Gangguan jiwa menurut perspektif perubatan

Gangguan jiwa menurut perspektif perubatan

By : Dr. Haliana Ilana Bt. Abdulhalim (Degree of bachelor of medicine, Leeds Univ-UK)

Dari sudut ilmu perubatan moden, kesihatan mental berkaitrapat dengan fikiran, perasaan dan kelakuan seseorang individu. Satu daripada empat orang di dunia mempunyai masalah kesihatan mental atau gangguanjiwa, pada satu-satu fasa di dalam hidup mereka, yang dapat mempengaruhi kehidupan mereka sehari-hari i.e hubungan atau kesihatan fizikal.

Masalah kesihatan mental/gangguan jiwa boleh melibatkan sesiapa sahaja. Tanpa sokongan dan rawatan, ia boleh menyumbang kepada kesan-kesan serius pada individu tersebut dan juga orang-orang di sekitarnya.

Gangguan jiwa ini boleh datang dalam pelbagai jenis bentuk dan mempengaruhi individu-individu dengan cara yang berbeza. Contoh gangguan jiwa yang kerap berlaku adalah seperti kemurungan/depressi (depression) dan skizofrenia (schizophrenia).Tiada penyebab tunggal kepada sesuatu gangguan jiwa kerana faktor-faktor penyebabnya adalah kompleks atau tidak diketahui sebabnya. [1]

Untuk menerangkan dengan lebih spesifik, kemurungan atau depresi merupakan perasaan yang murung yang mendalam yang berlaku dalam jangka masa yang lama. [2]

Menurut  panduan daripada National Institute for Health and Clinical Excellence (NICE)
yang menggunakan Diagnostic and Statistical Manual Fourth Edition (DSM-IV) classification, seseorang individu hanya boleh dikatakan mempunyai kemurungan apabila mempunyai sekurang-kurangnya satu daripada tanda/simptom (symptom) berikut:

1.Kesedihan atau mood rendah yang berpanjangan (berlaku hampir setiap hari); atau
2.Kehilangan minat untuk melakukan aktiviti-aktiviti yang diminati.
Ini ditambah dengan beberapa simptom sampingan seperti:

i.   Cepat berasa penat dan hilang tenaga
ii.  Rasa diri tidak berguna serta rasa bersalah (yang melampau) pada orang lain/diri sendiri
iii. Berulang kali memikirkan tentang kematian, berfikir untuk membunuh diri, atau cuba mencari cara untuk membunuh diri
iv.  Kurang kemampuan untuk berfikir /memberi tumpuan pada sesuatu
v.   Merasa mudah marah (agitation) atau kelembapan psikomotor (psychomotor retardation)
vi.  Susah untuk tidur (Insomnia / hipersomnia)
vii. Hilang selera makan dan turun berat badan

Tanda-tanda di atas perlu wujud secara terus-menerus selama tidak kurang daripada 2 minggu dan pada masa yang sama, menyebabkan stres yang signifikan dan penurunan nilai diri individu berkenaan. Apa yang penting di sini, tanda-tanda depressi bukan disebabkan oleh faktor organik (contohnya, pengambilan ubat) atau penyakit (walaupun sakit dan depresi umumnya mempunyai kaitan yang rapat).

Skizofrenia pula adalah penyakit mental yang melibatkan halusinasi (seperti mendengar suara-suara), delusi (idea palsu), fikiran tidak teratur, dan masalah dengan perasaan, perilaku dan motivasi. Punca kepada terjadinya skizofrenia adalah tidak jelas. [3]

Terdapat pelbagai jenis rawatan asas klinikal (ubat dan kaunseling) yang dapat diberikan kepada pesakit-pesakit gangguan jiwa ini. Namun, rawatan sekunder (secondary treatment) mungkin diperlukan sekiranya: [4]

– Punca kepada tanda-tanda gangguan jiwa tidak dapat dikenalpasti.
– Keadaan pesakit tidak menunjukkan respon yang memberangsangkan selepas mencuba dua atau lebih rawatan klinikal
– Tanda-tanda gangguan jiwa berulang kembali kurang daripada 1 tahun dari episod gangguan jiwasebelumnya
– Pesakit lebih banyak berfikir untuk membunuh diri
– Penurunan tahap kognitif (cognitive impairment)

References:
1. NHS CHOICE: Mental Health  www.nhs.uk
2. The Royal College of Psychiatrists: Depression the Key Facts  www.rcpsych.ac.uk
3. Patient UK: Schizophrenia <http://www.patient.co.uk/health/Schizophrenia.htm>
4. Patient UK: Depression <http://www.patient.co.uk/doctor/Depression.htm>

About darulruqyah

Pengikut al-Quran dan as-Sunnah
This entry was posted in dll. Bookmark the permalink.

Leave a comment