita dari Evil eye (al-Ain), juga kita boleh memahami penyakit al-Ain ini dari link darulruqyah.wordpress.com

3-    Sentiasa mencari hudan/hidayah [ هِدايَة, هُداً ] untuk Roh kita seperti menjaga solat berjemaah dan usaha janganlah hanyut, lalai khasnya ketika bercakap dengan Allah تعالى didalam solat atau semasa berdoa ketika menghadapNya, semasa merayu atau memohon sesuatu, paling kurangnya, di dalam 5 waktu setiap hari [6], seperti berikut;- (ketika qiam, antara dua sujud dan qunut).

Pertama,    4+4=8, (Zohor)
Kedua,        4+4=8, (Asar)
Ketiga,        3+3=6, (Margrib)
Keempat,   4+4=8, (Isyak)
Kelima,       2+2=4 atau = 5 (Subuh)
Total =     34 , Mazhab Syafie = 35

Angka-angka matematik diatas sengaja direka oleh penulis supaya minda kita dapat diaktifkan,  untuk memfokus dengan tidak lalai dalam pengertian makna maksud (هُداً) hudan atau hidayah[5], yakni roh kita mesti menghayati apa yang terdapat di dalam solat, kita tidak mampu semua bacaan dalam solat dihayati namun begitu paling kurangnya dibeberapa point seperti berikut:

  • Point (1) Semasa qiyam di mana-mana solat kita hendaklah merayu secara langsung hati kita pada Allah dengan tidak lalai dan hanyut jauh iaitu semasa membaca:

اهْدِنَا الصِّرَاطَ الْمُسْتَقِيمَ = Tunjukilah[5] kami kejalan yang lurus.

  • Point (2) Ketika diantara dua sujud kita mestilah merayu bersungguh-sungguh, secara langsung hati kita pada Allah dengan tidak lalai dan hanyut iaitu semasa berdoa wahdini (وَاهْدِنِي) lihat erti doanya:

اللَّهُمَّ اغْفِرْ لِي وَارْحَمْنِي وَاجْبُرْنِي وَاهْدِنِي وَارْزُقْنِي [7]

Ertinya: Ya Allah, Ampunilah aku, Sayangilah aku, Berilah aku limpah kurnia, [Elokkanlah keadaanku, Tutuplah aib-aibku] Berilah aku petunjuk, Berilah aku rezeki.

(وَاهْدِنِي): Berilah aku petunjuk, (ketika sebut wahdini (وَاهْدِنِي) ini asuhkan hati kita supaya memahami maksud apa yang kita sedang pohon, pastikan aqal dan roh tidak terumbang-ambing dan tumpukan betul-betul kepada Ilahi, jangan membaca sambil lewa atau dengan lafaz yang tidak teratur.

  • Point (3), jika kita berqunut semasa solat Subuh atau qunut solat witir adakah betul kita mengerti, memahami dan menghayati lafaz apa yang kita merayu kepada Allah,  … اللَّهُمَّ اهْدِنَا فِيمَنْ هَدَيْتَ  Ertinya: Ya Allah, Kurniakanlah pada kami hidayah, Bersama-sama mereka yang Engkau telah beri hidayah.

Kesimpulan;-

Roh, akal dan jasad adalah satu dan saling berkait rapat dimana kesihatan salah satunya mempengaruhi yang lainnya. Tunjangnya adalah roh, akalnya adalah penentu dan membuat keputusan, hasil itu ditandai dengan jasad / kelakuan angota badan yang hidup sihat, sakit mahupun mati.  Kita perlu mengetahui dan mengambil tahu keberadaan roh , akal mahupun jasad kita sedang berada di peringkat mana. Jika ia sedang sakit, rawatilah ia dengan cara yang dinyatakan di atas serta hidupkan dan sihatkan ia, sebelum ia menjadi mati. Wallahua’lam

Bibliografi & nota kaki:

[1]- القرآن والسنة
[2]-  al-ihsan : iaitu Terbaik , Tercantik atau Kesempurnaan, [ Semua perkara kebaikan dari perbuatan, perkatan,  nyata atau rahsia hanya demi keredhaan Allah تعالى dan dilakukan secara terbaik lagi sempurna ] ”Beribadah seolah-olah kita nampak Allah, sekalipun tidak nampak sesungguhnya Allah تعالى nampak kita”

 أَنْ تَعْبُدَ اللَّهَ كَأَنَّكَ تَرَاهُ فَإِنْ لَمْ تَكُنْ تَرَاهُ فَإِنَّهُ يَرَاكَ  Hadis Muttafaqun Alaihi

[3]- تفسير القرطبي, 16/156-157

[4]-, سيد محمد بن جدو تزكية النفس
[5]- Pengertian (هِدايَة, هُداً) Hudan, hidayah : secara ilmiah ialah petunjuk, contoh: Badan kita menjadi segar untuk bertahajjut di waktu malam, cerah mata untuk melakukan perkara-perkara yang baik, dari malas belajar kepada rajin, dari susah nak buat baik kepada anak isteri dan jiran-jiran kita menjadi peramah suka senyum dan penyayang, suka membaca al-Quran, kuat belajar,  pergi masjid, suka ikuti majlis-2 ilmu, ada tenaga tidak kuat tidur, badan tidak menjadi penat tanpa sebab atau kerja berat, selalu ceria bahagia, dan jiwa menjadi tenang, ringan tangan untuk infaq fisabilillah, belajar mudah faham, jawapan dalam exam menjadi senang dan umpamanya.

Sekadar contoh di kedai kopi,  kopi radix mengandungi hudan dari Allah تعالى yang boleh memberi energy  positive bila kita minumnya, maknanya kopi radix mengandungi hudan…! kerana sebab minumnya memberi semangat buat kerja lebih, cerah mata tidak penat dan mengantuk.

Hudan juga bermaksud tidak suka kepada perkara-perkara yang melalaikan serta sia-sia lagi  membuang masa, juga menjauhkan diri dari melakukan maksiat, mengumpat, menghina orang  serta menjatuhkan maruah orang. Orang yang mempunyai Hudan juga, tidak suka bergaduh, tidak kuat berdengki, tidak selalu sakit hati, tidak sakit jiwa, tidak sakit kepala dan tidak sakit dada disebabkan tekanan, tidak berdendam, tidak susah senyum, serta tidak susah memberi dan menjawab salam kepada orang lain, dsg.

[6]- 1 Hari x 5 waktu solat = terdapat 34 tempat mengikut jumhur ulamak atau 35 tempat mengikut mazhab asyafie.
[7]- شروح الحديث تحفة الأحوذي , سنن الترمذي , محمد بن عبد الرحمن المباركفوري , رقم 284

في حديث الدعاء: واجْبُرْني واهدني أَي أَغنني – لسان العرب  مادة: جبر

[8]- http://www.saaid.net, http://www.islamweb.net, http://www.iium.edu.my

اللهم ارزق الفردوس الأعلى في الجنة كل من ساهم في ايصال هذا الخير.. آمين .. آمين .. آمين
Ya Allah, Rezekikanlah Syurga tertinggi iaitu al-Firdaus utk sesiapa yang berkongsi (share) kebaikan (laman ) ini… Aamin… Aamin… Aamin

About darulruqyah

Pengikut al-Quran dan as-Sunnah
This entry was posted in dll. Bookmark the permalink.

2 Responses to ROH sakit akademik gagal dan segala impian tak tercapai.

  1. ainhany says:

    salam ustaz,

    subhanallah..penerangan yang berhikmah dan terperinci. Boleh terus amal ketika solat. Alangkah rugi dan jahilnya dalam solat saya selama ini tanpa memnfaatkan doa2 di tempat2 tertentu tika solat. Point yang sepatutnya mnjadi kita semakin dekat dgn ALLAH dan mngharapkan rahmatnya. Terima kasih ustaz dan dgn izin mhn share.

  2. peribadirasulullah says:

    السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
    Izinkan saya muatkan sebahagian ilmu dalam blog anda ke dalam blog saya.

Leave a comment